*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dalam soal hukum, kalau tak ada ilmu janganlah berani memberi kenyataan.
Poligami adalah hukum sampai kiamat pun hukum itu tak akan berubah.
Setiap hukum adalah rahmat Allah kepada Ummat manusia. Janganlah 
dipertikaikan kebaikannya.

>From: "Mazuki Izani El-Besuty" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Sister In Islam : Poligami Wajar difikirkan utk dihapuskan 
>?
>Date: Thu, 07 Feb 2002 05:42:50 +0000
>
>
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>{  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>{        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>{        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>http://www.muslimtents.com/sistersinislam/resources/lpoli2002.htm
>
>Dalam perdebatan yang berbangkit mengenai cadangan untuk membenarkan semula
>poligami di kalangan orang bukan Islam, tidaklah menghairankan bahawa
>kebanyakan kumpulan wanita, dan juga orang lelaki yang berfikiran 
>progresif,
>telah membantah dan mengecam cadangan tersebut
>
>Adalah diakui bahawa poligami pernah dibenarkan bagi lelaki bukan Islam di
>Malaysia sebelum penguatkuasaan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan
>dan Perceraian) 1976 pada tahun 1982. Sebelum penguatkuasaan tersebut,
>poligami tanpa had dan tanpa syarat pernah diiktiraf di bawah undang-undang
>adat masing-masing. Akta Membaharui Undang-Undang adalah hasil daripada
>perjuangan berbagai kumpulan wanita di negara ini bagi menamatkan 
>penindasan
>dan ketakadilan yang dialami oleh kaum wanita di bawah amalan-amalan adat
>yang tidak adil dan sudah ketinggalan zaman. Kumpulan-kumpulan wanita yang
>merangkumi kaum wanita dari berbagai bangsa dan agama, termasuk juga wanita
>Islam, telah berganding bahu dan bekerjasama dalam perjuangan menentang
>penyalahgunaan poligami dan diskriminasi terhadap wanita. Tekanan daripada
>berbagai kumpulan wanita telah membawa kepada larangan berpoligami bagi
>bukan Islam, dan beberapa pecubaan (tidak begitu berkesan) yang bertujuan
>untuk mengawal poligami di kalangan orang Islam. Malangnya, apa-apa langkan
>berkesan untuk menentang penyalahgunaan poligami di kalangan orang Islam
>sering dikecam sebagai kononnya "menentang agama Islam". Ini berpunca 
>kepada
>sikap salah faham yang menganggap seolah-olah poligami itu suatu hak lelaki
>yang begitu disanjung dan dijamin oleh Islam..
>
>Sisters in Islam (SIS) ingin menegaskan bahawa Islam bukanlah mewujudkan
>atau menggalakkan polygami. Poligami tanpa had pernah menjadi amalan sedia
>ada di zaman sebelum al-Qur'an diwahyukan. Ayat-ayat al-Qur'an berhubung
>dengan poligami dengan jelas bersifat menyekat dan bukannya menggalakkan.
>Sejak abad ke sembilan belas, beberapa tokoh terkemuka ulama' Islam,
>misalnya Sheikh Muhammad Abduh, Mufti Besar di Mesir sehingga kematiannya
>pada tahun 1905, telah menjelaskan bahawa poligami hanyalah dibenarkan
>secara keberatan oleh ajaran Islam kerana keadaan yang sedia wujud pada
>zaman penurunan wahyu al-Quran. Begitu juga, perhambaan dibenarkan secara
>keberatan oleh ajaran Islam, dengan garispanduan yang menghala ke arah
>penghapusannya pada masa hadapan, melalui perintah supaya layanan baik
>diberi kepada hamba, dan menggalakkan pembebasan hamba abdi. Garispanduan
>dalam al-Qur'an mengenai poligami disarankan melalui pada mulanya,
>menghadkan bilangan maksimum kepada empat isteri, kemudiannya dengan
>memerintahkan layanan yang adil dan saksama, dan kemudiannya pula dengan
>menyatakan akan mustahilnya diberi layanan yang adil dan saksama itu..
>
>Suatu hujah yang digunakan bagi menyokong membenarkan semula poligami di
>kalangan orang bukan Islam ialah bahawa ia akan membantu mengurangkan
>masalah social seperti hubungan luar nikah, pelacuran dan kelahiran anak 
>tak
>sah taraf. Tetapi, walaupun poligami dibenarkan, terdapat juga banyak
>masalah sosial sedemikian di kalangan masyarakat Melayu.. Malah, dalam
>sesetengah kes, amalan poligami mungkin telah menambah lagi masalah social
>di kalangan para remaja iaitu mereka yang dibesarkan dalam keluarga yang
>terbiar kerana bapa berpoligami. Oleh yang demikian, persoalan yang wajar
>dipertimbangkan dalam masyarakat kita pada hari ini bukanlah sama ada
>poligami patut dibenarkan semula bagi bukan Islam, tetapi sama ada poligami
>patut terus dibenarkan di bawah undang-unang keluarga Islam, apabila
>difikirkan secara mendalam akan tujuan sebenar ayat al-Qur'an mengenai
>poligami: "jika takut tidak dapat berlaku adil (terhadap isteri-isteri),
>maka kahwinilah seorang sahaja". Sebenarnya, Kitab Suci al-Qur'an adalah
>satu-satunya kitab suci yang mengandungi rangkaikata "kahwinilah seorang
>sahaja". Malah, masyarakat orang Islamlah yang sepatutnya telah memimpin
>masyarakat lain dalam perjuangan menentang poligami dan penyalahgunaannya.
>
>Moderator,
>http://mazuki2.tripod.com/
>
>
>_________________________________________________________________
>MSN Photos is the easiest way to share and print your photos:
>http://photos.msn.com/support/worldwide.aspx
>
>
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "Mazuki Izani El-Besuty" <[EMAIL PROTECTED]>




_________________________________________________________________
Send and receive Hotmail on your mobile device: http://mobile.msn.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Pengembara Keredhoan Allah" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke