*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
UMNO dah sengkek...

> -----Original Message-----
> From: Khairi [SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
> Sent: Thursday, January 10, 2002 12:33 p.m.
> To:   Hassan, Haslim
> Cc:   [EMAIL PROTECTED]
> Subject:      BON PETRONAS MATANG +Re: H-Net* Kerajaan berunding beli
> Sepang International Circuit
> 
> apa hal pulak nih? 
>   
>   
>   
> 
> Hassan, Haslim wrote: 
> 
>         
> 
>       Kerajaan berunding beli Sepang International Circuit 
> 
>       KUALA LUMPUR 7 Jan. - Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) sedang
> berunding dengan Kementerian Kewangan berhubung cadangan melupuskan Sepang
> International Circuit Sdn. Bhd. (SIC). 
> 
>       Kenyataan MAHB kepada Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) memberitahu,
> perbincangan itu diadakan setelah rundingan dengan Petroliam Nasional Bhd.
> (Petronas) gagal dan ditamatkan. 
> 
>       ``Bagaimanapun, MAHB bukan dalam kedudukan untuk membuat ulasan sama
> ada pelupusan ini akan dilaksanakan menerusi jentera khas,'' jelas
> kenyataan itu dikeluarkan di sini, hari ini. 
> 
>       MAHB mengumumkan demikian sebagai menjelaskan laporan bahawa
> rundingannya dengan Petronas menemui kegagalan, sekali gus menyukarkan
> Schiphol International BV (Schiphol) membeli 30 peratus ekuiti MAHB. 
> 
>       Schiphol dikatakan meminta MAHB melepaskan pembabitannya dalam
> aktiviti sukan bermotor sebelum pengendali lapangan terbang dari Belanda
> itu memiliki kepentingan dalam MAHB. 
> 
>       Antara aset bernilai SIC ialah litar kereta lumba sepanjang 5.54
> kilometer yang dibina dengan kos RM286 juta bagi penganjuran Grand Prix
> Formula Satu (F1) Malaysia. 
> 
>       Spekulasi terhadap `kegagalan' rundingan penjualan 30 peratus ekuiti
> MAHB itu timbul berikutan tempoh Memorandum Persefahaman (MoU) bagi
> cadangan transaksi antara Kementerian Kewangan dan Schiphol dilanjutkan
> sehingga 31 Mac 2002. 
> 
>       Menurut MAHB, kedua-dua pihak selesa dengan lanjutan tempoh
> perbincangan yang akan memberi masa yang mencukupi bagi melaksanakan
> syarat-syarat dalam perjanjian itu. 
> 
>       Kenyataan itu memberitahu, Kementerian Kewangan dan Schiphol
> terlibat dalam perbincangan yang aktif dan terdapat kemajuan dalam
> penjualan ekuiti MAHB. 
> 
>       Katanya, MAHB dan Schiphol turut berbincang untuk menerokai peluang
> kerjasama dalam bidang-bidang tertentu bagi memaksimumkan nilai kepada
> pemegang sahamnya. 
> 
>       
> <http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2002&dt=0108&pub=Utusan_Mal
> aysia&sec=Korporat&pg=ko_01.htm> 
> 
>       Komen/Pertanyaan: 
> 
>       Saya difahamkan dari kenalan yang berkhidmat di Petronas iaitu
> antara sebab utama pihak Petronas enggan membeli SIC adalah kerana tempoh
> bon-bon yang telah dikeluarkan oleh pihak Petronas akan matang tidak
> beberapa lama lagi. 
> 
>       Apabila bon-bon tersebut matang, pihak Petronas membayar
> berbilion-bilion ringgit kepada pembeli-pembeli bon tersebut. Oleh itu,
> sekiranya pihak Petronas tersilap langkah dalam mentadbir kewangannya,
> ianya mampu membawa akibat yang parah kepada Petronas. 
> 
>       Antara maklumat yang saya tahu, Petronas pernah mengeluarkan bon-bon
> bernilai RM1.7 billion pada Januari 1999 dengan kadar kupon sebanyak 5.9
> dan 7.2 peratus setahun dan matang dalam tempoh 5 dan 10 tahun. 
> 
>       Bagi sesiapa yang arif tentang bon-bon tersebut atau yang lain yang
> pernah dikeluarkan oleh Petronas, sila berikan maklumat/komen. 
> 
>       
> _____________________________________________________________________ 
>       Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential
> and/or proprietary information. If you are not the intended recipient, 
>       kindly delete this email including all attachments, destroying all
> forms of all copies, and do not disclose, disseminate or otherwise make
> use of the information contained therein. Non-compliance with the forgoing
> may result in legal action. 
> 
>       This message has been checked for all known viruses by the 
>       MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit 
>       <http://www.messagelabs.com/stats.asp> 
>        
> 

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Syamsul b Kadiman <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke