*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saudara terkeliru dan telah termasuk perangkap yang dibuat oleh penulis fasik seperti 
Akbar Ali, Farish Nor dan sebagainya. Islam tidak mempunyai hierarchy. Ulama perlu 
tampil dengan hujah-hujah mereka untuk menangkis serangan-serangan dari golongan 
orientalist. Menghina ulama, walaupun berdosa, tidak boleh disamakan dengan menghina 
Islam. Mencipta hierarchy di dalam agama tawheed boleh membawa kepada shirik dan 
terkeluar dari Islam. Inilah yang telah berlaku kepada Ahl ul-Kitab seperti pengikut 
nabi Isa (Kristian) dan Yahudi. Walaupun kita tidak menyukai penulis orientalist yang 
fasik tersebut, aqeedah dan manhaj kita mesti berada di landasan yang betul.

Mengutuk ulama atau sesiapa adalah berdosa. Tetapi, mencipta hierarchy di dalam agama 
tawheed akan membawa kepada shirik dan terkeluar dari Islam. Fahaman Syiah diisytihar 
sebagai terkeluar dari Islam oleh Sheikh Rasheed Redha, Ibn Baaz dan juga Liga Islam 
Sedunia(Morocco 1987) bukan kerana mereka mengkafir sahabat Rasulullah seperti Omar 
al-Khattab dan Abu Bakr As-sidiq, tetapi mereka diisytihar sebagai terkeluar dari 
Islam kerana kewujudan hierarchy di dalam fahaman agama mereka. Faktor mereka 
mengkafir sahabat Rasulullah tidak dijadikan sebagai alasan di dalam `ruling' oleh 
ulamak terbabit, walaupun mereka tidak menyangkal betapa besarnya dosa melakukan 
perbuatan sedemikian. Jika ditanya kebayakan dari kita yang tidak memahami makna 
tawheed dan aqeedah, sudah tentu perbuatan mengkafirkan Omar dan Abu Bakar akan 
menjadi alasan teratas.  

Jika orang Islam mengutuk sahabat Rasulullah di Saudi Arabia, ia tidak akan dihukum 
oleh undang-undang Sharia. Mungkin pesalah akan dipenjara atau didenda. Tetapi jika 
orang Islam mengkritik peribadi Rasulullah, walaupun secara ilmiah, ia akan dijatuhi 
hukuman bunuh. Think about this fact.

Orang Kristian menuduh orang Islam sebagai membenci nabi Isa kerana mereka tidak mahu 
mengakui ia sebagai anak Tuhan. Penganut Syiah menuduh orang Islam membenci Ahl 
ul-Bayt(ahli keluarga Rasulullah) kerana mereka tidak mahu mengakui keturunan 
Rasulullah (Ali, Hussein, Hassan etc) sebagai ma'sum. Begitu juga dengan kedudukan 
ulama di dalam Islam, we must be careful...of course you can love or revere them ! 

-----Original Message-----
From: "Mohd Nor, Muhamad Sharman"<[EMAIL PROTECTED]>
To: "Cyber Salafi"<[EMAIL PROTECTED]>, [EMAIL PROTECTED]
Date: Sun Feb 17 17:30:47 PST 2002
Subject: Re: H-Net* Fw: "Institusi" ulamak di dalam Islam

>Assalamu'alaikum,
>Saya agak keliru dengan tulisan dibawah. Pelik juga, kenapa membangkitkan
>isu tentang sesuatu term/istilah yg dipakai? Kita tidak diminta bertelingkah
>dalam hal-hal seperti istilah, khilaf (belajar/berkongsi bolehlah utk kita
>kembangkan pengetahuan ttp jangan utk tujuan perdebatan sehingga alpa
>terhadap perkara yg lebih utama). Ulama' antaranya imam Hasan Al-Banna dlm
>taklimnya menyeru kita supaya tegas dlm perkara pokok dan berlapang dada dlm
>perkara khilaf. 
>
>Saya berpendapat, perkara utama yang dibawa olh PUM, PAS/Harakah serta
>badan2 NGO Islam (atau Institusi Islam - dulupun tak ada term institusi, NGO
>ni) adalah terhadap tulisan2 semborono penulis2 orientalis yang telah
>menghina Islam serta mengelirukan masyarakat awam terhadap Islam yg sebenar.
>Dengan kata lain, tulisan yang sesat lagi menyesatkan. Alangkah baiknya jika
>kita bersama Ulama membanteras golongan orientalis ini, bukannya menjadi
>duri-duri kecil yang melambatkan tugas mereka.
>
>Meletakkan kesalahan menghina Rasulullah SAW dan kesalahan menghina para
>Ulama dlm satu laporan bukanlah bermakna Ulama' itu setaraf kedudukannya dgn
>Rasulullah SAW yg maksum. Takkan nak buat dua laporan kot? Dalam laporan
>tersebut, jelas dinyatakan spt berikut: "ulama' tidak pernah mendakwa diri
>mereka sebagai manusia sempurna. Namun jika sekalipun pendapat ulama' mahu
>dikritik, kenapa mereka perlu dihina dan dicerca dengan mempermain-mainkan
>dan memperendah-rendahkan peribadi mereka dengan kata-kata menghina ---cut
>---". 
>
>Saya sarankan agar kita menyayangi dan menghormati para Ulama kerana
>sifatnya sbg pewaris Nabi, takut kpd Allah, yang amanah menyampaikan risalah
>Islam sambung bersambung sehingga sampai kpd kita. Jangan timbulkan
>pra-sangka buruk terhadap Ulama apalagi dlm perkara yang remeh temeh.
>Tegurlah Ulama dlm perkara yang bersalahan dengan Al-Quran, As-sunnah,
>Ijmak, masalahat ummah/siasah dengan cara yg baik. Wallahua'lam.
>
>Wassalam.
>-Sayangi Ulama', menyokong kepimpinan Ulama- 
>
>-----Original Message-----
>From: Cyber Salafi [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
>Sent: Thursday, February 14, 2002 12:21 AM
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Fw: "Institusi" ulamak di dalam Islam
>
>
>Date: Wed Feb 13 22:58:14 PST 2002
>Subject: "Institusi" ulamak di dalam Islam
>
>>Wujudkah "Institusi" Ulamak di dalam Islam?
>>
>>Sejak kebelakangan ini kemelut mengenai beberapa penulis orientalist
>>menghina Islam, Rasulullah dan ulamak menjadi isu yang begitu hangat.
>>Persatuan Ulama Malaysia(PUM) telah membuat laporan supaya tindakan
>>undang-undang diambil terhadap penulis-penulis terbabit, antaranya ialah Dr
>>Farish Noor, Zainah Anwar dan Akbar Ali. Di dalam laporan tersebut, PUM
>>mahu tindakan diambil terhadap orientalist terbabit kerana menurut mereka
>>orientalist berkenaan telah menghina Rasulullah dan juga institusi ulamak.
>>Suara rasmi PAS, Harakah memberi tumpuan kepada isu berkenaan dan istilah
>>"institusi" ulamak telah berulang-kali diguna pakai di dalam laporan berita
>>mereka. Akhbar harian lain juga melaporkan mengenai isu penulis menghina
>>Rasulullah dan "institusi" ulamak. Akhbar bahasa Inggeris seperti NST juga
>>telah menggunakan istilah "institution of the ulama". Bagaimanakah isu ini
>>sebenarnya dilihat pada pandangan Islam?
>>
>>Mengikut undang-undang Sharia, perbuatan menghina Rasulullah ialah satu
>>`capital crime' (jenayah berat) yang boleh membawa hukuman bunuh. Pesalah
>>akan diberi counselling dan diminta bertaubat, dan jika ia masih enggan
>>bertaubat, hukuman bunuh akan dilaksanakan. Mengutuk dan mempersenda Nabi
>>seperti yang dilakukan oleh Salman Rushdie ialah bentuk penghinaan yang
>>jelas. Mengkritik peribadi Rasulullah secara ilmiah seperti yang dilakukan
>>oleh orientalist Taslima Nasreen juga ialah satu bentuk penghinaan dan
>>tidak boleh terlepas dari hukum Sharia. Bagaimana pula dengan perbuatan
>>menghina ulama (Arabic plural for alm) ?
>>
>>Tidak seperti agama shirik yang lain, Islam tidak mempunyai `hierarchy' dan
>>ia tidak mengiktiraf rahib (priesthood) dan wali (sainthood). Prophet
>>Muhammad is the last messanger to be divinely appointed. Selepas baginda,
>>tidak ada lagi sesiapa pun yang menerima divine revelation atau petunjuk
>>dari Allah secara terus. Di dalam Islam, perkara `divine' hanya boleh
>>dirujuk kepada Nabi Muhammad. Hatta Khalifah al-rashidin seperti Abu Bakr,
>>Omar, Usman dan Ali pun tidak boleh dirujuk sedemikian kerana mereka bukan
>>ma'sum (infallible).
>>
>>PUM telah meletakkan kategori kesalahan bagi perbuatan mengina Rasulullah
>>dan perbuatan menghina "institusi" ulamak di dalam satu laporan dan mahu
>>Jabatan Agama Islam mengambil tindakan. Dari serba sedikit ilmu yang saya
>>pelajari, ini tidak betepatan dengan aqeedah dan manhaj yang sebenar. Apa
>>yang sepatutnya dilakukan oleh PUM ialah membuat laporan terhadap Jabatan
>>Agama Islam untuk tindakan menghina Rasulullah sahaja. Untuk tuduhan
>>menghina "institusi" ulamak, tindakan undang-undang biasa dan saman libel
>>sepatutnnya diambil. Istilah "institusi" ulamak itu sendiri tidak wujud di
>>dalam Islam. Sesiapa yang menghina ulamak atau sesiapa sahaja akan mendapat
>>dosa yang setimpal untuk perbuatan tersebut.
>>
>>Tindakan orang Islam yang mengutuk "institusi" ulamak tidak boleh disamakan
>>dengan tindakan penganut Katholik yang mengutuk institusi Pope (Papacy)
>>atau penganut Syiah yang mengutuk institusi Imamiyah mereka. Institusi Pope
>>dan Imamiyah adalah "conerstone" di dalam agama mereka. Kewujudan institusi
>>Pope berlaku beberapa ratus tahun selepas kewafatan Nabi Isa. Begitu juga
>>dengan institusi Imamiyah, ia mula wujud hanya beberapa ratus tahun selepas
>>kewafatan Nabi Muhammad. Jelas kewujudan institusi dan hierachy di dalam
>>agama tawheed ialah sesuatu yang diada-adakan oleh mereka yang condong
>>kepada shirik.
>>
>>Di dalam sejarah Islam, Muawiya, seorang penulis wahyu kepada Rasulullah
>>dan juga ipar kepada baginda telah menentang dan tidak mengiktiraf Khalifah
>>Ali, menantu dan juga sepupu kepada baginda. Kedua-dua sahabat ini disukai
>>oleh baginda Nabi dan pernah hidup sezaman dengan baginda. Abu Dzar
>>Al-Ghifari, seorang sahabat Rasulullah yang zuhud dan alim pernah tidak
>>bersetuju dengan Khalifah Osman Ibn Affan. Abu Dzar pernah dijatuhi hukuman
>>buang daerah di zamam Khalifah Osman. Kesemua sahabat ini memahami Islam
>>dan mempunyai tawheed (Oneness of God) yang tulen. Di dalam Islam, pemimpin
>>adalah dilantik oleh manusia. Khalifah al-rashidin juga dilantik oleh umat
>>Islam. Namun begitu, selepas beratus-ratus tahun, mereka yang condong
>>kepada shirik mula mengada -adakan berbagai-bagai "institusi"  untuk
>>mencipta pengantaraan dan hierarchy di dalam Islam, sebagai contoh,
>>penyokong Khalifah Ali mencipta institusi Imamiyah mereka. Sebagai orang
>>Islam, kita hanya perlu perpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah.
>>
>>Kita dilarang dari mengkritik sahabat Rasulullah termasuk Khalifah
>>al-Rashidin bukannya kerana kewujudan "institusi" Khalifah al-Rashidin atau
>>"institusi" Ahl ul-Bayt (keluarga Rasulullah) di dalam Islam. Tetapi
>>Rasulullah melarang kita dari berbuat demikian kerana mereka yang hidup
>>sezaman dengan baginda adalah umat yang terbaik dan mendapat pengiktirafan
>>dari baginda. Terdapat hadith sahih yang melarang kita dari memberi comment
>>terhadap peribadi sahabat baginda. Sesetengah ulamak menganggap Khalifah
>>Umar Ibn Abdul Aziz sebagai khalifah al-rashidin yang kelima. Umar Ibn
>>Abdul Aziz ialah seorang khalifah Ummayyah yang memerintah selepas 200
>>tahun kewafatan Rasulullah.
>>
>>Perkara inilah yang membezakan agama Tawheed tulen (Islam) dengan agama
>>shirik yang mempunyai priesthood (Buddhism, Hinduism, Catholicism,
>>Zoroastrianism) dan agama yang mempunyai hierarchy atau perantaraan
>>(Judaism, Lutheran, Anglicanism, Shia).
>>
>>Wassalam.
>>
>>
>>(I stand corrected)
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>                                                                         
>> DISCLAIMER  : This e-mail and any files transmitted with it ("Message") 
>> is  intended  only  for the use of the recipient(s) named above and may 
>> contain  confidential  information.   You  are hereby notified that the 
>> taking  of  any action in reliance upon, or any review, retransmission, 
>> dissemination, distribution, printing or copying of this Message or any 
>> part thereof by anyone other than the intended recipient(s) is strictly 
>> prohibited.  If  you  have  received  this Message in error, you should 
>> delete this Message immediately and advise the sender by return e-mail. 
>> Opinions, conclusions and other information in this Message that do not 
>> relate  to  the official business of PETRONAS or its Group of Companies 
>> shall be understood as neither given nor endorsed by PETRONAS or any of 
>> the companies within the Group.                                         
>>                                                                         
>>
>>(Embedded image moved to file: pic06153.pcx)
>
>
>___________________________________________________
>GO.com Mail                                    
>Get Your Free, Private E-mail at http://mail.go.com
>


___________________________________________________
GO.com Mail                                    
Get Your Free, Private E-mail at http://mail.go.com



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Cyber Salafi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke