Kerajaan berunding beli Sepang International Circuit
KUALA LUMPUR 7 Jan. - Malaysia Airports Holdings Bhd.
(MAHB) sedang berunding dengan Kementerian Kewangan berhubung cadangan
melupuskan Sepang International Circuit Sdn. Bhd. (SIC).
Kenyataan MAHB kepada Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL)
memberitahu, perbincangan itu diadakan setelah rundingan dengan Petroliam
Nasional Bhd. (Petronas) gagal dan ditamatkan.
``Bagaimanapun, MAHB bukan dalam kedudukan untuk membuat
ulasan sama ada pelupusan ini akan dilaksanakan menerusi jentera khas,''
jelas kenyataan itu dikeluarkan di sini, hari ini.
MAHB mengumumkan demikian sebagai menjelaskan laporan
bahawa rundingannya dengan Petronas menemui kegagalan, sekali gus
menyukarkan Schiphol International BV (Schiphol) membeli 30 peratus ekuiti
MAHB.
Schiphol dikatakan meminta MAHB melepaskan pembabitannya
dalam aktiviti sukan bermotor sebelum pengendali lapangan terbang dari
Belanda itu memiliki kepentingan dalam MAHB.
Antara aset bernilai SIC ialah litar kereta lumba sepanjang
5.54 kilometer yang dibina dengan kos RM286 juta bagi penganjuran Grand Prix
Formula Satu (F1) Malaysia.
Spekulasi terhadap `kegagalan' rundingan penjualan 30
peratus ekuiti MAHB itu timbul berikutan tempoh Memorandum Persefahaman
(MoU) bagi cadangan transaksi antara Kementerian Kewangan dan Schiphol
dilanjutkan sehingga 31 Mac 2002.
Menurut MAHB, kedua-dua pihak selesa dengan lanjutan tempoh
perbincangan yang akan memberi masa yang mencukupi bagi melaksanakan
syarat-syarat dalam perjanjian itu.
Kenyataan itu memberitahu, Kementerian Kewangan dan
Schiphol terlibat dalam perbincangan yang aktif dan terdapat kemajuan dalam
penjualan ekuiti MAHB.
Katanya, MAHB dan Schiphol turut berbincang untuk menerokai
peluang kerjasama dalam bidang-bidang tertentu bagi memaksimumkan nilai
kepada pemegang sahamnya.
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2002&dt=0108&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_01.htm
Komen/Pertanyaan:
Saya difahamkan dari kenalan yang berkhidmat di Petronas
iaitu antara sebab utama pihak Petronas enggan membeli SIC adalah kerana
tempoh bon-bon yang telah dikeluarkan oleh pihak Petronas akan matang tidak
beberapa lama lagi.
Apabila bon-bon tersebut matang, pihak Petronas membayar
berbilion-bilion ringgit kepada pembeli-pembeli bon tersebut. Oleh itu,
sekiranya pihak Petronas tersilap langkah dalam mentadbir kewangannya, ianya
mampu membawa akibat yang parah kepada Petronas.
Antara maklumat yang saya tahu, Petronas pernah
mengeluarkan bon-bon bernilai RM1.7 billion pada Januari 1999 dengan kadar
kupon sebanyak 5.9 dan 7.2 peratus setahun dan matang dalam tempoh 5 dan 10
tahun.
Bagi sesiapa yang arif tentang bon-bon tersebut atau yang
lain yang pernah dikeluarkan oleh Petronas, sila berikan
maklumat/komen.
_____________________________________________________________________
Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential
and/or proprietary information. If you are not the intended recipient,
kindly delete this email including all attachments, destroying all forms
of all copies, and do not disclose, disseminate or otherwise make use of the
information contained therein. Non-compliance with the forgoing may result
in legal action.
This message has been checked for all known viruses by the
MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit
http://www.messagelabs.com/stats.asp