*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wa alaikumus salam wrt wbt

Terima kasih kpd sdr Hafiz atas pdgn beliau. Sedikit sebyk pdgn beliau telah
meredakan sedikit rasa tidak puas hati di klgn sebhg umat Islam spt saya
thdp fatwa tsbt.

Tidak salah utk kita berselisih pendapat, asalkan tidak memecahkan umat.

Hujah=2 fiqh yg dikemukakan beliau amat menarik dan realistik. Namun, saya
hanya merasakan adh lebih menarik jika seseorg ulamak bukan sekadar alim
fiqh dan usul fiqh. Bahkan alim dan mahir pula dlm politik dan siasah
syar'iyyah.

Dlm huraian hujah sdr HF, nampaknya hukum kanak=2 menutup aurat kurang
ditekankan (tidak wajib), sedangkan ia mungkin lebih membantu fatwa tsbt
diterima orang berbanding kewajipan belajar @ memastikan anak belajar. Tapi
pada masa yg sama, kita perlu ingat juga bhw menyuruh anak=2 memakai tudung
adh juga satu pendidikan.

Aspek siasah yg saya cuba ketengahkan adh dari sudut isu tudung ini telah
membuka beberapa dimensi positif bagi umat Islam bukan shj di Singapura,
bahkan di M'sia juga.

Kita telah melihat sokongan kpd mangsa isu ini bukan shj dari klgn gerakan
Islam di M'sia spt parti pembangkang PAS atau ABIM yg sememangnya akan
memihak kpd umat Islam yg tertindas. Bahkan sokongan juga datang dari
manusia spt Dato Hishamuddin, Dato Shahrizat Jalil dari UMNO (Kita mungkin
juga menanti komen dari Dato Pdk Rafidah atau suami Datin Siti Hasmah).

Perkara kedua yg menarik dari sudut siasah juga adh kenyataan PM S'pura
sendiri yg menyatakan bhw: "Setahu beliau, wanita Islam hanya diwajibkan
memakai tudung setelah usia baligh" menunjukkan tahap kefahaman beliau thdp
hukum aurat Islam yg lebih baik dari sebhg besar umat Islam di M'sia dan
S'pura sendiri.

Perkara ketiga adh analogi yg diketengah media sbg dualisme Kjaan S'pura
antara pelajar perempuan Islam yg dilarang memakai tudung berbanding pelajar
lelaki Sikh yg dibenarkan pula memakai serban mrk.

Malangnya fatwa MUIS muncul dgn kenyataan spt tsbt pd ketika sudut siasah
sudah memihak kpd umat Islam S'pura utk mencapai suatu kedudukan @ layanan
yg lebih baik.

Saya meminta maaf krn mungkin saya kurang arif ttg ancaman dan mudharat yg
ditimbang di dlm fatwa tsbt. Tetapi jika ia spt yg saya lihat secara
zahirnya, barangkali ia akan lebih menguntungkan umat Islam jika kita
mengambil ruang=2 yg ada di sebalik isu ini, spt ruang yg diambil oleh
Rasulullah s.a.w. dari Perjanjian Hudaybiyyah spt yg diketengahkan dlm hujah
sdr HF.

Bagi saya, bukan soal umrah pd tahun berikutnya shj yg diambil keutamaan
oleh Rasulullah s.a.w. Apa yg lebih besar dan utama dari Perjanjian tsbt
adh:

1. Pengiktirafan Quraish thdp masyarakat umat Islam Madinah sbg negara,
bukan lagi pelarian dari Mekah.
2. Ruang yg lebih selesa dan aman dari ancaman Quraish utk Rasulullah s.a.w.
utk berdakwah ke sasaran lain. Slps Hudaybiyyah, bginda saw menumpukan usaha
kpd surat & dakwah ke Rom, Parsi dll.
3. Jangkaan bhw Quraish akan melanggar perjanjian & dengan itu mrk akan
merasa bersalah, umat Islam mempunyai alasan utk bertindak sehingga
berlakunya Fath Makkah.
4. Ruang utk membina kekuatan masyarakat Islam Madinah bebas dari gangguan &
intipan Quraish, lantaran salah satu syaratnya adh mana=2 org Makkah yg
pergi ke Madinah hendaklah dikembalikan berbanding org Madinah yg ke Makkah
tidak pula.

Saya kira ruang=2 spt di ataslah yg perlu dicari dari isu=2 spt ini, bukan
sekadar menggunakan kaedah rukhsah dan taqiyyah krn menyelamatkan sesuatu.
Kita masih mempunyai kaedah azimah dan siasah syar'iyyah yg boleh dikongsi
bersama demi kebaikan umat tidak kira di S'pura atau M'sia sekaligus.

Wallahu a'lam.

-----Original Message-----
From: Mohd Yaakub Mohd Yunus <[EMAIL PROTECTED]>
To: [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>; [EMAIL PROTECTED]
<[EMAIL PROTECTED]>
Date: 29/Ðæ ÇáÞÚÏÉ/1422 04:36 Õ
Subject: H-Net* KOMEN HF TENTANG ISU TUDUNG MUIS


>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Assalamualaikum warahmatullah,
>
>Terima kasih kepada salah seorang netters yang meminta pendapat saya
>tentang fatwa MUIS yang menyatakan, lebih utama bagi para penuntut di
>Singapura untuk meneruskan persekolahan dari memakai tudung.
>
>Saya sendiri telah membaca fatwa tersebut dalam sebuah akhbar beberapa
>hari yang lalu. Apa yang dapat saya katakan adalah, sebuah fatwa itu
>akan lahir berdasarkan “fiqh” seseorang ahli fatwa terhadap dalil-dalil
>al-Qur’an dan as-Sunnah yang sahih. Yang dimaksudkan dengan “Fiqh” ialah
>kefahaman, dan di sini ialah kefahaman seseorang terhadap hukum-hukum
>agama yang digalinya dari al-Qur’an dan as-Sunnah.
>
>Pasti sahaja “fiqh” seseorang itu berbeza dengan “fiqh” seseorang yang
>lain, oleh itu biasa sahajalah apabila ramai yang berbeza pendapat
>dengan fatwa MUIS.
>
>Namun perlu saya ingatkan bahawa “fiqh” yang tepat di sisi syari’at
>bukanlah sesuatu yang didasarkan semata-mata kepada zahir nas al-Qur’an
>dan as-Sunnah, tetapi ia harus malah wajib didasarkan juga kepada
>kemampuan seseorang untuk menghubungkan antara beberapa nas yang pada
>zahirnya kelihatan saling berpisah, memahami tujuan-tujuan syari’at
>(maqasid) dan menjadikan keadaan semasa yang hadir bersama sebagai kayu
>ukuran.
>
>Mahu tidak mahu kita terpaksa akui bahawa tidaklah sesuatu fatwa itu
>memiliki sebarang nilai jika ia tidak didasarkan kepada 3 faktor
>terakhir yang saya sebutkan di atas. Kitab I’lam al-Muwaqe’en oleh Ibnu
>Qayyim menjadi rujukan standard kepada apa yang baru saya sebutkan di
>atas.
>
>Kembali kepada fatwa MUIS yang dikeluarkan oleh Shaikh Syed Ahmad
>Semait, saya rasa ramai yang mengenali beliau daripada buku-buku agama
>yang beliau terjemah dan karang. Tetapi tumpuan kita ialah kepada fatwa
>beliau yang terkini. Sebelum seseorang itu mahu berbeza pendapat dengan
>beliau, saya harap beberapa faktor berikut dapat dipertimbangkan
>terlebih dahulu:
>
>Pertama:
>
>Kedudukan umat Islam Singapura sebagai golongan minoriti, sebagaimana
>juga kedudukan umat Islam di Australis, Perancis dan lain-lain negara
>Barat. Apakah kemampuan dan kebolehan mereka dalam isu-isu seperti ini ?
>
>Sebagai kayu ukuran, perhatilah sendiri umat Islam di Malaysia yang
>tidak berkedudukan minoriti, syi’ar-syi’ar Islam tetap memiliki berbagai
>halangan untuk ditegakkan, bukan sahaja kerana pemerintah, tetapi juga
>kerana sebahagian umat yang tidak memahaminya.
>
>Perhatikan juga negara Indonesia yang memiliki jumlah umat Islam yang
>terpadat di dunia, di hadapan mata kita sendiri umat Islam di “bantai”
>di Ambon, Maluku dan sebagainya.
>Jika dalam dua kes di atas umat tidak dapat membantu agama dan sesama
>umat, maka bagaimana pula umat yang minoriti di Singapura dapat membantu
>diri mereka sendiri ?
>
>Paling maksimum ialah menyuarakan bantahan dan rasa tidak puas hati. Ini
>telah mereka lakukan tetapi pihak pemerintah tetap berdegil, maka apakah
>option seterusnya ?
>
>Dalam kes seperti ini, syari’at Islam memberi beberapa jalan keluar,
>antaranya adalah hendaknya seseorang itu berusaha sekuat mampu akan apa
>yang terdaya. Asalkan dia telah berusaha dengan penuh ikhlas dan sedaya
>mampu, maka dia tidak dipersalahkan di sisi Allah Azza waJalla.
>Sama-samalah kita mengulang-kaji tafsiran dan syarah bagi ayat 16 surah
>at-Taghabun dan Hadis ke 9 dari Hadis 40 Imam Nawawi.
>
>Kedua:
>
>Antara kaedah-kaedah syari’at adalah,
>
>Apabila bertembung dua keutamaan dan seseorang itu hanya memiliki satu
>pilihan, hendaklah dia memilih keutamaan yang paling besar yang memiliki
>manfaat jangka masa yang panjang.
>
>Dan:
>
>Apabila bertembung antara mencari kemaslahatan dan menghindar
>kemudaratan, dan seseorang itu hanya memiliki satu pilihan, hendaklah
>dia memilih apa yang dapat menghindarkan kemudaratan.
>
>Dan:
>
>Apabila bertembung antara kemaslahatan untuk sejumlah umat dan
>kemaslahatan untuk segelintir umat, dan seseorang itu hanya memiliki
>satu pilihan, hendaklah dia memilih apa yang dapat memberi maslahat
>kepada sejumlah umat.
>
>Merujuk kepada suasana yang dihadapi oleh para penuntut Muslimah di
>Singapura, Shaikh Ahmad Semait memiliki beberapa pilihan:
>
>[1] Menyuruh penuntut tersebut untuk tidak bersekolah, asalkan terus
>memakai tudung.
>[2] Menyuruh penuntut tersebut untuk tetap bersekolah sekalipun tidak
>tidak bertudung.
>[3] Menyuruh penuntut tersebut untuk berhijrah ke negara jiran di mana
>dia boleh bersekolah dan memakai tudung sekali gus.
>
>Antara option-option ini, manakah yang akan kita pilih berdasarkan
>kaedah-kaedah syari’at di atas ?
>
>Bagi Shaikh Ahmad Semait, beliau memilih option no 2.
>
>Beliau tidak memilih option no 1 kerana menuntut ilmu adalah kewajipan
>yang memiliki manfaat yang lebih utama dan bersifat jangka panjang.
>Lebih dari itu tidak memakai tudung hanya di waktu persekolahan, tidak
>selepas itu. Hukum memakai tudung adalah juga wajib, tetapi antara dua
>pilihan, mana yang lebih utama ? (sebagaimana kaedah syari’at yang
>pertama di atas).
>
>Shaikh Ahmad Semait juga tidak memilih option no 3 kerana ia hanya akan
>membuka peluang kepada pihak pemerintah untuk menggubal berbagai
>undang-undang baru yang terus menghalang kebebasan seluruh umat
>Singapura melaksanakan tuntutan agama. Pemerintah akan memberi alasan,
>jika tidak mahu patuh silalah berhijrah…..!
>
>Malah mungkin sahaja yang pertama disuruh berhijrah ialah Shaikh Ahmad
>Semait sendiri. Jika dia pergi, siapakah warga Singapura yang layak
>untuk menduduki kerusinya ? Tengku Muhd. Fouzy…….Rasul Dahri…….?
>
>Jika kita mencermati sirah Nabi sallallahu-alaihi-wasallam, kita juga
>akan temui beberapa situasi di mana baginda Nabi terpaksa membuat satu
>di antara dua pilihan. Antara yang terlintas di fikiran saya masa kini
>ialah kisah perjanjian Hudaibiyah, di mana apabila surat perjanjian di
>mulai dengan kata-kata Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha
>Penyayang, Inilah perjanjian antara Rasulullah dan ……..tokoh Quraish
