*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu alaikum,
Sebagai permulaan tahun ini, ada baiknya kita
mulai dengan akhiran semoga
lebih barakah. Dibawah ini adalah ambilan dari
website yang saya temui.
SEPULUH TANDA-TANDA KIAMAT YANG BESAR
Ertinya:
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra.
berkata: "Datang kepada kami
Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang
berbincang-bincang. Lalu
beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?".
Kami menjawab: "Kami
sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu
Nabi saw. bersabda: "Tidak
akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat
sebelumnya sepuluh macam
tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya:
"Asap, Dajjal, binatang,
terbit matahari dari tempat tenggelamnya,
turunnya Isa bin Maryam
alaihissalam, Ya'juj dan Ma'juj, tiga kali gempa
bumi, sekali di timur,
sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung
Arab yang akhir sekali
adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman
yang akan menghalau manusia
kepada Padang Mahsyar mereka".
H.R Muslimi
Keterangan
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan
Rasulullah saw. dalam hadis ini
adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan
terjadi di saat hampir
tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:
1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan
mengakibatkan penyakit yang
seperti selsema di kalangan orang-orang
yang beriman dan akan
mematikan semua orang kafir.
2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar
yang akan meragut
keimanan, hinggakan ramai orang yang akan
terpedaya dengan seruannya.
3. Binatang besar yang keluar berhampiran
Bukit Shafa di Mekah yang
akan bercakap bahawa manusia tidak beriman
lagi kepada Allah swt.
4. Matahari akan terbit dari tempat
tenggelamnya. Maka pada saat
itu Allah swt. tidak lagi menerima iman
orang kafir dan tidak
menerima taubat daripada orang yang
berdosa.
5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke
permukaan bumi ini. Beliau
akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi
yang berdaulat pada masa itu
dan beliau akan mematahkan segala salib
yang dibuat oleb orang-orang
Kristian dan beliau juga yang akan membunuh
Dajjal.
6. Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj
yang akan membuat kerosakan
dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka
berjaya menghancurkan
dinding yang dibuat dari besi bercampur
tembaga yang telah didirikan
oleh Zul Qarnain bersama dengan
pembantu-pembantunya pada zaman
dahulu.
7. Gempa bumi di Timur.
8. Gempa bumi di Barat.
9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
10. Api besar yang akan menghalau manusia
menuju ke Padang Mahsyar.
Api itu akan bermula dari arah negeri
Yaman.
Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di
dalam kitab Fathul Bari
beliau mengatakan: "Apa yang dapat dirajihkan
(pendapat yang terpilih)
dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa
keluarnya Dajal adalah
yang mendahului segala petanda-petanda besar
yang mengakibatkan perubahan
besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan
itu akan disudahi dengan
kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian
turun dari langit).
Kemudian terbitnya matahari dari tempat
tenggelamnya adalah permulaan
tanda-tanda qiamat yang besar yang akan
merosakkan sistem alam cakerawala
yang mana kejadian ini akan disudahi dengan
terjadinya peristiwa qiamat
yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang
yang disebutkan itu adalah
terjadi di hari yang matahari pada waktu itu
terbit dari tempat
tenggelamnya".
TAMAT TigerChan <[EMAIL PROTECTED]>
=====
Allahu a'lam.
Wassalam.
IMMI
" RIGHT THINKING NOW...FOR THE NEXT ERA "
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send FREE video emails in Yahoo! Mail!
http://promo.yahoo.com/videomail/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: hadi ma <[EMAIL PROTECTED]>