*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kisah Kisah Benar Shahidan Kassim

Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana telah ditakdirkan berlakunya
pilihanraya kecil Indera Kayangan untuk menentukan pemerintahan Kerajaan
Barisan Nasional di bawah kepimpinan Dato Seri Shahidan Kassim. Sebagai
Pegawai Kerajaan yang telah berkhidmat di bawah kepimpinan 4 menteri besar
iaitu bermula dari YAB Dato' Jaafar Hassan, YAB Dato' Ali Ahmad, Tan Sri
Abdul Hamid Pawan Teh dan sekarang Dato' Seri Shahidan Kassim, saya telah
melalui dan merasai pengalaman tentang corak dan gaya kepimpinan kesemua
menteri besar tersebut dan saya merasakan era Dato' Seri Shahidan Kassim
adalah yang paling buruk dan paling malang bagi keseluruhan rakyat M@rhaen
negeri Perlis.

Dato Seri Shahidan bukan sahaja seorang pemimpin yang kaki betina tetapi
juga seorang pemimpin yang cukup pakar menipu dan berbohong kepada rakyat
M@rhaen serta menipu kepimpinan UMNO, khasnya kepimpinan tertinggi. Beliau
juga terlalu kuat mengamalkan rasuah hinggakan pihak polis dan BPRpun
berjaya dirasuah oleh beliau, khususnya di negeri Perlis.

Kesemua projek kelas A hingga kelas F di negeri Perlis diberikan kepada
saudara mara serta kroni kroninya sahaja. Beliau akan meminta imbuhan
berbentuk komisyen yang tinggi sehingga 30%.Walaupun banyak laporan telah
dibuat kepada pihak pihak tertentu,namun tiada tindakakn yang telah diambil
kerana kesemua mereka telah dirasuah oleh Dato' Seri Shahidan.

Projek projek besar di negeri Perlis seperti Politeknik di Arau, Projek
pembinaan jalanraya di bawah JKR, projek tambak laut, Institiut Latihan
Perindustrian, Institiut Belia Negara di negeri Perlis adalah dibawah
kawalan beliau. Sesiapa yang berminat terhadap kesemua projek terpaksa
melalui tol dan jumlah tol ditentukan oleh beliau sendiri. Beliau juga telah
menyusun syarikat tertentu yang mana beliau mempunyai kepentingan untuk
mendapat mendapatkan projek Kolej Universiti Teknik diPerlis.Beliau akan
mengenakan kadar komisyen yang tertinggi keatas syarikat syarikat swasta
serta pelabur luar negara yang berminat untuk melabur di negeri Perlis.
Disebabkan itulah kebanyakan pelabur takut untuk melabur di negeri Perlis
hinggakan tidak satu kilang pun didirikan di negeri Perlis sepanjang  Perlis
berada dibawah kepimpinan beliau.

Sebagai seorang pegawai kerajaan, saya telah biasa ditemui oleh ahli
perniagaan yang gagal mendapat projek walaupun ribuan malahan jutaan ringgit
diberikan kepada Dato' Seri Shahidan dan kroni kroninya. Antara projek yang
boleh saya sebutkan ialah projek Bakau Jaya (ada misteri disebalik Bakau
Jaya) dan projek Tambak Laut di Kuala Perlis.

KISAH BENAR 1:

Sebuah syarikat yang bernama Syarikat Roslan Hashim telah terpaksa membayar
sejumlah komisyen sebanyak RM85,000.00 kepada anak saudara Dato' Seri
Shahidan iaitu Sabri Osman untuk projek kelas F. Ketika Roslan Hashim dan
Dan Kelana (Orang kuat UMNO) sedang membawa wang tersebut untuk diberikan
kepada Sabri Osman, mereka berdua telah dirompak. Apabila laporan polis
dibuat, mereka berdua iaitu Roslan Hashim dan Dan Kelana pula ditangkap
polis dan dimasukkan ke dalam lokap. Persoalannya mengapa mereka pula yang
ditangkap dan polis serta BPR tidak pula menyoal siasat Sabri Osman walaupun
laporan telah dibuat.

KISAH BENAR 2:

Dato Seri Shahidan juga telah menggunakan kuasanya sebagai Menteri Besar
untuk memberikan projek mengecat Stadium Utama Kangar bernilai RM 1 juta
yang mempunyai kepentingan kepada anak saudaranya Sabri Osman, sedangkan
beliau hanyalah kontraktor kelas F. Peruntukan projek tersebut sepatutnya
daripada jabatan sukan tetapi diambil peruntukan Jabatan Kemajuan Negeri
Perlis di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang sepatutnya wang
tersebut digunakan untuk projek pembangunan kampong.

KISAH BENAR 3:

Isteri pertama Dato' Seri Shahidan iaitu Datin Seri Samsiah juga mempunyai
kepentingan dalam syarikat Seri Lot 10. Syarikat tersebut membekalkan
barangan peralatan serta hadiah berbentuk hamper kepada pejabat Menteri
Besar untuk majlis majlis kerajaan. Hasil daripada rasuah yang diperolehi,
Datin Seri mampu membeli barangan kemas dan hiasan bernilai jutaan RM dan
rakyat M@rhaen masih menderita. Beliau juga mempunyai 8 buah kereta termasuk
sebuah kereta Perodua Kembara sebagai imbuhan kepada pemberian tanah stesen
minyak BP. Mengapa BPR melepaskan kes ini dan tidak diambil tindakan
walaupun laporan telah diterima??????????

KISAH BENAR 4:

Dato' Seri Shahidan telah mengunakan wang kerajaan negeri untuk mengadakan
jamuan dan kenduri dirumahnya hampir setiap malam bagi mendapatkan sokongan
padu dari orang UMNO/BN. Puluhan ribu ringgit dihabiskan setiap bulan dan
mencecah jutaan RM sepanjang beliau menjadi Menteri Besar. Beliau juga
membuat tuntutan perjalanan berjumlah ratusan ribu ringgit semasa lawatannya
keluar negara dengan alas an untuk mencari pelabur tetapi tidak ada satu pun
pelaburan yang masuk ke Negeri Perlis. Banyak memorandum telah ditanda
tangani tetapi itu hanyalah gimik semata mata, akhirnya wang rakyat M@rhaen
yang dikebas oleh Dato' Seri Shahidan

Menteri Besar dan para Exconya membuat tuntutan perjalanan yang melampaui
batas walaupun mereka tahu mereka tidak berhak berbuat demikian kerana
minyak kereta telah diberikan percuma, begitu juga dengan tiket kapal
terbang. Dato' Seri Shahidan pernah membuat tuntutan sehingga RM 50 ribu dan
exconya pernah membuat tuntutan antara RM2 ribu hingga RM3 ribu sebulan.
Tidak dapat dipastikan samada BPR telah menyiasat perkara ini.

KISAH BENAR 5:

Dato Seri Shahidan telah menggunakan secara maksimum segala kuasa dan
kekayaan yang ada pada nya untuk memenuhi segala impian nya termasuklah
memikat gadis gadis yang digemarinya. Beberapa nama artis boleh dikaitkan
seperti Ifa Raziah yang selalu ditemuinya di Hotel Pan Pacific KL, Jasmin
Hamid, Nasha Aziz dan ramai lagi. Seorang gadis yang pernah disimpannya
pernah menangis didepan saya menceritakan masalah beliau yang diugut oleh
Dato' Seri Shahidan. Pada ketika itu gadis yang bernama Isma Hafiza Bt
Ismail baru 16 tahun dan saya percaya ramai orang tahu cerita tersebut

Saya memohon maaf kerana tidak dapat menyatakan nama saya kerana saya
seorang kakitangan kerajaan yang masih bekerja. Saya dedahkan perkara ini
atas dasar rasa keinsafan yang tinggi iaitu rakyat M@rhaen Perlis dan
Perdana Menteri yang tumpang bodoh Hi.hi.hi.wowwww.

Jika MCA/BN menang beliau akan mengatakan rakyat M@rhaen  Perlis masih
menyokong beliau.Jika MCA/BN kalah diPRK Indera Kayangan beliau akan
mengatakan orang UMNO sendiri yang telah membuat pakatan supaya beliau
disabotaj seperti dalam kes surat layang yang beliau dedah kan padahal
beliau sendiri yang merancang surat laying tersebut. Negeri Perlis telah
berhutang sebanyak RM 45 juta dan pengundi pengundi DUN Indera Kayangan N 08
mesti bertindak sekarang untukmenyelamatkan negeri Perlis yang di
cintai!!!!!!!!!!!!!

Sekian Wallahu'alam

Bawah Jam Besar

Disunting dan di kirim oleh:
Sorayanii UMNO [EMAIL PROTECTED]
Indera Kayangan Kingdom Of Ben Kassim
9 Jan 2002



---
Outgoing mail is certified Virus Free.
Checked by AVG anti-virus system (http://www.grisoft.com).
Version: 6.0.307 / Virus Database: 168 - Release Date: 12/11/01

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "HISYAMUDIN  MOHD HASNI" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke