*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

PAS (PIS) ITU PARTI JE......ISLAM ITU UGAMA......RUKUN ISLAM TAK ADE PUN SEBUT JADI AHLI PAS BARU ISLAM......DAN RUKUN IMAN TAK DE PULAK SEBUT PERCAYA KEPADA TOK TOK GURU BARU BERIMAN.......

>From: pas pis <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Re: PAS - Putar Alam Se-Malaysia
>Date: Sat, 2 Mar 2002 10:35:02 +0000 (GMT)
>
>
>
> Apakah yang dijanjikan Dato' Seri Hadi Awang telah
>dilaksanakan setelah lebih dua tahun beliau menguasai
>Terengganu ? Apakah PAS membentangkan draf Negara
>Islam mereka sebelum berakhirnya tahun 2001
>sebagaimana yang diuar-uarkan oleh SU Agung
>celuparnya, Nasharuddin? Apakah janji Timb. Presiden
>PAS kononnya wujud berlori-lori kotak bukti
>penyelewengan UMNO di Terengganu disahkan?
>
>Kini rakyat yang sebelum ini memberikan sokongan
>kepada PAS kerana menyangka bahawa sokongan mereka itu
>akan menguatkan Islam, perlu berfikir
>semasak-masaknya. Usah terus-terusan menjadi ummatun
>yang mudah lupa dan membiarkan kedurjanaan pemimpin
>PAS terus berleluasa.
>Jangan terlupa bahawa pemimpin PAS lah yang
>menghukumkan bahawa haram dimakan sembelihan
>orang-orang UMNO, haram bersolat berimamkan
>orang-orang UMNO, haram menghadiri kenduri dan
>menziarahi jenazah mereka (ikuti pengakuan ahli Dewan
>Ulama' PAS sendiri yang sudah insaf dan bertaubat).
>
>Hukum tersebut, sekalipun diturunkan semata-mata untuk
>muslihat politik (rujuk Nik Aziz), namun ianya telah
>menyebabkan begitu banyak perpecahan di kalangan umat
>Islam sehingga menjadi sebegitu kronik. Ini terbukti
>di mana masih terdapat amalan solat imam berasingan
>dilakukan oleh penganut-penganut ajaran PAS yang
>berkemungkinan mempercayai bahawa pertuturan tok-tok
>guru mereka lebih muktabar dariapda hadith Nabi dan
>firman Allah SWT di dalam al-Quran.
>
>Mereka juga percaya bahawa mengundi orang-orang bukan
>Islam itu akan jatuh kafir hukumnya. Namun, akhirnya
>tanpa malu dan maaf, pemimpin-pemimpin PAS hari ini
>turun padang menyeru agar undi diberikan pula kepada
>orang-orang kafir, malahan kepada DAP (tanpa prejudis)
>yang jelas bermatlamatkan untuk mewujudkan sebuah
>negara sekular tulen di Malaysia ini. Maka, apakah
>hukum-hukum tersebut tidak berbalik kembali kepada si
>penuduh-penuduhnya?
>
>Modal usang sekutu PAS iaitu KeAdilan kini hanyalah 6
>kotak penyelewengan pemimpin kerajaan yang kelihatan
>sinonim dan serasi dengan dakwaan Hadi Awang. Jika
>kita gunakan anugerah akal yang dikurniakan Allah SWT
>untuk berfikir sedikit, apakah logik di Terengganu
>yang hanya sebuah negeri mempunyai bilangan kotak yang
>lebih besar bilangannya daripada sebuah negara? PAS
>dan sekutunya sudah boleh melupakan isu basi tersebut.
>
>Mengapa hingga kini PAS masih belum membentangkan draf
>Negara Islamnya? Apakah PAS sedar bahawa KeAdilan juga
>sefikrah dengan DAP dalam menolak konsep negara Islam
>ala-PAS itu tatkala berkempen di hadapan pengundi
>Cina? Tidakkah itu menunjukkan ciri-ciri munafiq? Ke
>mana hilangnya sifat nahi mungkar pengamut-penganut
>PAS dalam bersekutu dengan perkara-perkara mungkar
>ini?
>
>Di Terengganu, rakyat sudah bosan dengan tindak tanduk
>pemimpin PAS yang sering berdolak-dalik dan
>mempermain-mainkan hukum agama untuk kepentingan
>mereka. Mereka sendiri menyaksikan betapa PAS dengan
>rakus menzalimi pegawai-pegawai kerajaan yang tidak
>berpihak kepada mereka, menghentikan bantuan kepada
>golongan fakir yang dianggap menyokong BN sewaktu
>pilihanraya, waima menganiayai anak-anak kecil yang
>dahagakan ilmu dengan menghalau mereka keluar daripada
>kawasan sekolah! Niat mereka memang mudah ditelah,
>selagi anak-anak negeri Terengganu dapat
>dipermundurkan, selagi itu mereka mudah diperdayakan
>dengan omongan-omongan kosong PAS.
>
>Senario hari ini menyaksikan di mana-mana rakyat
>Terenganu mula menolak dakyah-dakyah PAS. Ramai yang
>kembali memberikan sokongan kepada UMNO, malah
>ahli-ahli baru juga semakin bertambah. Ini tidak
>termasuk penyokong-penyokong PAS dan KeAdilan yang
>berbondong-bondong menyertai UMNO kerana menyedari
>betapa mereka telah diperalatkan dan diperdaya untuk
>memberikan undi kepada PAS.
>
>Sebagaimana yang dinyatakan oleh Saidina Ali r.a.
>berkaitan dengan permainan fitnah golongan yang
>kononnya beragama dan senantiasa duduk di rumah Allah
>SWT, bahawa fitnah-fitnah tersebut umpama buih dan
>akhirnya dengan mudah dipecahkan oleh kebenaran,
>akhirnya ia akan menimpa kembali golongan yang suka
>mempermain-mainkan agama untuk kepentingan politik
>mereka, begitulah yang akan terjadi kepada PAS dan
>pemimpin mereka kelak.
>
>Mungkin untuk Pemilu 12/2004 kelak, PAS perlu menukar
>namanya kepada Putar Alam Se-Malaysia, bukan apa,
>sekadar menjaga nama Islam, kerana jatuh tersungkurnya
>PAS ketika itu kelak, bukan bermakna hancurnya Islam,
>sebaliknya hancur golongan pendusta, pemfitnah dan
>pengadu domba yang selama ini sering berselindung di
>sebalik pakaian agama.
>
>Tolak PAS, Islam Selamat!
>
>
>
>
>
>__________________________________________________
>Do You Yahoo!?
>Yahoo! Mobile - Jazz up your mobile phone! Get funky ringtones and logos!
>http://mobile.yahoo.com.sg/
>
>
>---------------------------------
>Do You Yahoo!?
>Get personalised at My Yahoo!.


Send and receive Hotmail on your mobile device: Click Here
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Syazana H." <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke