*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Agaknya pengetua sekolah nih dah gila.. Sudahlah bermacam yuran kena bayar
masa registration.. buku kena beli sendiri.. ini kerusi & meja pun kena
sewa.. kalau kualiti memang baik takpa jugak.. tapi kebanyakannya memang dah
sedia buruk..
GOMBAK: "Jika kerusi dan meja dikenakan bayaran denda, lebih baik suruh saja
murid belajar atas tikar, tidak perlu lagi kerajaan sediakan kemudahan
berkenaan. "Sudahlah ibu bapa terpaksa menanggung beban untuk membeli
pakaian dan buku sekolah serta membayar tambang bas yang naik, kini mungkin
kena keluarkan bayaran tambahan." Begitulah rintihan Md Ani Hassan, 49, bapa
kepada murid sebuah sekolah rendah di sini, yang dipaksa menandatangani
perjanjian pinjaman peralatan sekolah seperti kerusi dan meja yang
dilaksanakan sekolah berkenaan. Md Ani berkata, tindakan pengurusan sekolah
berkenaan melaksanakan perjanjian itu bukan saja menakutkan ibu bapa, malah
turut memberi tekanan kepada murid. Menurutnya, sepatutnya sebelum
melaksanakan perjanjian itu, pengurusan sekolah perlu mengadakan
perbincangan terlebih dahulu dengan ibu bapa murid hususnya melalui
Persatuan Ibu dan Guru (PIBG). Sebaliknya, katanya, perkara itu tidak pernah
dibincang atau diberitahu kepada ibu bapa sehingga anak mereka membawa
pulang borang perjanjian yang perlu diisi dan ditandatangani. "Langkah
pengurusan sekolah melaksanakan perjanjian itu begitu keterlaluan dan tidak
relevan kerana ia menambah bebanan dan tekanan kepada ibu bapa dan murid.
"Jika mereka ingin melaksanakan pembaharuan, biarlah ia membawa kebaikan
kepada ibu bapa, murid dan imej sekolah sendiri, bukan menyusahkan mereka,"
katanya. Beliau berkata, sekiranya pengurusan sekolah benar-benar ingin
melaksanakan pembaharuan, banyak lagi aspek lain yang boleh diberi perhatian
terutama masalah tempat meletak kenderaan dan tempat menunggu. "Berikutan
jumlah murid sekolah ini agak ramai iaitu lebih 1,000 orang, ibu bapa
menghadapi masalah setiap kali menghantar dan menjemput anak. "Pihak sekolah
sepatutnya perlu mencari jalan segera untuk menyelesaikan masalah ini
(ketiadaan tempat meletak kenderaan dan tempat menunggu yang cukup) daripada
melaksanakan perjanjian pelik ini," katanya. Seorang lagi bapa, Mohd Nasir
Ismail, 36, berkata tindakan pengurusan sekolah itu begitu pelik, tidak
relevan dan hanya membebankan lagi ibu bapa murid."Sepatutnya, sebelum
sesuatu perkara itu dilaksanakan, sekolah perlu berbincang dengan ibu bapa
murid dan bukan melakukannya sesuka hati hingga menyusahkan mereka,"
katanya. Hadi Yunos, 38, berkata langkah pengurusan sekolah itu hanya
menambah lagi tekanan terhadap ibu bapa. "Sudahlah baru seminggu sekolah
bermula, macam-macam nak dibayar, kini nak kena bayar denda kerosakan kerusi
dan meja pula," katanya. Mengikut borang perjanjian yang diedar kepada ibu
bapa dan ditandatangani guru besar sekolah berkenaan, borang yang siap diisi
dan ditandatangani perlu diserah kepada pengurusan sekolah sebelum 28
Januari ini. Antara kandungan perjanjian itu, bagi setiap kerosakan
peralatan sekolah berkenaan, denda sebanyak RM100 akan dikenakan untuk meja,
manakala RM50 bagi kerusi rosak. Kandungan lain ialah ibu bapa dibenarkan
membuat pemeriksaan terlebih dahulu terhadap peralatan yang akan digunakan
murid dan perjanjian berkenaan bertujuan memastikan murid menjaga
keselamatan peralatan yang dipinjam. 


---
Outgoing mail is certified Virus Free.
Checked by AVG anti-virus system (http://www.grisoft.com).
Version: 6.0.310 / Virus Database: 171 - Release Date: 19/12/01
 

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Syamsul b Kadiman <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke