*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bush pengsan lepas tercekik biskut 

WASHINGTON -- Presiden Amerika Syarikat, Encik George W. Bush, pengsan dan
terjatuh dari tempat duduk selepas tercekik biskut pretzel semasa menonton
televisyen. Bagaimanapun, pemeriksaan perubatan menunjukkan beliau dalam
keadaan baik, menurut doktor. 
        Doktor presiden, Kolonel Richard Tubb, berkata Encik Bush mengadu
sejak beberapa hari lalu bahawa beliau mungkin diserang selesema. Keadaan
itu dan tindakan beliau memakan biskut lingkar yang tidak ditelan
menyebabkan denyutan jantungnya menjadi perlahan sehingga beliau pengsan.
Kolonel Tubb berkata Encik Bush, 55 tahun, yang berada di Rumah Putih, lebam
di pipi kirinya dan cedera sedikit di bibir selepas kepalanya terhentak di
lantai apabila beliau terjatuh dari tempat duduk. 
        Kejadian itu berlaku sekitar 5.35 petang sedang Encik Bush menonton
perlawanan ragbi. Isterinya sedang berbual di bilik sebelah. Apabila Encik
Bush terbangun, beliau segera menghubungi jururawat yang sedang bertugas di
Rumah Putih. Jururawat itu mendapati Encik Bush dalam keadaan baik dan
menghubungi Kolonel Tubb, yang kemudian menjalankan beberapa siri ujian
termasuk ujian jantung. Pemeriksaan itu mendapati beliau tidak menghadapi
masalah jantung. Sekitar 7.05 petang, jantung, tekanan darah tinggi dan
paras gula dalam darah Encik Bush didapati dalam keadaan biasa. Kolonel Tubb
berkata rancangan latihan jasmani Encik Bush yang intensif mungkin menjadi
punca. Encik Bush telah menjalani latihan giat di bilik latihan Rumah Putih
Sabtu lalu dan turut bersenam kelmarin, menurut doktor. -- Reuters. 


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Syamsul b Kadiman <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke