*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


       "Tujuan berpolitik adalah untuk kebahagian Hidup,bagitulah ucapan
seorang pemimpin ".Dimanakah konsep kita ni Hamba Allah dan mencari 
kehidupan yang hakiki?Bahagia adalah bersangkutan dengan hati.Orang kaya 
belum tentunya hidupnya bahagia.Tidur malam tangan atas dahi,saham 
merudum,bahagiakah atau bahayakah?.kaya tak menjamin kebahagian.Kebahagian 
adalah hubungan hati dengan penciptanya.contohnya,
sahabat nabi,merika hanya tinggal "Allah dan Rasul",tapi merika mendapat 
kebahagian didunia dan akhirat.Kerana nak cari kebahagianlah maka tidak kira 
halal haram,dosa pahla,itulah tujuan merika berpolitik,untuk mencari 
kebahagian.

        Kalau Islam perintah "huru hara".Bagitulah ucapan merika, tidak 
cukup dengan ucapan ditakut-takutkan pula dengan dengan iklan "Tentang 
bahayanya kalau Islam perintah.Merika melarang hiburan,siapakah yang 
melarang hiburan?.Takkan yang ni pun tak bolih berfikir wahai "AlQubah".
Kalau penjual ikan dipasar berkata,"mari-mari, ni ikan baru naik dari 
perahu,masih segar ni,saudara percaya dengan cakap penjual ikan tersebut 
?.Mata ikan dah merah, perut ikan dah keluar.kalau ini saudara bolih 
berfikir,tak jadi beli ikan tersebut, takkan dalam hal ugama kita tak bolih 
berfikir.Judi,kilang arak,takkan tak bolih berfikir, siapa yang mengajak 
amal maaruf,siapa yang mengajak kekufuran.Takkan kita tak tengok tanda-tanda 
islam,orang tengah berebut harta kekayaan tapi tok guru tolak.

        Disini saya nak sebutkan kisah," Tufil Bin Amru Al-Dusi".Beliau 
adalah seorang penyair dan pemimpin yang berpengaruh diYaman.Beliau datang 
kemekah tahun kesebelah selepas kenabian,beliau disambut dengan penuh hormat 
olih penduduk mekah.Ini adah pesanan-pesanan YB YB UMNO(ketika itu)kepada 
beliau,"Engkau datang kenegeri kami,waspada terhadap seorang lelaki 
dikalangan kami.kata-katanya, seperti sihir bolih memisahkan ayah dan anak 
memecah belahkan sesama saudara,suami dan isteri(sebelum ni tukar bini, tak 
menjadi pecah belah).kami bimbang kalau-kalau dia dapat mempengaruhi mu dan 
kaummu saperti yang berlaku kepada kami,jangan bercakap dengannya dan jangan 
mendengar cakapnya walau pun sadikit.(Kalau le ni diulang 
berkali-lali,janganlah kamu mencampakkan diri kamu dalam 
kebinasaan)bagitulah pesan Umno(ketika tu)
pada Taufil.

      Taufil Radiallahu an hu menceritakan"Demi Allah merika terus menerus 
mengigati aku dengan perkara itu sehingga aku mengambil keputusan tidak 
mendengar dan bercakap dengannya.Bahkan aku menyediakan kapas sebagai 
penyumbat telinga, ku supaya cakap-cakapnya tidak sampai kepadaku(kalau le 
ni, ceramah habis sekat,surat khabar pun gitu jugak)Apabila aku pergi 
keMisjid tiba-tiba aku melihat ia bersembahyang disisi Kaabah.Aku berdiri 
berhampirannya.Allah tidak mau yang lain melainkan memperdengarkan kepadaku 
sebahagian daripada kata-katanya".Aku mendengarnya dan aku dapati adalah 
kata-katanya baik.Aku pun berfikir,Demi Allah aku mesti membuat pertimbangan 
sediri,aku seorang penyair dan aku bolih menilai buruk baiknya,kalau baik 
aku menerimanya kalau buruk aku menolaknya.Aku tidak berbuat apa-apa 
sehingga ia beredar pulang kerumahnya.Aku pun mengikutinya dari 
belakang,sehingga ia masuk kerumahnya.Aku pun masuk menemuainya. lalu aku 
menceritakan kisah kedatanganku dan bagaimana merika memberi amaran supaya 
aku jangan bertemu dengannya dan menyumbat kapas ketelingaku,seterusnya aku 
mendengar sebahagian kata-katanya ketika sembahyang disisi kaabah.Aku pun 
berkata lagi kepadanya,"sila bentangkan kepadaku tentang ajaran mu.
Dia menerangkan kepadaku tentang islam dan membaca al Quran.Maka demi Allah 
aku tidak pernah mendengar kata yang lebih baik darinya,serta 
perkara-perkara yang lebih Adil darinya.Aku terus mengikrarkan syahadah
yang sebenar.

     Kalau lah pemimpin hari ini berjumpa TOk Guru,dengar apa yang 
disampaikan olih Tok guru, alangkah beruntungnya merika,dapatlah kebahagian 
seperti yang diimpikannya.....



_________________________________________________________________
Chat with friends online, try MSN Messenger: http://messenger.msn.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "ku6ku6 ku6ku6" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke