*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalam'mualaikum
Diantara sedar tidak sedar rupa-rupanya selain daripada Ibu Bapa kita ada
agen tertentu yang mengaku kita adalah anak mereka. Agen tersebut adalah
agen yang mentadbir dan memerentah pada ketika kita membesar. Kebanyakan
kita dilahirkan dihospital mereka, disekolahkan disekolah mereka, diberi
biasiswa oleh mereka dan kadang-kadang disuapkan oleh mereka. Mereka
menjadikan kita terhutang budi dan mengaku bahawa mereka lebih berhak
membuat keputusan tentang diri kita daripada kita sendiri dan Mak Bapak
kita. Apabila kita menjadi pandai dan mempersoalkan tentang tidak relevan
tindak tanduk mereka, maka berbagai ungkitan dan cemohan akan dilemparkan
terhadap diri kita lebih daripada Mak Bapak kita. Merdekakah kita dalam
menentukan hala tuju yang kita fikirkan yang terbaik dalam hidup ini. Mereka
memberi dan mentadbirkan tangung-jawab sosial seperti orang berniaga dan
inginkan pulangan iaitu sokongan.
Dulu Mak Bapak kita miskin dan wakil-wakil masyarakat pada kitika itu jujur
dalam melaksanakan kerja-kerja mereka dan kita diserahkan kepada mereka
dalam diiringi doa tanpa berbekalkan wang ringgit dan jadilah kita sedar tak
sedar anak kerajaan.
Sekarang kita dah berkerja dengan keringat kita dan berpendapatan agak
lumayan, sanggupkah kita menyerahkan anak kita bulat-bulat untuk dibesarkan
oleh mereka. Untuk itu kita harus bertekad untuk menjadi Mak Bapak yang
lebih berwibawa. Sekurang-kurangnya kita boleh berbangga ini anak Aku, Aku
yanag membesarkan mereka, memberi makan minum, Pakaian, Perlajaran dan
tempat perlindungan dengan tulang empat kerat Aku. Anak aku adalah anak
Merdeka akulah Mak Bapak mereka yang bertanggung jawab atas kejayaan mereka.
Apabila generasi ini membesar menjadilah mereka generasi yang merdeka dan
dapat membuat keputusan yang merdeka tanpa ada egen-egen lain yang menekan
mereka.
Cuba kita perhatikan anak-anak yang dibesarkan tanpa meraih belas kasihan
pemerentah seperti kaum cina mereka lebih merdeka daripada anak kerajaan
dalam menentukan keputusan. Ini tidak duit banyak anak tak dapat buku
bantuan melenting habis, macam mana anak nak merdeka dan sampai bila
generasi boleh bersuara seperti jiwa yang Merdeka.
Wassalam
_________________________________________________________________
Chat with friends online, try MSN Messenger: http://messenger.msn.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "RASEET SITRATA" <[EMAIL PROTECTED]>