*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum dan Salam Reformasi.
Telah hampir 3 bulan saya dilepaskan dari Kamunting
dengan syarat-syarat yang zalim dan menekan. Saya tetap
menegaskan bahawa syarat-syarat tersebut hanyalah
satu tipu helah untuk menyekat arus kebangkitan rakyat.
Saya diperlakukan seperti seorang penjenayah
sedangkan saya hanya melaksanakan tugas saya sebagai
warganegara sebuah Negara yang mengamalkan Demokrasi.
Saya dihalang dari bergerak dan bercakap sedangkan
itulah tugas saya sejak lebih dua puluh tahun yang lalu.
Itulah usaha saya untuk menyara keluarga saya yang
dijamin oleh Perlembagaan Malaysia yang dengan jelas
memberi hak setiap individu untuk mencari kehidupan
yang halal di Negara ini. Seorang petani tidak boleh
dihalang dari bercucuk tanam, seorang nelayan tidak
boleh dihalang dari mencari ikan dan saya sebagai
pendakwah, penceramah, motivator dan konsultant
masyarakat tidak boleh dihalang dari bercakap dan hidup
bermasyarakat.
Jika penahanan saya dulu tidak kerana politik seperti
yang didakwa, mengapa kini saya dihalang dari berpolitik?
Apa pula alasan mereka menghalang saya dari
menyampaikan ilmu-ilmu agama yang telah diamanahkan kepada
saya? Apakah saya mengajar ajaran sesat? Sudah berapa
ramai yang saya sesatkan ketika menjadi pensyarah di
UIA selama 15 tahun? Berapa ramai pula yang saya
pesongkan dari ajaran sebenar ketika saya giat berdakwah
dalam TV dan radio suatu masa dulu? Apakah saya juga
perlukan tauliah sedangkan saya yang 'mendidik'
mereka yang kononnya punya kuasa memberi tauliah?
Setelah berbincang dengan DSP Zufami (Ketua Cawangan
Khas Gombak), saya telah membuat surat
permohonan untuk memberikan kuliah agama di Surau dan
Masjid malangnya jawapan lisan yang diberi
menerusi Insp. Muru di Pejabat Cawangan Khas Gombak,
Rawang ialah surat permohonan saya tidak dapat
diproses tanpa surat kebenaran ceramah dari Pejabat
Agama Daerah.
Akibat dari tekanan tersebut, keluarga saya
menanggung kesulitan. Isteri saya terpaksa mengurus semua
urusan keluarga dan kehidupan diluar rumah. Urusan
perpindahan sekolah anak-anak saya ke Kelantan juga
ditangani oleh isteri saya yang terpaksa menaiki bas
pergi dan balik. Dari urusan keluarga hingga urusan luar
keluarga semuanya diambilalih oleh isteri saya yang
dulunya mengabdikan diri kepada urusan dalam rumah.
30 Jan ini pula saya akan dihadapkan ke mahkamah atas
tuduhan melanggar syarat tahanan. Dan hukumannya
adalah penjara. Persoalannya, mengapa kes penahanan
saya pada April 2001 yang merupakan persoalan pokok
tidak dibicarakan sedangkan kes pelanggaran syarat
yang merupakan ranting akan dibicarakan? Apakah kerana
mereka tidak punya bukti untuk membicarakan saya
berkaitan senjata api, bom tangan dan pelancar roket
seperti yang didakwa oleh KPN?
Oleh itu, untuk meneruskan perjuangan ini, sebagai
membantah kezaliman berterusan yang dikenakan keatas
saya dan keluarga, maka saya dan isteri mengambil
tindakan menyokong tindakan Sdr. Anwar Ibrahim dan
rakan-rakan di kamunting dan beberapa rakan lain
untuk turut sama melakukan bantahan dengan berpuasa
sehinggalah penganiyaan ini dihentikan.
Saya juga menyeru kepada seluruh pendukung keadilan
dan penentang kezaliman agar menyokong tindakan
kami ini dengan turut sama melakukan bantahan dengan
apa cara sekalipun. Saya juga menyeru agar
diteruskan program solat Hajat di semua tempat baik
perseorangan atau jamaah. Semoga sinar keadilan terbit
dan bercahaya di Negara tercinta.
Salam Perjuangan dari saya dan isteri.
Badrulamin & Zumrah
Kepong 22 Jan. 2002
"Jika takut dengan risiko, jangan bicara tentang perjuangan!" - Anwar
Ibrahim
_________________________________________________________________
MSN Photos is the easiest way to share and print your photos:
http://photos.msn.com/support/worldwide.aspx
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Hoot Hoot" <[EMAIL PROTECTED]>