*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> -----Original Message-----
> From: Haris
> Sent: Friday, January 25, 2002 2:34 PM
> To: 'Osman'; 'Azan'; 'Azhar'; 'Ayub Yahya'; 'Azrai'; 'Rosdi Razak';
> 'rosilah muslim'; 'ROSLAN ISMAIL'; 'Wan Ghazali'
> Subject: FW: Murtad dan Bapa Kristian Melayu
>
>
>
>
> ----------
> From:
> [EMAIL PROTECTED][SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
> Sent: Friday, January 25, 2002 11:51 PM
> To: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED];
> [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED];
> [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
> Subject: Fwd:Murtad dan Bapa Kristian Melayu
>
>
>
> ____________________Forward Header_____________________
> Subject: Murtad dan Bapa Kristian Melayu
> Author: Shahrul Izam Abas
> Date: 25/01/02 10:23
>
> > > Na'uu zubillah......
> > >
> > > Berita terbaru berkenaan murtad telah tersebar dengan
> > > meluas setelah kes Siti Nor Aishah dipampangkan di
> > > dada-dada akhbar dan di media massa tak lama dulu.
> > > Selepas daripada peristiwa yang menyanyat hati umat
> > > islam itu masih dalam ingatan kita lagi, tiba-tiba
> > > kita dikejutkan dengan kes Hartina bte. Kamaruddin
> > > yang tukar agama pada agama Hindu. Kisahnya kalau kita
> > > tengok, ia lebih kurang dengan cerita Siti Nor Aishah.
> > > Kedua-duanya murtad kerana hendak berkahwin dengan
> > > jejaka dari agama lain. Cuma bezanya Siti Nor Aishah
> > > berbapakan seorang Imam, sementara Hartina seorang
> > > peniaga. Kesimpulannya disini, kita sudah tidak boleh
> > > meletakkan seseorang bapa yang mempunyai ilmu agama,
> > > lebih selamat akidah anaknya dari seorang bapa yang
> > > mempunyai ilmu agama yang average atau sedikit.
> > >
> > > Berbalik kepada kes Siti Nor Aishah dan Hartina atau
> > > Varjini Rajeswaran (nama Hindunya). Kedua-dua keluarga
> > > mereka sekarang masih meratapi kemurtadan ahli
> > > keluarga mereka ini. Bagi saya, keluarga Kamaruddin
> > > adalah lebih malang kalau dibandingkan dengan keluarga
> > > Bukhari. Sebabnya ialah, saudara Kamaruddin telah
> > > menghadapi tiga kes di mahkamah diatas tindakan
> > > anaknya (Hartina)sendiri. Berikut adalah kes-kes yang
> > > dihadapi oleh saudara Kamaruddin ialah seperti berikut
> > >
> > > 1. Kes jenayah - mencederakan Rajeswaran - majistrate Kampar
> > > 2. Kes jenayah - mencederakan Rajeswaran - majistrate
Petaling
> >Jaya
> > > 3. Kes saman 30 juta
> > >
> > > Ada satu lagi kes murtad, seorang anak perempuan
> > > beragama islam yang berumur 26 tahun telah tukar agama
> > > kepada kristian kerana ingin berkahwin dengan seorang
> > > jejaka pilihannya (Cina). Ibunya telah menyaksikan
> > > anaknya diijabkabulkan disebuah gereja di Petaling
> > > Jaya. Dan paderi yang mengahwinkan anak perempuannya
> > > itu adalah seorang melayu. Astaghfirullah .... Beliau
> > > meratapi kemurtadan anak perempuannya itu sehingga
> > > beliau terpaksa dipapah kedalam kenderaan seorang
> > > hamba Allah yang juga telah menyaksikan peristiwa itu.
> > > Hamba Allah itu adalah merupakan seorang ustaz.
> > > Beliau telah diminta olih perempuan tua itu untuk
> > > menolongnya. Berkata perempuan tua itu kepada ustaz,
> > > Carilah lawyer agar dia dapat membatalkan perkahwinan
> > > anak perempuannya itu dan soal duit, tidak ada
> > > masalah. Ustaz yang telah memang tahu itu adalah
> > > merupakan usaha yang sia-sia kerana tiada
> > > undang-undang untuk menghalang orang murtad dinegara
> > > kita ini, telah membawa perempuan tua itu berjumpa
> > > dengan seorang peguam (kawannya) setelah didesak.
> > >
> > > Di pejabat peguam itu, soalan yang pertama keluar dari
> > > mulut peguam itu ialah "berapa umur anak makcik"?
> > > Apabila perempuan tua itu berkata umur anaknya adalah
> > > 26 tahun. Lantas peguam itu berkata "mintak maaf
> > > makcik, saya tak dapat tolong makcik kerana mengikut
> > > undang-undang persekutuan, seseorang yang telah
> > > berumur 18 keatas mempunyai hak yang penuh bagi
> > > menentukan agama yang hendak dianutinya". Begitulah
> > > undang-undang yang kita ada sekarang ini. Tiada
> > > pembelaan dalam kes murtad ini.
> > >
> > > Na'uzubillah..... Akhirkata, nak memendekkan cerita...
> > > rupa-rupanya Ustaz tadi telah menghubungi Paderi
> > > melayu itu. Mereka telah membuat temujanji yang tempat
> > > dan waktunya telah ditentukan oleh paderi itu. Soalan
> > > pertama yang ustaz tanya pada paderi itu ialah,
> > > Bagaimana kamu boleh tukar agama ni? Dia pun ceritalah
> > > yang dia berasal dari Sabak Bernam dan bapanya adalah
> > > seorang guru agama. Beliau dan kawannya (berempat)
> > > pergi ke Singapura untuk mencari rezeki. Mereka telah
> > > bertemu dengan seseorang melayu Singapura yang telah
> > > membantu mereka dan akhirnya mengajak mereka masuk
> > > kristian. Mereka sebenarnya adalah dari Persatuan
> > > Melayu Kristian Singapura. Mereka kemudiannya telah
> > > diajar tentang agama masehi ini sehingga mendapat
> > > kelalayakan untuk menjadi paderi. Mereka kemudiannya
> > > telah dihantar ke Semenanjung Malaysia. Mengikut
> > > cerita paderi itu, dua orang kawannya masih di
> > > semenanjung dan seorang lagi telah dihantar ke Rom
> > > untuk ambil Phd. disalah satu gereja terbesar.
> > > Mengikutnya lagi kawannya itu mendapat bimbingan dari
> > > Pope John Paul dan apabila dia balik nanti, dia akan
> > > menyandang jawatan "Bapak Kristian Melayu" di Malaysia.
> > > Soalan kedua ustaz, Berapa orang melayu yang telah
> > > dikristian? Beliau menjawab, sepanjang 15 tahun menjadi
> > > paderi, beliau telah memurtadkan lebih kurang 3000
> > > orang. Soalan ketiga ustaz, Kenapa dia berusaha sangat
> > > untuk memurtadkan orang melayu? Beliau menjawab,
> > > sesiapa dapat memurtadkan orang melayu, dia akan
> > > mendapat RM3000 untuk satu kepala berbanding dengan
> > > kaum lain yang dibayar 700 ke 800 sahaja.
> > >
> > > Bayangkanlah berapa dia dapat dan apa yang keluarga orang
> > > melayu dapat. Oleh itu berwaspadalah saudara-saudara ku.
> > > Ingatlah pesan Rasullulah s.a.w. gigit dan pegang Al Quran
> > > serta sunnahku Insyaalah kamu akan selamat.
> > > Periksalah diri kita dan berdoalah kepada Allah agar kita,
> > > keluarga dan umat islam seluruhnya
> > > mendapat perlindongan akidah dari Rabul A'lamin.
> > >
> > > ====
> > > To love someone is nothing
> > > To be loved by someone is something
> > > To be loved by someone you love is exciting
> > > But to be loved by Allah is everything
> >
>
>
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Osman Manggok" <[EMAIL PROTECTED]>