*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
satu lagi kalau tak silap aku la... Gaji PM TPM Menteri2 NAIK...
--- "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Tajuk-tajuk dari akhbar Utusan:-
>
> 19-Feb-2002: Tarif baru telefon beri kesan minimum pendapatan Telekom
>
> 06-Dis-2001: Kadar tol PLUS naik 10 peratus -- Kenaikan bermula 1 Januari -
> Melibatkan semua kelas kenderaan
>
> 06-Dis-2001: NS naikkan tarif air tahun depan
>
> 20-Okt-2001: Petrol, diesel naik 10 sen seliter mulai hari ini
>
> 16-Ogo-2001: Muktamad tambang haji naik -- Kabinet kekalkan keputusan kerana
> kos operasi di Tanah Suci kian meningkat
>
> 10-Ogo-2001: Belanja haji naik 10 peratus -- Kos jemaah Semenanjung ke Mekah
> RM9,445
>
> 18-Jul-2001: Tambang MAS untuk semenanjung naik 51.8 peratus
>
> 11-Jul-2001: Tambang bas sekolah naik 10%
>
> 22-Feb-2001: Tarif air kediaman di Selangor naik 20-60%
>
> 01-Okt-2000: Harga minyak naik 10 sen -- * Berkuat kuasa hari ini * Masih
> rendah berbanding negara jiran
>
>
> Kita lihat pula apa kata-kata pemimpin-pemimpin kita mengenai kenaikan
> harga:-
>
> Utusan 11-Jul-2001:
> ``Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan, Datuk Zakiah Hashim
> dijangka mengumumkan tambang baru itu dan LPKP memberi jaminan kenaikan itu
> TIDAK AKAN MEMBEBANKAN orang ramai,'' katanya kepada Utusan ketika dihubungi
> di sini, hari ini.
>
>
> Utusan 20-Jul-2001:
> PUTRAJAYA 19 Julai - Tambang domestik MAS masih merupakan antara yang
> TERMURAH di rantau ini walaupun setelah ia dinaikkan sebanyak 51.8 peratus,
> kata Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.
>
>
> Petikan kata-kata Dr. Md Khir Toyo dalam Utusan bertarikh 22-Feb-2001:
> ``Kriteria kenaikan tarif ini mengambil kira keperluan asas bekalan air
> minimum bagi satu-satu keluarga iaitu sebanyak 20 meter padu. Oleh itu tarif
> kenaikan bagi kuantiti ini TIDAK MEMBEBANKAN.
>
> ``Kenaikan ini tidak sampai 100 peratus dan kerajaan negeri menunaikan
> janjinya untuk TIDAK MEMBEBANKAN rakyat,'' tegas beliau.
>
>
> Utusan bertarikh 6-Dis-2001:
> BAHAU 5 Dis. - Tarif air di Negeri Sembilan akan dinaikkan pada tahun depan
> dan kerajaan negeri memberi jaminan kenaikan itu TIDAK AKAN MEMBEBANKAN para
> pengguna.
>
>
> Utusan 9-Dis-2001:
> SUNGAI SIPUT 8 Dis. - Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu berkata,
> kadar tol di negara ini masih merupakan antara yang TERENDAH di dunia
> walaupun selepas kadar di Lebuh Raya Utara-Selatan dinaikkan mulai Januari
> depan.
>
>
> Utusan 7-Dis-2001:
> KUALA LUMPUR 6 Dis. - Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad hari ini
> mempertahankan kenaikan 10 peratus kadar tol di lebuh raya dan
> menyifatkannya sebagai KENAIKAN KECIL berbanding pelbagai faedah istimewa
> yang ditawarkan dalam Belanjawan 2002.
>
> Selain itu, tambah Dr. Mahathir, Malaysia juga merupakan negara yang
> mengenakan bayaran tol TERENDAH di kalangan negara-negara yang ada
> mengenakan bayaran tol.
>
>
> Utusan 1-Okt-2000:
> Kenaikan yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan hari ini adalah kurang
> dari 10 peratus dan ia masih RENDAH berbanding kebanyakan negara jiran.
>
>
> Utusan 23-Okt-2001:
> SINTOK 22 Okt. - Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN),
> Datuk Mustapa Mohamed berkata, kenaikan harga minyak petrol dan diesel
> sebanyak 10 sen seliter tidak akan mempengaruhi kadar inflasi di negara ini.
>
> Katanya, indeks harga pengguna di negara ini masih rendah iaitu 1.4 peratus
> dan kenaikan harga minyak juga TIDAK MEMBEBANKAN rakyat, terutamanya yang
> berpendapatan rendah.
>
>
> Utusan 16-Ogos-2001:
> KUALA LUMPUR 15 Ogos - Kabinet hari ini mengambil keputusan muktamad
> mengekalkan keputusan Tabung Haji untuk menaikkan perbelanjaan mengerjakan
> haji antara 10 dan 11.5 peratus yang melibatkan kos RM860 hingga RM990.
>
> Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Abdul Hamid Zainal Abidin
> berkata, beliau telah menjelaskan kepada kabinet bahawa kenaikan tersebut
> adalah sederhana dan TIDAK MEMBEBANKAN para jemaah.
>
>
> Kesimpulan yg boleh diambil ialah, pemimpin-pemimpin kita amat popular
> menggunakan EXCUSES yang berikut:
>
> 1) TIDAK MEMBEBANKAN
>
> 2) TERENDAH / MASIH RENDAH
>
> 3) KENAIKAN KECIL.
>
>
> PERSOALAN: Setelah diambil kira, dicongak, di tolak-campur, kesemua
> kenaikan-kenaikan tersebut (ini belum termasuk kenaikan-kenaikan lain yang
> tidak tersenarai), adakah kenaikan-kenaikan harga tersebut TIDAK
> MEMBEBANKAN???
>
> Mungkin ianya memang tidak membebankan bagi para-para menteri tersebut dan
> tokeh-tokeh yang kaya raya!!!
> TAK GITU???
>
> _____________________________________________________________________
> Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential and/or
> proprietary information. If you are not the intended recipient,
> kindly delete this email including all attachments, destroying all forms of
> all copies, and do not disclose, disseminate or otherwise make use of the
> information contained therein. Non-compliance with the forgoing may result in
> legal action.
>
> This message has been checked for all known viruses by the
> MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit
> http://www.messagelabs.com/stats.asp
>
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Greetings - Send FREE e-cards for every occasion!
http://greetings.yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Ayubi <[EMAIL PROTECTED]>