Akum semua,
 
Saya ada suatu masalah yg agak serius.
 
Iaitu telinga saya selalu dengar bunyi berdesing saja, bunyinya sama seperti apabila kita baru saja menuruni bukit yang tinggi akibat perubahan dari tempat yang tinggi ke tanah rendah.
 
Sejak akhir2 ini, bunyinya agak kuat dan saya rasa semakin lemas apabila berjalan pada cuaca panas. Sebenarnya masalah ini sudah lama berlarutan (4 tahun) dan sudahpun mendapatkan rawatan beberapa pakar telinga. Semuanya memberikan jawapan OK saja.
 
Yg menghairankan saya, semua ubat yg diberi digunakan dengan teratur dan berjadual pun, namun tiada perubahan apa2. Ada kawan2 yg suggestkan saya berjumpa pakar bahagian saraf. Saya masih belum lagi membuat keputusan untuk berunding dengan neurologist atas sebab2 kewangan.
 
Jadi di sini, saya mohon bantuan mana2 ahli yg tahu untuk menyelesaikan masalah saya, saya amat berbesar hati jika dapat memberikan maklumat untuk mengurangkan masalah "telinga selalu bengang" ini.
 
Wassalam
 
 

Kirim email ke