*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Walaupun jumlah undi yang BN dapat dalam pilihanraya kecil DUN Indera Kayangan
baru-baru ini
telah bertambah tetapi jumlahnya masih tidak menyamai jumlah undi yang mereka dapat
pada
tahun sebelum 1999. Nampaknya sekarang pilihanraya yang selesa yang telah dinikmati
oleh BN
seperti pada tahun-tahun sebelum 1999 tidak akan berulang lagi pada masa hadapan ini.
Sekarang ini setiap kali pilihanraya yang diadakan tidak kira samada pilihanraya umum
atau
pilihanraya kecil sentiasa mencemaskan BN. Perbelanjaan yang begitu besar terpaksa
digembelingkan untuk memastikan kemenangan di pihak mereka.
Dari pemerhatian kita di beberapa pilihanraya kecil yang lalu, penyokong-penyokong dari
kedua-dua parti yang bertanding sungguh bersemangat sekali sehingga kadang-kadang
menjadi
sukar untuk dikawal. Sering juga kita dengar pergaduhan berlaku antara
penyokong-penyokong
parti yang bertanding.
Mungkin di masa yang lalu parti pembangkang begitu lemah, mereka tidak mempunyai ramai
penyokong oleh itu keadaan yang tegang semasa berkempen tidak pernah berlaku seperti
sekarang
ini. Walaupun waktu yang dibenarkan kempen telah dipendekkan menjadi sepuluh hari
sebelum
hari mengundi tetapi dalam masa 10 hari itu boleh menyebabkan banyak perkara yang tidak
diingini boleh berlaku.
Apabila penyokong-penyokong parti ini berhimpun di tempat yang sama sukar untuk mereka
mengawal diri mereka. Sedikit kesilapan dan salah faham akan mudah mencetuskan
pergaduhan dan
keganasan. Tambah bahaya lagi negara kita mempunyai rakyat yang berbilang kaum, dan
parti
politik negara kita juga kebanyakannya diwajahkan oleh kaum-kaum yang ada. Kita bimbang
keadaan seperti ini akan diambil kesempatan oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk
menyemarakkan api perkauman. Bila berlaku keganasan perkauman tentulah mala petaka
yang lebih
besar akan menimpa negara kita.
Untuk mengelakkan kemungkinan keadaan yang buruk ini berlaku kepada negara kita yang
aman
damai ini, ada baiknya kempen pilihanraya dan merayu undi secara terbuka hendaklah
diharamkan
sama sekali. Walaupun tindakan ini nampak keterlaluan dan seperti menyekat kebebasan
bersuara yang merupakan sebahagian dari amalan demokrasi itu tetapi ini perlu kita
lakukan
demi kesejahteraan negara kita yang jauh lebih penting lagi.
Bagaimanapun bagi memenuhi kehendak amalan demokrasi yang membenarkan calon-calon atau
parti
politik yang bertanding menghebahkan manifesto dan berkempen sebelum bertanding maka
mereka
perlu diberi peluang seluas-luasnya menggunakan media samada media cetak atau media
elektronik, yang dipunyai oleh kerajaan atau sawasta untuk menyampaikan manifesto
mereka.
Dunia telah berubah, di masa dulu kita tidak ada cara lain untuk berkempen selain
bertemu
dengan orang ramai secara terus. Di zaman canggih ini kita boleh menggunakan akhbar,
radio,
TV malah internet untuk berhubung dengan orang ramai. Cara ini lebih selamat, tidak ada
perhimpunan ramai, pergaduhan dan keganasan tidak mungkin boleh berlaku.
Tetapi sebagai gantinya pihak kerajaan mestilah mengadakan ruang yang luas untuk
parti-parti
yang bertanding untuk menggunakan saluran media kerajaan dan sawasta bagi berkempen.
Penggunaan media perdana untuk berkempen tidak patut dihadkan kepada parti yang
memerintah
sahaja.Kita percaya bagaimana keras dan kasarnya kempen yang dilakukan melalui
media-media
dia tidak akan memberi kesan secara langsung kepada pergaduhan dan keganasan
Wallahualam.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: alias mohd yusof <[EMAIL PROTECTED]>