*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ > Kisah 'pelik' Syed Razak di Kedah > > Oleh : UMMU NATASYA > > > > APALAH 'bala' rakyat Negeri Kedah terima tidak > siapa mengetahuinya. > Tetapi bala paling dahsyat yang dapat dilihat > sekarang ialah mendapat > Menteri Besar, Syed Razak Syed Zain yang tidak tahu > apa-apa tentang tugas > dan tanggungjawabnya sebagai Menteri Besar. > > Terbaru, dia menjadi tuan rumah menyambut > Tahun Baru Cina (Gong Xi > Fatt Cai) yang tidak pernah dibuat oleh Perdana > Menteri, Datuk Seri Dr. > Mahathir Mohamad, TPM, Datuk Seri Abdullah Ahmad > Badawi dan lain-lain > Menteri Besar/Ketua Menteri di negeri-negeri lain. > > Inilah akibatnya rakyat Negeri Kedah memilih > Umno/BN dalam pilihan > raya. Bila menang, mereka tidak ada orang yang layak > dan berkempuan menjadi > Menteri Besar. Duit rakyat diperhabis sesuka hati. > 'Bidara' atau persatuan > isteri-isteri wakil rakyat Kedah pula dihantar oleh > Syed Razak ke Medan > membawa suami masing-masing. > > Apa yang Syed Razak telah lakukan di Kedah > semenjak menjadi Menteri > Besar? Membesarkan Lapangan Terbang Kepala Batas? > Atau memberi wang RM3,000 > kepada setiap Ketua Umno Bahagian menganjurkan > jamuan hari raya? > > Rakyat Negeri Kedah sudah meluat, mual dan > geli geleman melihatkan > Syed Razak yang buat macam-macam di Kedah, sekadar > hendak menutup kelemahan > dan kebodohan sendiri. Berucap di majlis-majlis > rasmi Cuma lima minit dan > khabarnya dia juga kini dikenali sebagai Menteri > Besar 5 minit. > > Dia juga cuba hendak halang Menteri Besar > Kelantan, Tuan Guru Dato' > Nik Abd Aziz Nik Mat dari memberi ceramah di Kedah > kononnya dia sendiri tak > pernah ke Kelantan untuk memberikan ceramah. > > Soalnya, siapa yang hendak jemput Syed Razak > untuk memberi ceramah? Di > Kedah sendiri, ketua-ketua Umno bahagian mengelak > dari menjemputnya, > janganlah dia pula mengada-ngada mahu membandingkan > dirinya dengan Murshidul > Am Pas pulak. > > Perbetulkan PKNK. Cerita mengenai CEO PKNK > tidur sampai lewat > tengahari, masuk pejabat lambat, mengekori Syed > Razak ke sana ke mari masih > belum berjaya dijawab. PKNK bukan harta pusaka Umno. > Bukan harta pusaka Syed > Razak atau harta pusaka CEO PKNK. Itu milik rakyat > dan tunaikan > tanggungjawab itu sejujur-jujurnya. Syed Razak pun > perlu jujur kepada diri > sendiri, agama dan bangsa sendiri. Kalau tidak ada > kemampuan, berundurlah. > Fadzil Hanadi boleh jadi MB. Prof Othman Ishak > sedang menunggu dengan penuh > debar. Kalau tak mahu beri kepada dua orang yang > kebulur dengan jawatan MB > ini, serahkan sahaja kepada Md. Rozai, bekas > Setiausaha Politik Sanusi > Junid. Dia sering mendabik dada mendakwa dia lebih > hebat dari Syed Razak. > > Apakah Dr. Mahathir hendak memperli rakyat > Kedah, mula-mula hantar > "orang sakit otak jadi MB" kemudian hantar "orang > tak ada otak" > menggantikannya? Jika Sanusi Junid dikenali sebagai > orang sakit otak, Syed > Razak pula dikenali sebagai orang tak ada otak. > > Nasib baiklah BN tidak punya suara 2/3 di > Dewan Undangan Negeri Kedah. > Jika tidak, nescaya hancur leburlah negeri itu. > Alhamdulilah, Allah > selamatkan Kedah dari kemusnahan di tangan > BN/Umno-Syed Razak dengan > memenangkan seorang calon keADILan setelah Pas > mendapat 12 kerusi dalam > pilihan raya umum yang lalu di Kedah. > > Jangan terkejut, selepas Tahun Baru Cina, Syed > Razak akan menjadi tuan > rumah Thaipusam, Deepavali, Chrismas dan satu dua > perayaan bangsa asing bagi > menunjukkan kepada Malaysia, rakyat Kedah dan dunia > bahawa Syed Razaklah > satu-satunya Menteri Besar yang sering mempunyai > idea baru. > > Idea barunya itu sepatutnya dicontohi oleh Dr. > Mahathir. Bila lagi Dr. > Mahathir hendak mengikut jejak Syed Razak menjadi > tuan rumah rumah terbuka > Tahun Baru Cina? Bila pula Pak Lah mahu mencontohi > Syed Razak mengarahkan > Bakti (Persatuan Isteri-Isteri Menteri) menganjurkan > rombongan ke Medan > dengan membawa suami masing-masing? > > (Sudahkan anda memiliki buku PENYELEWENGAN > PPRT-Siapa Benar?) > > -Ummu Natasya 2002 > > > >
===== ANYTIME...ANYWHERE...ANYNEWS... __________________________________________________ Do You Yahoo!? Got something to say? Say it better with Yahoo! Video Mail http://mail.yahoo.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Bincang Bincang <[EMAIL PROTECTED]>