*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum w.w

Saya pernah membaca kesah ini satu ketika dahulu.  Sungguhpun begitu 
pengajaran dari cerita/kesah ini memang baik untuk ikhtibar kepada para 
suami dan isteri.  Walau bagaimanapun kandungan wasiat seperti ini masih 
boleh dipertikaikan oleh isteri kerana sebagai isteri MEMANG IA ADA HAK 
terhadap sebahagian harta peninggalan suami selain dari harta yang beliau 
boleh tuntut sebagai harta sepencarian suami isteri.  Wasiat hanya meliputi 
tidak melebihi 1/3 harta mutlak si mati tanpa membabitkan ahli waris yang 
layak menerima faraid peninggalan si mati.

Komen ikhlas saya

----Original Message Follows----
From: "susi" <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: H-Net* WASIAT SUAMI MITHALI
Date: Tue, 26 Feb 2002 13:01:34 +0800

WASIAT SUAMI MITHALI

BismillahirRahmanirRahim
Assalamualaikum
Semoga cerita ini dapat kita ambil sebagai pengajaran... Insya' Allah.
Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A), telah pun
kembali
ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung). Allahyarham
adalah
merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau.
Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara
menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri
Allahyarham
tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut. Si
penulis
(penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada
di
sebelah balu Allahyarham pada ketika itu. Beliau merasa amat hairan
dengan
sikap balu arwah itu.
Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan
kepada
arwah.Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya) pun
sampai. Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi
dan
merungut
itu,lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan
sebabnya.Penulis yang masih berada di situ merasa amat terkejut apabila
mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.
Antara jawapannya ialah:
Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).
Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan
anak-anaknya. Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya
bersama-sama
adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan
5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).
Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam
perniagaannya.
Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini. Di samping
itu,
arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah di pinggir Putra Jaya dan
kira-kira
50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil. Setelah seminggu arwah
dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat
wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan
sebabnya.
Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di
tingkatan 4, manakala yang bongsunya berusia 6 tahun. Antara kandungan
surat  wasiat Allahyarham ialah:
30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang
juga ahli perniagaan, dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada
anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.
Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama
rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak
saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak
perempuannya.
Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15
ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.
Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut
hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.
Wang tunainya di bank (persendirian) diamanahkan kepada kakaknya untuk
menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.
Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah
memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya.
Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan
sebuah surau, dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam.
Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik
lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar
dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.
Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana
tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton
saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan
oleh isterinya). Belum sempat isterinya terus membantah, peguam
Allahyarham
membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam
wasiat  itu.
"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan.Terlalu
banyak
dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga."
"Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah
aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah
lagi
jika aku sihat."
"Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar
rumah
tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak
adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).Kain bajuku tidak pernah
diuruskan,
dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan
nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga."
"Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku, tugas seharianku,
anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti
ibu)." Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah
penulis
faham
mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada di
sisi
jenazahnya.
Marilah kita renungi bersama. Semoga dengan apa yang terjadi di atas,
akan
memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam.
-she should be thankful..... she got the forgiveness from her husband-
Jadilah manusia bersyukur...
Rgds,
Zainal Abidin Shariff Ghazali
(????? ?????)
IS Web Development
Altera Corporation (M) Sdn Bhd
* 604-636 6446
* 604-641 2417 (Fax)
*  < <http://www.altera.com>>





_________________________________________________________________
MSN Photos is the easiest way to share and print your photos: 
http://photos.msn.com/support/worldwide.aspx


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Tiang Jawi" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke