----- Original Message -----
Sent: Thursday, January 10, 2002 7:13 PM
Subject: Hebahan Alumni Matematik UPM
Subject: Hebahan Alumni
Matematik UPM
Assalamua'laikum dan Selamat
Sejahtera,
Untuk makluman tuan/puan yang dihormati, pihak
Jabatan Matematik UPM sedang menjejaki bekas-bekas graduan matematik UPM dari
peringkat diploma sehinggalah ke PhD dalam usaha merapatkan kembali hubungan
silaturrahim diantara bekas graduan dengan staf Jabatan Matematik UPM dan juga
dengan sesama bekas graduan. Sehubungan dengan itu sekiranya tuan/puan adalah
bekas graduan matematik UPM, tuan/puan diminta untuk mendaftarkan diri secara
on-line di halaman web berikut:
Sebagai memulakan aktiviti kita, tuan/puan
dijemput untuk menghadiri Majlis Makan Malam Alumni Matematik pada 13 April
2002(Sabtu: 8.00-10.30 p.m.) bertempat di perkarangan Jabatan Matematik UPM.
Kehadiran tuan/puan ke majlis tersebut sangatlah dialu-alukan dan tuan/puan
boleh mendapatkan borang kehadiran di halaman web berikut:
Sesungguhnya penglibatan tuan/puan dalam aktiviti
yang dirancangkan akan dapat memeriah dan mengukuhkan Alumni Matematik UPM
untuk faedah bersama.
' Tiada Anda, Tiadalah Alumni'.
Sebarang pertanyaan bolehlah dikemukakan kepada
Dr. Nik Mohd Asri Nik Long di [EMAIL PROTECTED] atau
03-89466851.
Sekian, terima kasih.
PESANAN: Sila 'forwardkan' mesej ini kepada
bekas-bekas graduan matematik UPM yang anda kenali. Kerjasama anda sangatlah
dihargai dan diucapkan ribuan terima
kasih.