*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Shahidan, Menteri Besar 10%


Drp: Umno-Reform
----------------------------------------------------------------------------
----

Apabila saya membaca artikel mengenai DS Shahidan Kasim, saya teringat akan
cerita kawan saya yang bekerja dengan Konsortium Perkapalan yang dikuasai
anak Perdana Mentari, Mokhzani. Sebelum kegawatan ekonomi 1997, Syarikat
tersebut ingin membina satu mariner di Pulau Ketam, Kuala Perlis di mana
jika projek tersebut dilaksanakan, beratus orang terpaksa berpindah. Didalam
satu mensyuarat antara syarikat tersebut dengan pihak kerajaan negeri, DS
Shahidan Kasim telah dengan terang-terangnya meminta 10% dari nilai projek
tersebut diberikan kepadanya. Wang tersebut hendaklah dimasukkan didalam
akaun adik beliau yang kalah kepada ustz. Hasim Jasin didalam pilihanraya
kecil parlimen Arau. Bayangkan syarikat milik anak perdana menteri sendiri
beliau boleh meminta 10%, syarikat lain lagilah...

Semua orang di Perlis sudah tahu beliau digelar 10% man termasuk
orang -orang UMNO. Sebab itu semasa unit risik ATM membuat risikan pada
bulan Ogos tahun 1999, adalah didapati bahawa sekurang-kurangnya 1 kawasan
Parlimen akan jatuh ke tangan pembangkang. Ini adalah kerana orang-orang
UMNO sendiri ingin mengajar beliau. Tetapi mungkin berdasarkan maklumat ini,
beliau cuba mengambil kembali orang-orang UMNO ini atau disebabkan oleh undi
hantu, ketiga-tiga kawasan parlimen jatuh ketangan BN.

Kisah beliau memikat Jasmin Hamid menjadi bualan di Perlis serta kisah
beliau pergi ke London bersama Erra Fazira (dikatakan ini menyebabkan Erra
putus tunang dengan Awie) juga pernah menjadi bualan ramai di Perlis. Beliau
juga pernah mengorat pegawai gaji di kem Oran sampai menyuruh land-rover
tentera balik dulu, dia nak hantaq pegawai tersebut balik. BN masih bertahan
di Perlis kerana orang BN mengundi BN kerana BN , bukan kerana Shahidan
Kasim serta dikatakan kerana adanya undi hantu oleh orang Myanmar dan orang
satun (setui) (mereka mempunyai saudara dengan orang Kuala Perlis, dan
dikatakan masa pilihanraya 1999, mereka menunjukkan kad pengenalan biru
serta RM50 yang mereka dapat untuk mengundi BN kepada adik beradik mereka di
Kuala Perlis).

Dikatakan juga bahawa dalam pilihanraya 1999, BA sepatutnya sudah memenangi
8 kawasan DUN dan boleh membentuk kerajaan negeri. Oleh itu saya merasakan
bahawa apa yang dikatakan didalam artikel tersebut terdapat jugak
kebenarannya... mungkin kes-kes yang disebutkan tersebut agak kabur akan
kebenarannya.

- Anak Pereleih

Sorayanii: Kisah-Kisah Benar Shahidan Kassim

http://marhaen.internations.net/

Catatan: Untuk sementara waktu, kami hanya menyiarkan bahan dalam bentuk
text-only.




 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "HISYAMUDIN  MOHD HASNI" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke