*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,
Sekadar sebuah idea, bagaimana kita boleh jadikan
Internet kita percuma. Bolehkah ?.
Sebuah pandangan peribadi.
http://alpha.skali.net/~hafnie/kempen/internetpercuma.html
atau
http://hafnie.tripod.com/kempen/internetpercuma.html
atau hantarkan email kosong kepada [EMAIL PROTECTED]
<mailto:[EMAIL PROTECTED]>
Wassalam.
: )
http://hafnie.cjb.net/
-------------------
Kempen Menjadikan Internet Ini Percuma
-------------------------------------
Pengenalan
----------
Sekitar tahun 2000, apabila ekonomi yang berasaskan teknologi
mengalami
kemerosotan, banyak syarikat Internet dan teknologi mengalami kerugian
dan ada yang ditutup. Kesannya bukan setakat ramai pekerja hilang
perkerjaan, malah ia menamatkan pelbagai kemudahan Internet yang
disediakan secara percuma oleh syarikat-syarikat ini. Dahulunya kita
dengan mudah boleh mendapatkan kemudahan email dan penempatan laman
secara percuma. Sekarang hanya beberapa laman besar yang menyediakan
kemudahan ini. Kejatuhan ini bukan setakat dirasai di Silicon Valley
malah kesannya menghantui seluruh dunia.
Para pakar ekonomi menjangkakan bahawa keadaan tidak akan pulih
seperti
dahulu disebabkan para pelabur hilang kepercayaan kepada syarikat
Internet, sikap berhati-hati dan kesan kemerosotan sektor lain.
Sesuatu perlu dilakukan untuk mengubah keadaan ini. Kerajaan telah
memainkan banyak peranan dan kita telah lihat banyak sektor telah
kembali pulih. Kita tidak boleh berharap kepada kerajaan sahaja. Malah
kita perlu membantu untuk mempercepatkan lagi proses ini dan
kembalikan
ia seperti dahulu.
Industri Internet dan teknologi ini unik. Oleh kerana ia masih baru,
ia
begitu bergantung kepada kepercayaan pengguna. Kepercayaan pengguna
digunakan sebagai penilaian kemajuan syarikat. Berbanding dengan
sektor
lain yang kebanyakan barangan telah menjadi sesuatu keperluan bagi
industri Internet, penggunaannya masih menjadi pilihan dan barangan
teknologi IT umpama barangan mewah.
Penampungan Kos Dengan Iklan
----------------------------
Keuntungan dan penampungan kos syarikat-syarikat yang berasaskan
Internet
banyak bergantung kepada dana pelabur dan hasil keuntungan
pengiklanan
digunakan untuk membayar semula dana tersebut. Operasi syarikat
Internet
umpama operasi surat khabar dan majalah. Kos operasi ditampung
daripada
pembelian ruang iklan dan penajaan. Bagi syarikat Internet, mereka
menyediakan kemudahan-kemudahan kepada pengguna Internet dan
kebanyakan
kemudahan ini adalah percuma. Dengan kemudahan ini diharapkan dapat
menarik ramai pengujung ke laman mereka, menggunakan perkhidmatan dan
melihat dan melawat pengiklan dan penaja mereka.
Kesan kemerosotan dahulu mengakibatkan industri pengiklanan
kurang kepercayaan kepada Internet sebagi medium pengiklanan.
Sukar kepada mereka untuk menaja laman atau membeli ruang
iklan dalam mana-mana laman.
Sesuatu perlu dilakukan untuk meningkatkan rasa kepercayaan ini. Jika
ia tidak dilakukan, semakin banyak syarikat Internet akan gulung tikar
dan ini mengakibatkan kita sebagai pengguna Internet kehilangan banyak
kemudahan percuma.
Internet diasaskan pada prinsip, penggunanya bersama-sama berkongsi
kos.
Maka kehilangan banyak perkhidmatan percuma mengakibatkan pengguna
perlu
menggunakan kemudahan berbayar untuk terus mendapatkan kemudahan
Internet.
Ini dilihat sebagai satu perkara yang negatif. Kos tidak lagi
dikongsikan
bersama, malah kos telah dipindahkan kepada pengguna. Pengguna perlu
membayar untuk memasuki Internet, perlu membayar masa penggunaan dan
ditambahkan lagi dengan bayaran pengunaan perkhidmatan.
Ini tidak sepatutnya berlaku.
Inilah adalah kempen peribadi saya untuk melihat perkara ini tidak
terus merugikan pengguna malah harapan tinggi kempen ini agar
perkhidmatan
Internet akan terus percuma dan satu hari capaian Internet juga
menjadi
percuma.
Kita mesti yakinkan industri pengiklanan bahawa medium Internet juga
boleh
menjadi medium yang berkesan dalam penyampaian iklan. Kita kena
yakinkan
mereka bahawa setiap penajaan akan menghasilkan kesan yang positif
dan baik
kepada industri IT. Syarikat-syarikat Internet akan terus berinovasi
dan
tingkatkan daya kreatif. Pengguna akan manfaat daripada perkembangan
ini
dan syarikat yang iklan dan menaja sesuatu perkembangan IT akan lebih
disebut daripada teknologi itu sendiri. Contohnya Intel disebut oleh
pengguna bertanya tentang chip komputer berbanding perkataan chip
komputer
itu sendiri.
Industri pengiklanan mahu melihat apa yang mereka sumbangkan sama ada
melalui
penajaan dan pengiklanan mempunyai kesan positif dan sampai kepada
pengguna.
Kejayaan pengiklanan di Internet diukur berdasarkan jumlah pelawat
yang
melawat dan lawatan itu mencapai matlamat tertentu. Mereka mempunyai
cara dan
format untuk mengukur tarif kejayaan sesuatu iklan dan penajaan.
Ramai pelawat tidak semesti menunjukkan iklan itu berjaya. Ia dikira
berdasarkan
pelawat melakukan sesuatu di laman yang mereka lawat, jangka masa
lawatan akan
menunjukkan sama ada mereka membaca ruang iklan atau tidak dan
peningkatan
dalam penyertaan sesuatu aktiviti hasil pengiklanan itu akan
menunjukkan
kejayaan iklan.
Pengiklanan pula dilakukan dengan pelbagai cara, sama ada
dengan "banner",
"Pop-up windows", sambungan penaja di laman, icon di laman dan "exit
banner".
Apakah Usaha kita ?
-------------------
Apa yang kita boleh lakukan untuk tingkatkan keyakinan ini ?.
Kita melawat laman pengiklan dan kita jadikan ia satu lawatan yang
bermutu.
Perkara ini kita boleh lakukan dalam masa 2 atau 3 minit sehari.
Bayangkan kita
luangkan masa 2 atau 3 jam dalam Internet, dalam kempen ini kita
luangkan 2
atau 3 minit kita melawat laman penaja.
Kita sudah tentu mempunyai laman kesukaan kita. Laman-laman ini
adalah antara
laman yang kita akan lawati setiap kali kita berada di Internet.
Sudah tentu
kita menggunakan kemudahan yang disediakan oleh laman ini. Sudah
tentunya kita
mahu kemudahan yang ada terus percuma dan laman ini terus wujud.
Bila anda berada di laman kesukaan anda, Klik mana-mana cara
pengiklanan dan iklan
yang sesuai untuk kita. Cuba luangkan masa membaca kandungan iklan,
jika
ianya sesuai cuba gunakannya dan sampaikan kepada rakan-rakan yang
lain.
Klik sahaja tidak bermakna, kerana laman pengiklan perlu dilihat isi
kandungannya.
Pengiklan mempunyai cara untuk menilaikan mutu setiap lawatan. Sama
ada ia hanya
klik tanpa dibaca atau pelawat yang mahu luangkan sedikit masa.
Cukup sekali sehari Internet anda, selama 2 atau 3 minit, anda telah
lanjutkan
jangka masa perkhidmatan yang anda gunakan dan laman yang anda selalu
lawati.
Kejayaan kempen ini diukur dengan peningkatan kerjasama antara
pengguna Internet.
Seandainya kempen ini dapat menarik dua ribu pengguna Internet dalam
satu laman
melawat iklan untuk jangka masa dua minit. Maka jumlah jam iklan yang
dapat
dikumpul bersamaan empat ribu minit atau lebih kurang 66 jam.
Yang penting, anda melakukannya selalu sepanjang jangka masa anda
menggunakan
Internet. Mungkin seumur hidup anda.
Kempen Ini Juga Untuk Pembina Laman
-----------------------------------
Kempen ini juga ditujukan kepada pembina laman. Cara pengiklanan juga
perlu
disesuaikan dengan kehendak pengguna Internet. Pembina laman perlu
menjadikan
sesuatu iklan tidak mengganggu pelawat sehingga pelawat tidak mahu
terus melawat
laman atau tidak menyokong usaha pengiklanan di Internet.
Saya mahu menyarankan beberapa syor. Antaranya.
"Banner" perlu dihadkan 1 hingga ke 3 "banner" dalam satu muka laman.
Sama ada
yang paling atas, ditengah muka atau dibawah muka laman. Muka laman
cuba
ditetapkan sebesar satu hingga satu setengah kertas A4. Ia juga boleh
diukur
dengan ukuran skrin komputer penuh dengan "skroll" setengah skrin.
Ukuran ini
yang paling menyenangkan pengguna. Sila gunakan font Vernada dengan
saiz 12
untuk keselesaan pembacaan di skrin komputer.
"Pop-up Windows" perlu dihadkan hanya sekali muncul bagi setiap
pelawat yang
masuk melawat. Pelawat akan merasa tergangggu bila setiap kali
memasuki laman
itu semula dalam sehari, terpaksa berdepan dengan pop-up, sekali tidak
mengapa, lebih adalah gangguan. Anda boleh gunakan Cookies untuk
pastikan
pop-up hanya sekali dalam 24 jam bagi setiap pelawat.
"Exit windows" juga perlu dihadkan sekali bagi setiap pelawat keluar.
Sama
seperti Pop-up ia boleh menjadi gangguan.
Pastikan anda memberikan ruang yang sesuai dan jelas untuk pengiklan.
Sama ada
besar atau kecil, mereka boleh mempengaruhi perkembangan industri
Internet.
Umpama petua berniaga. Sekali perniagaan itu baik, maka seorang
pelanggan
akan bercerita pada seorang lagi, tetapi sekali pelanggan dilayan
dengan buruk
dia akan bercerita kepada sepuluh orang lagi. Bertapa besar kesan
layanan
buruk kepada perniagaan.
Membina laman juga umpama sebuah perniagaan. Untuk menjadikan ruang
iklan kita
lebih efektif, kita perlu jaga laman kita agar disenangi oleh
pelawat. lebih
ramai pelawat lebih berpeluang lagi ruang iklan kita dilawati.
Belajar tentang membina laman di http://www.webmastermalaysia.com/
Kempen Ini Juga Untuk Industri Pengiklanan
------------------------------------------
Bagi industri pengiklanan, Internet adalah medium yang sesuai untuk
pengiklanan
berdasarkan matlamat tertentu. Setiap laman yang wujud mempunyai
identiti
pelawatnya tersendiri. Ada laman yang kerap dikunjungi oleh golongan
remaja.
Ada laman yang sering dikunjungi oleh mereka yang meminati bindang
teknologi
tertentu. profil ini boleh didapati daripada pembina laman.
Pengiklanan di Internet juga adalah antara cara yang murah dan tepat
kepada
matlamat iklan. Iklan anda pada laman yang sesuai dan sering
dikunjungi akan
memastikan tujuan iklan anda tercapai.
Dengan Internet juga, anda boleh membina "Brand name" dengan medium
yang murah.
Syarikat yang baru naik, mungkin tidak mampu membelanjakan wang yang
banyak
untuk pengiklanan di TV ataupun membeli muka akhbar. Internet boleh
menjadi
jalan mudah anda.
Anda diminta berhati-hati golongan yang menggunakan prinsip SPAM untuk
menyebarkan iklan. SPAM tidak diterima oleh masyarakat Internet
kerana ia
mengganggu ruang email dan laman. Belajar tentang SPAM di laman ini
http://www.geocities.com/esampah
Pelepasan (Disclaimer)
----------------------
Projek dan kempen ini tidak melibatkan mana-mana pihak sama ada
kerajaan atau
bukan kerajaan, tidak juga berkait dengan mana-mana laman dan
kumpulan perbincangan
dalam dan luar negeri dan tidak melibatkan mana-mana syarikat sama
ada persendirian
atau umum.
Ini adalah usaha peribadi saya sendiri.
Maka dengan ini, tiada siapa, laman-laman dan kumpulan perbincangan,
ahli-ahli yang
memberikan jawapan, termasuk saya dapat bertanggungjawab kepada mana-
mana pihak
sekiranya timbul masalah langsung atau tidak langsung, hasil mencuba
atau mengikut
jawapan dan penyelesaian yang diberikan didalam mana-mana laman dan
kumpulan perbincangan.
Tujuan kempen ini hanya sebagai pelan cadangan dan panduan pencarian
jawapan kepada
masalah dan persoalan anda. Bukan sebagai penyelesaian akhir.
Sekiranya masih dalam
keraguan dengan masalah anda, dapatkan bantuan pakar dan jadikan
jawapan-jawapan yang
anda dapat sebagai sumber penilaian anda. Bukan penyelesaian akhir.
Dokumen-dokumen dalam kempen ini adalah milik umum, anda dibolehkan
membuat salinan
dan menyebarkan kepada rakan-rakan anda. Tolong jangan SPAM. Dokumen
ini boleh diubah
dan dibaiki dengan tujuan untuk meningkatkan mutu kempen asalkan ia
tidak lari daripada
matlamat asal kempen dan tidak mempunyai kepentingan mana-mana pihak.
Yang dipinta disertakan sekali sambungan laman asal kempen ini.
http://alpha.skali.net/~hafnie/kempen/internetpercuma.html
http://hafnie.tripod.com/kempen/internetpercuma.html
Hakcipta Semua Pihak Dilindungi
-------------------------------
Lindungan hakcipta adalah terpelihara kepada mana-mana pihak yang
disebut dalam kempen
ini tanpa niat untuk melanggar hakcipta mana-mana pihak. Lindungi
hakcipta semua pihak untuk
perkembangan dunia IT. Hapuskan cetak rompak. Sekiranya kos
menghantui anda, gunakan
applikasi daripada projek GPL (General public Lisences) dan pelbagai
lagi applikasi percuma.
Rujuk http://www.opensource.org/ dan http://www.freewarehome.com/
Kempen ini adalah usaha Harisfazillah Bin Jamel
http://hafnie.cjb.net/
22 Dis 2001. Versi Text 1.0
Bukan Sekadar Internet Sahaja.
Email ini boleh didapati dengan menghantar email kosng kepada
[EMAIL PROTECTED]
_______________________________________________________
The FREE service that prevents junk email http://www.mailshell.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: [EMAIL PROTECTED]