*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


> Alhamdulillah...

Ya kerana MAlaysia telah menyesuaikan diri dengan DEFINASI ISLAM mengikut
orang bukan Islam.

Sedangkan Nabi sendiri dipandang sebagai orang yang memecah belah masyarakat etc
tapi
Islam UMNO dipuji orang kafir.


>
>
>  Bersyukurlah dengan pencapaian yang telah kita capai selama ini...ini baru
> permulaan, perjalanan kita dalam menyebarkan syiar Islam masih panjang. Semoga
> dengan apa yang telah kita capai maka dunia dapat menerima Islam sebagai satu
> cara hidup (Islam is the way of life!).
>
>  Dan...diharapkan adalah antara mereka yang bukan Islam (kafir) berdetik hati
> mereka untuk menerima lantas memeluk Islam dan dengan ini secara tak langsung
> dapat menambahkan lagi umat Islam dimuka bumi ini.
>
>  Secara peribadi...berapa ramaikah orang kafir yang telah saudara
> Islamkan???....
>
> Ikhlas,
>
> Pemuda Islam
>
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> February 19 , 2002 21:12PM
>
> Jerman Lihat Malaysia Sebagai Negara Islam Sederhana
>
> MELAKA, 19 Feb (Bernama) -- Jerman melihat Malaysia dan Perdana Menteri
> Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad sebagai negara dan pemimpin Islam yang
> sederhana, serta kagum dengan pembangunan negara ini.
>
> Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata kenyataan itu disuarakan
> oleh Duta Jerman ke Malaysia Juergen AR Staks yang membuat kunjungan hormat
> kepada beliau di Seri Negeri, Air Keroh Selasa.
>
> Ketika bercakap kepada pemberita selepas menutup Seminar Isu-isu Semasa
> Kolej Teknologi Islam Melaka (KTIM), Mohd Ali berkata duta Jerman itu juga
> menyatakan persefahaman serta perpaduan rakyat di negara ini turut dikagumi
> oleh para pemimpin negaranya.
>
> "Malaysia mencapai persefahaman yang erat dan baik bukan sahaja di kalangan
> negara Islam, bahkan juga dengan negara-negara maju lain dan juga negara
> bukan Islam," katanya.
>
> Beliau berkata kesederhanaan yang diamalkan oleh pemimpin negara ini
> menyebabkan semakin ramai pelancong dari Eropah terutamanya Jerman mengenali
> Malaysia sebagai sebuah negara aman, maju dan cantik.
>
> Mohd Ali berkata beliau akan menyertai rombongan Perdana Menteri ke Jerman
> pada bulan hadapan dan akan menemui pusat kanser di Munich dan sebuah pusat
> K-Ekonomi di universiti negara itu untuk meninjau peluang kerjasama antara
> Melaka dengan Jerman.
> -- BERNAMA
>
> >>>>
>
> Artikel dalam Berita Harian 1-Okt-2001 yang bertajuk "Universiti Oxford
> iktiraf Malaysia negara Islam: Kerk ":
>
> KUALA LUMPUR, Ahad - Universiti Oxford di United Kingdom mentakrifkan
> Malaysia sebagai negara Islam yang progresif dan moden, kata timbalan
> presiden Parti Gerakan, Datuk Kerk Choo Ting.
>
> Beliau berkata bab mengenai Islam Kontemporari dalam Oxford Encyclopedia
> jilid khas memberi setinggi pujian kepada Malaysia dan menyifatkannya
> sebagai negara Islam contoh yang mengamalkan tadbir urus yang baik.
>
> >>>
>
> Dalam Utusan bertarikh 4-Feb-2002, mengenai petikan ucapan Mahathir:
>
> "Berucap pada Forum Ekonomi Dunia (WEF) di sini hari ini, beliau
> mengingatkan, jika Islam tidak lagi kelihatan sebagai sebuah agama SEDERHANA
> yang menyeru kepada keamanan, ini adalah kerana penyelewengan serta tafsiran
> tidak betul ulama-ulama politik itu."
>
> >>>>
>
> Dalam perutusan Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad sempena tahun baru 2002 ada
> mengatakan:
>
> "Kita boleh berbangga kerana bukan sahaja negara bukan Islam tetapi
> kebanyakan negara Islam juga menganggap Malaysia sebagai negara Islam contoh
> yang mereka idamkan."
>
> KOMEN:
>
> Adakah ini agaknya negara "Islam" yang PM inginkan, negara "Islam sederhana"
> yang secocok dengan dan diredhai/diidamkan oleh orang kafir, negara bukan
> Islam?
>
> SEDERHANA yang macammana-kah yang dituntut oleh Islam yang sebenar?
>
> Adakah Islam SEDERHANA sehingga tidak perlu melaksanakan hukum-hukum Allah
> seperti ucapan Mahathir yg dipetik dari Utusan bertarikh 13-Jan-2001:
>
> ''Kerajaan sekarang dianggap bukan kerajaan Islam kerana tidak melaksanakan
> hukum hudud sedangkan tidak ada satu pun dari 56 anggota OIC (Pertubuhan
> Negara-Negara Islam) yang menerapkan hukum hudud dalam pemerintahan mereka."
>
> Dalam Utusan 2-Jul-2001, antara petikan mengenai ucapan Mahathir:
>
> "Katanya, kerajaan akan melaksanakan hukum Islam setakat yang termampu
> dengan mengambil kira 40 peratus rakyat bukan Islam di negara ini."
>
> >>>>>
>
> Al-Baqarah ayat 120:
> Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka
> kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah
> terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah
> (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau
> menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi)
> pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh
> dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada
> mu.
>
> Al-Ahzaab ayat 48:
> Dan janganlah engkau menurut kehendak orang-orang kafir dan orang-orang
> munafik dan janganlah engkau hiraukan usikan dan celaan mereka, serta
> berserahlah kepada Allah (memelihara keadaanmu); dan cukuplah Allah menjadi
> Pelindung (yang menyelamatkanmu).
>
> Muhammad ayat 9:
> Berlakunya yang demikian, kerana sesungguhnya mereka tidak menyukai apa yang
> diturunkan oleh Allah (mengenai ajaran tauhid dan hukum-hukum syarak yang
> diterangkan di dalam Al-Quran), lalu Allah menggugurkan amal-amal mereka.
>
> Al-Jaathiyah ayat 18:
> Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau)
> menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka
> turutlah Syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang
> yang tidak mengetahui (perkara yang benar).
>
> Al-Furqaan ayat 30 & 52:
>
> [25.30] Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah
> menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai".
>
> [25.52] Oleh itu, janganlah engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak
> orang-orang kafir, dan berjuanglah dengan hujjah-hujjah Al-Quran menghadapi
> mereka dengan perjuangan yang besar dan bersungguh-sungguh.
>
> _____________________________________________________________________
> Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential and/or
> proprietary information. If you are not the intended recipient,
> kindly delete this email including all attachments, destroying all forms of all
> copies, and do not disclose, disseminate or otherwise make use of the
> information contained therein. Non-compliance with the forgoing may result in
> legal action.
>
> This message has been checked for all known viruses by the
> MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit
> http://www.messagelabs.com/stats.asp
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: [EMAIL PROTECTED]


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Abdul Rahman <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke