*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Clear DayPost mortem Indera Kayangan catat
> peningkatan sokongan pembangkang
> 
> Friday, March 01 @ 12:41:55 MYT
> 
> 
> KUALA LUMPUR, 1 Mac (Hrkh) - Port mortem pilihan
> raya kecil Indera Kayangan
> yang lalu mencatatkan peningkatan peratusan undi
> kepada calon KeADILan.
> 
> Walaupun KeADILan gagal mempertahankan kerusinya,
> kekalahan dalam pilihan
> raya itu akan dijadikan ukuran bagi memperkukuhkan
> jentera parti di semua
> peringkat menjelang Pilihanraya Umum Ke-11 akan
> datang.
> 
> Naib Presidennya, Mohamed Azmin Ali berkata,
> berdasarkan laporan post mortem
> yang dibuat oleh Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT)
> parti itu mendapati
> peningkatan peratusan undi sokongan sebanyak 3.47
> peratus di tiga daerah
> mengundi majoriti pemilih Cina iaitu Pekan Lama
> Kangar (6.09 peratus)
> diikuti oleh Pekan Baru Kangar (2.90) dan Pengkalan
> Assam (0.05%).
> 
> Tambah beliau, menurut statistik, KeADILan
> mencatatkan lonjakan peratusan
> undi sokongan yang terbesar di Saluran Dua Pekan
> Lama Kangar iaitu 10.71
> peratus, diikuti oleh Saluran Tiga Pekan Baru Kangar
> (7.31), Saluran Dua
> Pengkalan Assam (4.91), di Saluran Dua Pekan Baru
> Kangar (3.36) dan di
> Saluran Satu Pekan Lama Kangar (2.37).
> 
> Katanya lagi, KeADILan memperolehi undi sokongan di
> tiga daerah mengundi
> majoriti pemilih Cina sebanyak 951 undi daripada
> 3,031 undi yang sah atau
> 31.38 peratus.
> 
> Beliau yang juga Biro Pilihanraya Pusat seterusnya
> menambah, lonjakan undi
> sokongan di kesemua saluran dua dan tiga membuktikan
> peningkatan sokongan
> kepada KeADIlan di kalangan generasi muda di tiga
> daerah mengundi majoriti
> pemilih Cina.
> 
> "Peratus undi sokongan kepada BN merudum sebanyak
> 6.09 peratus di Pekan Lama
> Kangar dan turut jatuh sebanyak 2.90 peratus di
> Pekan Baru Kangar. Ini
> membuktikan bahawa para pengundi di kawasan majoriti
> Cina khususnya di
> kalangan generasi muda mula mengalihkan sokongan
> mereka keepada KeADILan,"
> katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
> 
> Bagaimanapun, katanya, MPT mengenalpasti kejatuhan
> peratusan undi sokongan
> sebanyak 9.51 peratus di empat daerah mengundi
> majoriti pemilih Melayu;
> iaitu di Seberang Bakau (16.72 peratus) diikuti oleh
> Padang Katong (6.04),
> Derma (4.59) dan Ganding (2.91).
> 
> Menurut statistik, katanya, KeADILan memperolehi 714
> undi sokongan daripada
> 2,213 undi yang sah atau 32.26 peratus di daerah
> mengundi menjoriti pemilih
> Melayu.
> 
> "Kejatuhan ini dikenalpasti berpunca daripada rejim
> BN yang 'repressive'
> yang membudayakan pelbagai taktik kempen yang tidak
> bermoral serta bertindak
> ganas seperti mengepung kampung-kampung dan kawasan
> perumahan
> pengundi-pengundi Melayu.
> 
> "Menghalang perayu-perayu undi BA daripada
> menjalankan kerja-kerja culaan
> dan bertemu dengan pengundi-pengundi Melayu. BN juga
> rakus menyalahgunakan
> jentera kerajaan, mengamalkan rasuah politik,
> memperalatkan media cetak dan
> media elektronik sebagai agen propaganda BN,"
> katanya.
> 
> MPT turut mengambil maklum, katanya, pada
> keseluruhan, BN mendapat 4,279
> undi sokongan iaitu pertambahan sebanyak 454 undi
> jika dibandingkan dengan
> Keputusan Pilihanraya Umum 1999.
> 
> "Kelebihan undi sebanyak 454 undi ini termasuk
> pertambahan 284 undi pos.
> Oleh itu, BN sebenarnya hanya mampu memperolehi
> kenaikan sebanyak 170 undi
> awam sahaja.
> 
> "KeADILan pula mengalami penurunan undi sebanyak 164
> termasuk penurunan 93
> undi pos. Ini bermaksud, KeADILan cuma mengalami
> penurunan undi sokongan
> awam sebanyak 71 undi awam sahaja," katanya.
> 
> 


=====
ANYTIME...ANYWHERE...ANYNEWS...

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Greetings - Send FREE e-cards for every occasion!
http://greetings.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Bincang Bincang <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke