*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Walaupun jumlah undi yang BN dapat dalam pilihanraya kecil DUN Indera
Kayangan baru-baru ini telah bertambah tetapi jumlahnya masih tidak
menyamai jumlah undi yang mereka dapat pada tahun sebelum 1999.
Nampaknya sekarang pilihanraya yang selesa yang telah dinikmati oleh BN
seperti pada tahun-tahun sebelum 1999 tidak akan berulang lagi pada masa
hadapan ini.

Sekarang ini setiap kali pilihanraya yang diadakan tidak kira samada
pilihanraya umum atau pilihanraya kecil sentiasa mencemaskan BN.
Perbelanjaan yang begitu besar terpaksa digembelingkan untuk memastikan
kemenangan di pihak mereka.

Dari pemerhatian kita di beberapa pilihanraya kecil yang lalu,
penyokong-penyokong dari kedua-dua parti yang bertanding sungguh
bersemangat sekali sehingga kadang-kadang menjadi sukar untuk dikawal.
Sering juga kita dengar pergaduhan berlaku antara penyokong-penyokong
parti yang bertanding.

Mungkin di masa yang lalu parti pembangkang begitu lemah, mereka tidak
mempunyai ramai penyokong oleh itu keadaan yang tegang semasa berkempen
tidak pernah berlaku seperti sekarang ini. Walaupun waktu yang
dibenarkan kempen telah dipendekkan menjadi sepuluh hari sebelum hari
mengundi tetapi dalam masa 10 hari itu boleh menyebabkan banyak perkara
yang tidak diingini boleh berlaku.

Apabila penyokong-penyokong parti ini berhimpun di tempat yang sama
sukar untuk mereka mengawal diri mereka. Sedikit kesilapan dan salah
faham akan mudah mencetuskan pergaduhan dan keganasan. Tambah bahaya
lagi negara kita mempunyai rakyat yang berbilang kaum, dan parti politik
negara kita juga kebanyakannya diwajahkan oleh kaum-kaum yang ada. Kita
bimbang keadaan seperti ini akan diambil kesempatan oleh pihak-pihak
yang berkepentingan untuk menyemarakkan api perkauman. Bila berlaku
keganasan perkauman tentulah mala petaka yang lebih besar akan menimpa
negara kita.

Untuk mengelakkan kemungkinan keadaan yang buruk ini berlaku kepada
negara kita yang aman damai ini, ada baiknya kempen pilihanraya dan
merayu undi secara terbuka hendaklah diharamkan sama sekali.  Walaupun
tindakan ini nampak keterlaluan dan seperti menyekat kebebasan bersuara
yang merupakan sebahagian dari amalan demokrasi itu tetapi ini perlu
kita lakukan demi kesejahteraan negara kita yang jauh lebih penting
lagi.

Bagaimanapun bagi memenuhi kehendak amalan demokrasi yang membenarkan
calon-calon atau parti politik yang bertanding menghebahkan manifesto
dan berkempen sebelum bertanding maka mereka perlu diberi peluang
seluas-luasnya menggunakan media samada media cetak atau media
elektronik, yang dipunyai oleh kerajaan atau sawasta untuk menyampaikan
manifesto mereka.

Dunia telah berubah, di masa dulu kita tidak ada cara lain untuk
berkempen selain bertemu  dengan orang ramai secara terus. Di zaman
canggih ini kita boleh menggunakan akhbar, radio, TV malah internet
untuk berhubung dengan orang ramai. Cara ini lebih selamat, tidak ada
perhimpunan ramai, pergaduhan dan keganasan tidak mungkin boleh berlaku.
Penggunaan media perdana untuk berkempen tidak patut dihadkan kepada
parti yang memerintah sahaja.
Wallahualam.



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: alias mohd yusof <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke