Tanggal 2002-2002 (20 februari 2002) berbanggalah rakyat Kepala Batas
(merujuk laporan berita dan akhbar perdana) bila Pak Lah merasmikan dewan
yang dinamakan Dewan Milenium Kepala Batas. Maka majlis ‘doa selamat’
pembukaannya dibuat oleh Puan Fauziah Latif (Gee) dengan iringan orkestra
PDrM. Selamat….selamat sungguh la tu…. Almaklumlah, para ulama’ sibuk
memihak pembangkang, jadi puak kerajaan nak baca doa selamat ‘masuk rumah
baru’ kenalah panggil ulamak puteri UMNO yang terdiri daripada puak artis?
Maka menasihatlah YAB Pemangku Perdana Menteri, Pak Lah agar dewan yang
nilainya begitu tinggi dan dengan peralatan dalamannya yang canggih perlu
dijaga dan diselenggarakan dengan sempurna supaya tidak membazir (????
Penyelenggaraan ni nak kena pakai duit siapa ni?). Senyumlah Datin Seri
Hendon… suami tersayang memuji… Apa tidaknya, semua kemasan dan
kelengkapan dewan adalah mengikut spesifikasi (perincian) dan kehendak
Datin Seri. Jururunding tak perlu fikir lagi, semua perlu rujuk Datin
Seri. Baik jubinnya, perabutnya, peralatannya, papan lantainya, sistem
audio visualnya, kemudahannya adalah buah permintaan Datin Seri Hendon.
Apatah lagi untuk hiasan dalaman Bilik VVIP… mesti ‘high taste’
punya…Almaklumlah, ‘aku sendiri’ yang akan selalu hinggap di situ nanti!
Sememangnya rakyat Pulau [EMAIL PROTECTED] sudah tau. Mamak-mamak dan
mami-mami rata-rata dok sembang… mungkin tak lama lagi seMalaya pun tahu..
Datin Seri Hendon memang handal ‘settle’ masalah hartanah. Ada masalah
baik jumpa Datin Seri. Lebih mudah dan berkesan, jauh lebih baik daripada
jumpa Pak Lah sendiri. Tapi komisyennya sikit tinggi, ‘hanya’ 50% daripada
keuntungan….barang baik mesti mahal harganya..
Berbalik kepada dewan milenium… dari satu sudut, Datin Seri Hendon
mesti tak puas hati juga kerana tujuan asal pembinaan dewan tersebut
adalah untuk kenduri kahwin anak perempuannya Noni Abdullah. Hajat tak
kesampaian kerana majlis terpaksa diawalkan.. pada disember lalu dan
‘hanya’ menggunakan kompleks sukan. Bertapakkan padang yang luas, tapi
tentulah tak se’gah’ dewan milenium ini. Tak apalah mungkin lain kali la
kot?
Dewan Milenium setinggi tiga tingkat dibuat dengan kos hanya RM 24
juta, disiapkan tidak sampai 5 bulan… cepat sungguh! Mesti guna teknologi
canggih habissss. (tapi kalau ikut jadual asal sepatutnya siap Disember
tahun lepas… Datin Seri nak guna). Dewan berkemudahan bertaraf olimpik dan
bakal menjadi mercu tanda kepala Batas. Sedap sungguh bunyi komentar
pemberita ‘penjilat. Sumber daripada kontraktor-kontraktor yang bersaing
merebut projek tersebut (asalnya kebanyakan mengaku orang Pak Lah! Dan
mendabik dada kata peluang cerah nak dapat..) memberitahu bahawa tawaran
harga terendah adalah RM 12 juta. Maknanya dengan RM 12 juta mereka sudah
boleh buat untung dengan ditolak allocation (peruntukan) saguhati kepada
orang dalam @ orang besar. Alih-alih, kontraktor yang menawarkan harga dua
kali ganda pulak yang dapat.. Lejadi Infra Sdn. Bhd. Kontraktor kelas ‘D’
yang projek terbesarnya sebelum ini membina sebuah banglo milik salah
seorang tuan punya syarikat…Kontraktor kelas D yang sepatutnya hanya layak
untuk projek bawah RM 1 juta, macamana boleh dapat projek 24 juta? BPR
kena siasat nih! Ramai kontraktor mengeluh, apa boleh buat … pemangku
perdana menteri lebih ber’salahguna’kuasa. Tentu mereka terfikir.. untuk
dapat projek kerajaan BN ni, biar tak ada pengalaman, asal ada ‘cable baik
punya’ gerenti kaya...
Maka menjawablah Abdul Ghani Ariffin, Pegawai Daerah SPT; bila wartawan
tanya kemungkinan dewan ini akan jadi projek gajah putih.. katanya tidak
mungkin, kerana dewan boleh digunakan oleh pelbagai pihak.. Ye lah tu…
Agaknya pihak wartawan pun dah nampak kemungkinan projek Dewan Milenium
berkemampuan besar untuk jadi projek ‘gajah putih’. Abd Ghani mengakui
pejabat daerah pun tak mampu mengendalikan dewan tersebut. Nampak gaya
terpaksa berbelanja lagilah rakyat untuk tanggung kos pengurusan (akan
diswastakan lah tu!).
Bermegahlah mereka puak-puak yang perasan… Mereka mendakwa Dewan
Milenium mampu jadi landmark@ mercu tanda Kepala Batas… Tapi rasanya ini
mimpi di siang hari… tidur tak basuh kaki. Kalau lalu PLUS… tak nampak
pulak…mana dewan tu! Kalau duk kat traffic light dari PLUS ke Kepala Batas
tu…. rasanya bangunan UDA kat depan tu yang lebih menangkap. Jalan sikit
lagi nampak pulak stadium mini… Tang mana dewan milenium boleh jadi mercu
tanda? Ish… ish… ish… bohong lagi la puak nih!
Seterusnya mengaumlah ‘Pemangku Perdana Menteri’ tersebut bahawa
kerajaan memberi jaminan bahawa kawasan luar bandar tidak akan terpinggir
dari arus pembangunan selaras dengan hasrat kerajaan BN. Agihan kemudahan
adalah saksama… Nampak benar sandiwara pembohongan pemimpin UMNO Pulau
Pinang masih tidak berpenghujung. Pembangunan di Pulau Pinang sebenarnya
cukup tidak seimbang. Pembangunan mengikut nafsu serakah pemimpin BN. Bila
Dr Hilmi buat projek (atas nama kerajaan BN, tapi dengan duit rakyat)
tertumpulah di Balik Pulau, bila Pak Lah buat projek, balik Kepala Batas;
kerana kehendak Dr Koh Tsu Koon dan Dr Hilmi, ‘link kedua’ Pulau Pinang
diletakkan di lubuk mereka (sebelah selatan) walaupun kajian pola
pengangkutan menunjukkan kawasan utara lebih memerlukannya. Belum lagi
dibongkar kisah bagaimana Dr Tsu Koon dan Dr Hilmi melanggah duit projek.
Ada kontraktor (khususnya projek jalanraya) melaporkan mereka diminta
menambah 20% ke atas tawaran harga projek mereka. 10% Tsu Koon, 10% Hilmi.
Contoh… projek 240 juta, tender letak harga 300 juta; iaitu 60 juta (300
juta tolak 240 juta harga tender asal) tu dibahagi sama rata, 30 juta
untuk Tsu Koon, 30 juta lagi untukmu Hilmi. Macamanalah puak pemimpin UMNO
dan BN tak boleh buat rumah mewah berbiji-biji… Betul tak betul tanyalah
Kadir Sheikh Fadzir. Malah, Ibrahim ‘Mr 10%’ Saad dan Shariff Omar, tiada
sedikit pun yang kurang kehandalan membedal tanah rezab melayu. Inilah
pejuang-pejuang bangsa yang amat boleh diharapkan untuk membela nasib
rakyat… nasiblah Pulau Pinang Kita.
Spy, Penang