*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salamun�alaikum,
Dalam sedar atau tidak, hari ini kita sering
menghadapi seribu satu macam persoalan. Mengapa itu
dan ini berlaku, cerita yang sebenar disembunyikan
demi menjaga �sesuatu�. Tapi lain pulak halnya dengan
Polis atau lebih glamour agaknya dikalangan kita
sebagai �Anjing� dan JPJ. Masing-masing punya
tanggungjawab dan peranan yang berbeza. Apa yang
menghairankan aku ialah lebih kepada Polis.
Setahu aku la, polis ni berfungsi sebagai penjaga
keamanan negara macam fungsi Datok Temenggung zaman
kesultanan dulu kala. Nampaknya skop polis sangat
luas. Adakah ini termasuk keamanan jalanraya ? Apahal
pulak dengan jenayah masyarakat itu dan ini yang mana
sekian hari kita baca dalam akhbar kian meningkat
kadarnya. Bukankah sepatutnya polis mempunyai
keutamaan dalam memilih kes-kes jenayah. Yang berat
sepatutnya didulukan yang ringan dikemudiankan dan
bukan dimansuhkan failnya.
Sebaliknya banyak pulak aku jumpa polis berkeliaran
kesana kemari ditepi jalan besar ada, ditempat parking
supermarket ada, ditepi jalan kampung ada, diatas
hi-way pun ada jugak. Aik ? Buat apa diorang
melambakkan jubur diorang kat tempat-tempat cam ni ?
JPJ mana ? Agaknya dengan tertubuhnya pasukan atau
jabatan Polis Traffik maka JPJ menghadapi masalah
�cari makan� yang mana diambil alih oleh polis traffik
ni.
Apa fungsi JPJ ? Takkan sekadar menerima borang
permohonan lesen-lesen baru, renew itu dan ini, tak
ketinggalan terima wang �saguhati� dalam opis ajer !
Dulu bukan main eksyen lagi lepak tepi jalan tahan itu
ini. Sekang ni lepak kat opis jadi apa tah.
Sekali-sekala tu baru la nampak batang hidung JPJ buat
roadblock, itu pun tahan lori ajer. Kereta yang
diubahsuai secara berlebihan pun boleh lepas. Apa la !
Apa agaknya fungsi Polis ni ? Makin lama makin banyak
kerja dan fungsi orang lain yang dia nak cekau walhal
kerja yang wajib keatas dia tak dijalankan dengan
penuh ikhlas. Kerja saman kenderaan la, Ops lalang la,
Ops pacak la� Tak lama lagi Ops Ceramah ! Siot la !
Tak lama lagi ada satu jabatan khas akan ditubuhkan
bagi memantau keadaan bilamana sesuatu tempat akan
diadakan ceramah politik atau agama yang dikelola oleh
pihak Barisan Alternatif. Haha.. masa ni trak polis
dan black maria dah tak boleh kena bakar dah sebab
diorang guna kereta kebal second-hand. Tapikan kalau
main aci-aci dengan mat-mat indon, diaorang boleh
kecut telur jugak ! Dengan kita ni tak per la diaorang
boleh loyar buruk sebab kita bukan jenis pengganas !
Seeloknya buat masa sekarang ni, Polis mengambil
inisiatif memperkenalkan semula kepada rakyat marhain
tentang fungsi dan tanggungjawab sebenar Polis bagi
mengelakkan sangka buruk rakyat terhadap diorang macam
sangkaan aku ni. Justeru menyerahkan semula
tugas-tugas tertentu kepada pihak yang
dipertanggungjawab sebelum Polis mengambil alih. Ini
dapat memulihkan imej polis dari terus dicemar. Kesian
kat polis, bila ada anak-anak polis bercampur dengan
anak-anak orang awam, mereka sering dicerca sebagai
�anak anjing�. Biarlah polis memegang prinsip �Yang
dikejar diperoleh dan yang dikendung tidak tercicir�
sebagai asas pegangan dalam membawa kewajipan sebagai
pengaman negara dicintai.
Pada masa yang sama bagi can la kat orang lain nak
cari makan sama...
Sekian~
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Greetings - Send FREE e-cards for every occasion!
http://greetings.yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Hus Cokro <[EMAIL PROTECTED]>