*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Baguih sungguh isu yang di keudarakan oleh sahabat kita nie. Memang dah
jadi lumrah kat Perlis tiap-tiap tahun mesti kena mandi kat paip tepi jalan
atau pun kat parit. Dulu saya dan dua tiga orang sepupu saya semua dok
mengaji kat Perlis. Ada yang dok kat Arau dan ada yang dok kat Kangar.
Takkan sampai la nie pun tak selesai lagi kot pasai masaalah air kat Perlis
nie. Masa kami semua dok mengaji kat Perlis masa tu tahun 1986. Sampai la
nie kalau dok cerita kisah lama-lama mesti terkeluar punya cerita pasai
ayag kat Perlis nie. Yang sempoi tu bila kemarau air bukan main susah
sampai nak berak pun jadi takut. Tapi bila tiba musim hujan pulak banjir
bukan main lagi sampai nak balik Penang pun tak boleh sebab satu Kangar
naik ayag begitu jugak kawasan yang sewaktu dengannya.
Tapi pengalaman yang tak dapat dilupakan kami semua besa mandi kat dalam
tank air atas bumbung siap berenang lagi dalam tu...dah tu pulak kalau tank
dah kering mulalah pakat-pakat bawak timba dengan sabun pi cari paip JKR
atau paip bomba kat tepi jalan siap bawak spanar dengan player lagi. Bukan
main seronok lagi masa tu mandi ramai-ramai. Bila ada kereta lalu pasti
semua orang pandang semacam tahu-tahulah masa tu semua bukan main loglag
lagi. Bukan nak peduli orang sangat masa tu buat ikut suka
aje........Tambah-tambah pulak bila budak pompuan mintak tolong tahan air
kat depa berebut-rebut pakat nak tolong..he..he..he.......
Bila tiba musim hujan pulak padang sekolah dah tukag jadi laut. Walau pun
air dah banyak tetapi masaalah air nie tetap timbul. Paip pili tetap tak
keluar air sebab rumah pam air dah ditenggelami air. The same thing happen.
Nak kencing susah nak berak lagi susah. Nasib baiklah dah habis mengaji
nie terus pulang ke Penang lalu susah payah nak dapatkan air nie dah tak
timbul (alhamdulillah). Nanti balik kerja nak bukak album, sebab masa tu
ada jugak sempat ambil gambar dok tengah berenang kat dalam tangki dan dok
menerap kat tepi jalan.Ada sekali tu dok tengah seronok berenang dalam
tangki tiba-tiba ada sekog Mamat nie siap jerit Woi...aku baru habis berak
so nak basuhlah nie gedebum dia terjun kat dalam tank apa lagi kalang
kabut kami semua panjat keluar. Besok tu siap kena Public canning dengan
Warden sebab ada kutu dah pecah lubang.
Dengar kata Perlis dah ada Empangan Timah Tasuh apa dah jadi dengan dam
nie. Dah lama dah rasanya benda nie dah wujud. Agak-agaknya dah kering kot
dam nie. Harap-harap Shahidah Kassim dapat menangani masaalah ayag nie
dengan segera ...........
Bye...bye......
(Kalau ada sahabat -sahabat yang pernah bermastautin kat Perlis nie mesti
tergelak punya dok teringat cerita lama dok tengan cari ayag terutama
kepada sesiapa yang pernah tinggal kat ITM Arau atau sekolah berasrama kat
sana tu....... )
JoeblacK
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Jufrihisham Mohamed" <[EMAIL PROTECTED]>