>ketika itu meminta agar ditukar kalimah-kalimah tersebut kerana mereka
>tidak mengiktirafnya.
>
>Penukaran ini tidak disetujui oleh sebahagian sahabat, namun Rasulullah
>tetap meneruskannya, kerana baginda tahu di sebalik penukaran tersebut
>ada sesuatu yang lebih utama yang akan diperolehi oleh umat Islam, iaitu
>dapat pergi menunaikan umrah pada tahun berikutnya.
>
>Detail kisah ini boleh dilihat dalam kitab-kitab sirah, terutamanya Fiqh
>us-Sirah oleh Shaikh Ramadhan al-Buti.
>
>Penilaian para netters dalam hal ini mungkin berbeza, hal ini tidak
>mengapa kerana perbezaan pendapat itu adalah sesuatu yang lazim. Tetapi
>jangan keterlaluan sehingga menuduh yang bukan-bukan, seperti berkata
>bahawa tok mufti telah menjadi umpama seseorang tokoh terdahulu yang
>mencipta hadis keutamaan bermain-main dengan burung semata-mata kerana
>ingin menjaga hati khalifah.
>
>Memakai tudung hukumnya adalah wajib, namun perlu dikenal pasti bahawa
>persoalannya di sini ialah bukan kedudukan hukum tetapi adalah kaedah
>melaksanakan hukum.
>
>Perlu juga dikenal pasti bahawa keadah penghakiman Allah terhadap para
>hambaNya adalah berbeza dengan kaedah penghakiman manusia terhadap
>sesama manusia, di mana Allah menghukum berdasarkan ilmu yang tidak
>terbatas kepada keseluruhan tindakan para hambaNya dari baligh hingga
>meninggal, zahir dan batin manakala kita para manusia hanya berhukum
>berdasarkan ilmu yang sangat terbatas kepada sesuatu perbuatan zahir
>sahaja.
>
>Sedarilah bahawa keseluruhan syari’at Allah terhadap manusia memiliki
>satu tujuan umum, iaitu memberi kemaslahatan dan kesejahteraan serta
>menjauhkan kemudaratan dan kerosakan. Apa sahaja yang menjauhi tujuan
>tersebut, yang berubah dari kemaslahatan kepada kemudaratan, dari rahmat
>kepada kerosakan, dari kemudahan kepada kesulitan, dari keluasan kepada
>kesempitan, dari keadilan kepada kezaliman, hikmah kepada kesia-siaan,
>maka ia tidaklah dipandang sebagai syari’at sekalipun melalui tafsiran
>dan penalaran.
>
>Semoga ciri-ciri syari’at di atas diambil kira apabila seseorang itu
>mahu berfatwa, sekalipun kepada dirinya sendiri. Dan apabila bertembung
>antara ciri-ciri tersebut, hendaklah seseorang itu menimbang mana yang
>lebih utama dan mendekati kebenaran. Kerana Allah Azza waJalla tidak
>sahaja menurunkan kepada para hambaNya al-Qur’an dan as-Sunnah, tetapi
>Dia juga menurunkan al-Furqan dan al-Mizan. Keempat-empat sumber ini
>wajib bergandingan, tidak boleh dipisah-pisahkan.
>
>Sekian, wassalam.
>Hafiz Firdaus Abdullah.
>
>
>
>
>**********************************************************************
>This email and any files transmitted with it are confidential and
>intended solely for the use of the individual or entity to whom they
>are addressed. If you have received this email in error please notify
>the system manager.
>**********************************************************************
>
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "Mohd Yaakub Mohd Yunus" <[EMAIL PROTECTED]>


_________________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get your free @yahoo.com address at http://mail.yahoo.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Abu al-Fatih" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke