Wrote by: Raja Lilis Surian
 
Bagaimana menghilangkan Marah

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego
seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan
seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak
hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan
menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka
akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki.

Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait
syair: "Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi.
Istirehatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau".

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu
melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah
dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.". Pernah
ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang
lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : " Aku belajar dengan Qais bin Asim
iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa
panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat
daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi
pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais.
Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal
dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada
hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku bukan sahaja tidak
marah kepada kamu tetapi mulai hari ini aku akan membebaskan kamu."
Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim" Kata Ahnaf mengakhiri

ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian

itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya,
maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang
ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau
atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan" kerana apa yang ada
padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah
akan ambil kembali.

Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa
"ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan
mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk
menghilangkan marah ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak-tanduk
kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang
hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita

daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa
kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya
lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di
dalam keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas
Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat
menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas,
hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila
bangkit daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan
akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah

orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah
dengan lemah lembut dan kasih sayang.




Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka
duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan

mulai reda.

Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan
berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar

akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan
sudah tidak dapat dikawal.




Marah ertinya gerakan nafsu diri,seketika meluap darah jantung dari
suruhan syahwat utk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam.Cuma
kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya.
Bila kemarahan telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum
dia menjalar,tidak ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik
laksana wap,memenuhi otak,sehingga gelap menyelubungi hati sehingga
tidak sanggup berfikir.Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan
nampak kecil bila memandang orang,ketika itu pertimbangan hilang,akal
tertutup,fikir tersentak,angan-angan habis.

Orang yg marah adalah laksana gua batu yg terbakar
api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya
sehinggalah terkumpullah di dalam gua asap
dan wap yang menambahkan panas..
Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara
Meskipun diusahakan menyiram..
maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah
menambah kerasnya api.

berbanyak-kanlah..beristighfar itulah senjata orang2 mukmin.

wassalam




Kirim email ke