*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
nasyid sekarang ni ialah nasyid cari makan.
penyanyi nasyid ni sama saja dengan penyanyi lain cuma lagunya ada baik sikit itu saja
bezanya.
sebagai penyanyi, ia tertakluk kepada kontrak syarikat rakaman.
sebagai syarikat rakaman antara bangsa, depa apa peduli untuk perjuangkan islam.
kompeni ni pun milik barat.
Yang penting artis jadi top, ramai peminat dan album boleh jual = duit masuk. selagi
mana lagu tu diputarkan, selagi itulah kompeni ni sebagai pemilik hakcipta akan
mendapat wang ikhsan = duit lagi.
mari tengok beberapa contoh.
rabbani - emi dari belanda
asalnya dari pecahan nada murni. banyak lagu diambil dari nada murni.
bandingkan album nada murni (ova productions) dengan rabbani keluaran emi.
rabbani sekarang sudah menjadi anak didik kumpulan kru yang kata islam ni adalah agama
yang bebas dia orang nak buat apa ka itu dia orang punya pasal semasa mengulas
penangkapan di kelab the shit. irama rabbani kini lebih kepada nasyid rap mengikut
guru mereka.
raihan - warner muzik - aol time warner
mengikut lapuran, dulu-dulu sebelum ada album raihan ni cuma kumpulan nasyid kampung
saja panggil kat mana-mana dan bayar berapa pun tak banyak soal. tapi bila album
pertama meletup jangan harap nak panggil kalau tak cukup ongkos.
sekarang ni pun raihan lebih kepada mengejar populariti dengan semua anugerah disapu.
solehah - artis manatah.
solehah ni lebih kepada nasyid dangdut. macam ni pun dikira nasyid juga. lain kali
suruh amok/cromox/xpdc bergabung buat nasyid metal.
hijjaz - telaga biru / bmg
hijjaz ni ada dua versi.
jika album hijjaz diterbit dan diedar sendiri oleh telaga biru, ada perbezaan
kandungan isinya disamping harganya yang jauh lebih murah berlipat kali ganda. rm4/=
saja sekeping original/tulin/asli.
jika hijjaz diedarkan oleh bmg, ada beza kandungan isinya dan harga kaset/cd ikut naik
sama dengan artis bmg yang lain. di sini telaga biru yang salah.
brader - ambang klasik - tv3 suku
awak semua dah tengok apa jadi bila syarikat rakaman suruh si yasin buat album
sendiri. selamat berjuang brader yasin dengan si laila.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "wan emily" <[EMAIL PROTECTED]>