*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam~

Tadi, terbaca kenyataan balas Zahid Hamidi dlm Utusan
4 Feb 02 yg menafikan kenyataan Saifudin ini. Kata
Zahid:

"Saya tidak mahu terjerumus ke dalam perigi yg dikorek
oleh mereka ini (KeADILan)".

Ish, ish kesian kat Zahid noh!

Tapi tak kata kat dialah, kalau saya jadi dia pun;
mungkin saya juga akan mengambil tindakan yg serupa.
Kalau org tanya saya pasal apa, saya akan jawab:

"Hangpa tau apa? Hangpa tak pernah kena sepit
teloq....boleh lah sembang deraih!"

After all, Mujarab jugak rupanya senjata depa tu noh!

-Temingat Di Belantara-

-------------------------


> Penyelewengan: Bukti pada Zahid 
> Saturday, February 02 @ 15:23:25 MYT 
> 
> KUALA LUMPUR, 2 Feb (Hrkh) - Timbalan Ketua Pemuda
KeAdilan, Saifuddin 
Nasution mendakwa bekas Ketua Pemuda Umno, Dato' Zahid
Hamidi mempunyai 
bukti mengenai dakwaan penyelewengan yang berlaku di
dalam kerajaan. 
> 
> Menurutnya, dakwaan penyelewengan termasuk salahguna
kuasa Dato' Seri 
Rafidah Aziz, salahlaku Tan Sri Rahim Thamby Chik,
penyelewengan Perwaja dan 
pembinaan kediaman Perdana Menteri adalah antara
kandungan teks ucapan Zahid 
di Perhimpunan Agung Pemuda Umno pada tahun 1997. 
>  "Bagaimanapun Zahid kemudiannya membacakan teks
ucapan yang telah 
diubahsuai semula dalam tempoh 48 jam sebelum
ucapannya dalam perhimpunan 
itu," katanya dalam sidang akhbar di pejabat KeAdilan,
Damansara, dekat sini 
hari ini. 
> 
> Saifuddin menjelaskan, teks ucapan yang asal
mengandungi butiran 
terperinci mengenai beberapa penyelewengan termasuk
beberapa penyelewengan 
yang mempunyai persamaan seperti yang didakwa dalam 13
laporan polis yang 
dibuat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri
Anwar Ibrahim dan 
Ketua Pemuda KeAdilan, Ezam Mohd Noor. 
> 
> "Ucapan itu merupakan titik tolak berlaku
pertelingkahan yang sedang 
dihadapi sekarang," ujarnya. 
> 
> Teks ucapan dibahagikan kepada perwakilan pada
perhimpunan tahun itu 
adalah teks yang telah diubahsuai sebelum ucapan itu
walaupun teks yang asal 
telahpun dicetak. 
> 
> "Dalam proses menyediakan ucapan itu, saya bersama
Zahid menemui, 
antaranya, Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor
(ketika itu), Ketua 
Pengarah Badan Pencegah Rasuah dan Ketua Setiausaha
Negara, Tan Sri Halim 
Ali (ketika itu)," jelasnya lagi. 
> 
> Dalam pertemuan tertutup itu, Zahid membangkitkan
dan cuba mendapatkan 
pengesahan maklumat mengenai dakwaan penyelewengan itu
sebelum ia 
dibentangkan dalam mesyuarat Pemuda Umno, terang
Saifuddin. 
> 
> Menurut Saifuddin, antara panel penulis teks asal
Zahid ialah, Zainal 
Kling, Suhaimi Ibrahim (bekas presiden Majlis Belia
Malaysia), Saifuddin 
Abdullah, Dr Zambri Kadir, Nakhaei Ahmad dan Mahadzir
Mohd Khir manakala 
beliau bertindak sebagai Setiausaha. 
> 
> "Teks itu juga telah dibentangkan dalam mesyuarat
exco pemuda yang turut 
dihadiri oleh Hishamuddin Tun Hussein Onn (Timbalan
Ketua Pemuda masa itu), 
dan ianya diterima sepenuhnya agar pendedahan itu
dibuat," katanya. 
> 
> "Saya mempercayai sepenuhnya bahawa Zahid mempunyai
maklumat mengenai 
penyelewengan yang disebut dalam teks ucapan itu,"
katanya. 
> 
> Sehubungan itu, beliau menggesa Pemuda Umno agar
meminta penjelasan 
daripada Zahid mengenai dakwaan
penyelewengan-penyelewengan itu. 
> 
> Pemuda Umno juga perlu mengemukakan bukti jika
sekiranya Zahid tidak 
mempunyai maklumat mengenai
penyelewengan-penyelewengan yang dimasukkkan 
dalam teks ucapan asalnya, katanya. 
> 
> "Sekiranya Zahid masih mempunyai bukti-bukti
mengenai penyelewengan itu, 
dia mesti mendedahkannya," ujarnya. 
> 
> 
> 



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Great stuff seeking new owners in Yahoo! Auctions! 
http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Temingat Di Belantara <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke