This is a forwarded message:
 
5 PERKARA ELOK DISEBUT-SEBUT

Dalam sesi muzakarah kali ini, saya hendak menarik perhatian tentang
5 perkara yang patut disebut-sebut selalu untuk memberi kesedaran
kepada kita sepanjang menjalani hidup ini.

Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-
lima perkara ini iaitu:
 


  Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.

Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang
yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa
hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan
kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut
nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi
nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat.
Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap
ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan
hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga
ke hati.


 



  Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.

Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di
dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya
nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100
daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di
dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran
sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat
(WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang
Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang
paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi
dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu
perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul
keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.


 

  Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga. 

Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh
atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau
menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada
diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita
buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh
sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat
kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub.
Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala
kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria'
atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang
memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah
satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati
supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita
kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang
ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang
menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah
kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan
kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan
itu.


 
  Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri
orang lain.

Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan
diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita
terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan
kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang
lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam
menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita
dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan
orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita
sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu
jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita.
Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk
daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan
diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain
orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada
digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama
manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang,
meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat
diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun
kita pernah berbuat baik.  Hanya dengan cara ini kita terselamat dari
bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk
menjerumuskan kita ke dalam api neraka.


Demikian tazkirah minggu ini. Semoga 5 perkara yang disebutkan di
atas dapat kita hayati dan diterapkan dalam kehidupan kita seharian.
Sama-sama beroda semoga terselamat dari kemurkaan Allah semasa di
dunia hingga ke akhirat. Amin...


Kirim email ke