*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

At 06:29 PM 17/01/02 +0800, haszirul wrote:

>Saya ingin bertanya pada netter yang arif berkenaan :-
>   1 . Apa itu DHCP

Dynamic Host Configuration (DHCP)

>   2.  Kebaikannya


Benda ni ialah satu server yang mengawal valid IP address untuk sesuatu network secara 
automatik. Misalnya bila awak dial-up ke tmnut, DHCP server kepunyaan tmnut akan 
memberikan awak satu dinamik IP address yang valid untuk awak gunakan bagi melungsuri 
internet. Dinamik IP ialah nombor IP address yang diberikan kepada komputer berbeza 
pada masa yang berbeza.

Lawannya ialah statik IP address. Statik IP ini disetup secara manual. Kebaikannya 
ialah IP address ini sentiasa tetap tidak berubah-ubah. Keburukkannya pula ialah kamu 
perlu ada rekod yang kemaskini.



>   3.  Perbezaan dengan TCPIP.

TCP/IP = Transmission Control Protocol/Internet Protocol.   

Sesebuah network samada yang kecil atau yang besar merupakan jalinan komputer yang 
disambungkan secara fizikal untuk berhubung dan bertukar-tukar data. Untuk membolehkan 
semua komputer ini faham antara satu sama lain maka perlulah satu bahasa atau protokol 
untuk mereka berhubung. Satu protokol yang diterima pakai dan menjadi standard dalam 
internet ialah TCP/IP.

TCP = Transmission Control Protocol ialah satu bahasa atau protokol yang membolehkan 
satu komputer berhubung dengan satu komputer lain tak kiralah sistem operasi yang 
digunakan. Misalnya awak orang melayu, kawan awak orang sepanyol. Untuk berhubung awak 
kenalah gunakan satu bahasa yang kedua-dua orang paham.

IP = Internet Protocol

Bagaimanapun bercakap dalam bahasa yang sama saja tidak cukup. Setiap komputer dalam 
satu network perlulah mempunyai satu pengenalan yang unik supaya komputer yang 
menghantar tahu kemana nak dihantar data dan komputer penerima tahu dari mana ia 
datang. Sebab itu setiap komputer dalam network diberikan satu IP address yang unik.


>    4 .  apa itu ISDN

Integrated Services Digital Network

Satu teknologi yang dicipta untuk penghantaran data yang lebih pantas berbanding 
talian telefon biasa.

>    5 . Kebaikan

Lebih laju berbanding dial-up menggunakan modem analog biasa.

>    6. Perbezaan dengan moden biasa

ISDN bukan modem. Hmmm kamu boleh guna modem biasa untuk digunakan pada line ISDN.


>  Zairin
>  IT Unit
>  MRSM Balik Pulau

Pernah dengar google.com ?







 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke