*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sekarang saya akan cuba menyenaraikan kegagalan
program2 ekonomi Mahathiaq dan UMNO secara umumnya.

1) Dasar Ekonomi Baru

A) DEB telah gagal dengan tragisnya. Di bawah UMNO
setelah lebih 30 tahun DEB dilancarkan, ekuiti
BUMIPUTRA hanya 17%. Walaupun UMNO tidak menghadapi
apa2 halangan dari luar dan dalam untuk melaksanakan
program ini.

B) Di dalam berbagai sektor ekonomi, orang melayu
masih terkebelakang dan mengejar bangsa asing.  Di
dalam sektor perniagaan, boleh dikatakan kehadiran
orang melayu amat sikit.  Yang ada hanyalah
kontraktor2 yang bergantung pada UMNO untuk dapat
kontrak.

C) Jumlah professional melayu juga amat sedikit. Ini
dapat dilihat dari penguasaan badan2 professional
seperti pertubuhan2 professional seperti AMA, IEM, Bar
dsbnya masih dikuasai oleh bangsa asing walaupun sudah
leih 30 tahun DEB berjalan.

D) Untuk menutup kelemahan Mahathiaq dan UMNO di dalam

perlaksanaan DEB ni, maka Mahathiaq telah mula
berkicau2 mengatakan bahawa subsidi orang melayu mesti
ditarik balik dan hak2 istimewa orang melayu mesti
dihapuskan.  Ini sebenarnya bertujuan untuk menutup
kelemahan UMNO dan kegagalan UMNO di dalam
perlaksaanan DEB.

Penswastaan

A) Semua projek penswastaan Mahathiaq GAGAL. Contohnya
MAS, Renong, Putra LRT, Perwaja dsbnya terpaksa
di'cover' oleh DUIT RAKYAT kerana kerugian.

Kesemuanya gagal dan semua rugi berjuta2 dan terpaksa
diselamatkan dengan duit rakyat.

B) Projek2 penswastaan kepada badan2 yang monopoli
seperti TNB juga mencatatkan kerugian.  Contoh TNB
setelah diswastakan, telah mencatatkan penambahan
hutang yang sangat tinggi.

C) Di kalangan semua syarikat berhad, jumlah bilangan
pengarah melayu adalah kecil (kurang dari 50 orang)
dan kesemuanya berulang2. DAn kesemuanya samada kroni
dan anak2 pemimpin UMNO.

D) Projek2 ekonomi dan pertumbuhan ekonomi tajaan UMNO
adalah "FAKE" kerana ianya bersumber dari "property
development" sahaja yang ditaja dengan duit rakyat.
Hasilnya kita sekarang ini mempunyai excess of
property dan menjatuhkan taraf liquidity kita.

Buku Hijau

A) UMNO dlaam 10-15 tahun kebelakangan ini, telah
menutupbuku hijau dan menukarkan taraf tanah pertanian
kepada perindustrian dengan banyaknya

B) Sekarang ni kita terpaksa IMPOT makanan dari luar
dan keluar duit lagi banyak dari dulu. Sebab tu
belanja pasar serta disposable income rakyat MAlaysia
semakin meningkat.

C) Semua negara maju hatta Jepun sekali pun berhempas
pulas membina industri makanan mereka walaupun rugi.

Perindustrian

A) Kesan positif dari perindustrian di Malaysia
hanyalah dalam bentuk "peluang pekerjaan".

B) Amat sedikit yang dapat dari "technology transfer"
dsbnya

Begitulah serba sedikit berkenaan dengan KEGAGALAN
UMNO dan BN di dalam pentadbiran ekonomi negara.

Puak2 UMNO syok sendiri dan percaya kononya Malaysia
hebat dari segi ekonomi.  Hakikatnya UMNI ni TKA RETI
LANSUNG mentadbir ekonomi negara.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Abdul Rahman <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke