*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nak tunggu ramai lagi mati, atau merebak dulu
baru nak diumumkan plan tindakan, macam kes
virus coksakie dulu? Dekat2 F1 nak mai ni,
tak cantiklah kalau ada virus baru kan kan?
Itu sebab tak boleh heboh2 sangat.

-----------------

ALOR STAR: Jabatan Kesihatan negeri meminta orang ramai yang mempunyai anak kecil di 
rumah supaya mengambil langkah berjaga-jaga tambahan, termasuk mandi dan menukar baju 
mereka sebaik pulang ke rumah.

Mereka juga dinasihatkan mengambil makanan yang segar dan baru dimasak selain 
menitikberatkan kebersihan ketika penyediaan makanan.

Selain itu, mereka tidak perlu menggunakan air dari sumber tangki, sebaliknya terus 
dari pili.

Timbalan Pengarahnya, Dr Shahidan Kassim, berkata orang ramai perlu mengambil langkah 
tambahan menjaga kesihatan diri, terutama jika mempunyai anak kecil di rumah.

Menurutnya, ini kerana kenaikan mendadak penyakit cirit-birit ke atas kanak-kanak 
sejak kebelakangan ini.

“Sejak 24 Februari hingga 2 Mac saja, seramai 408 kanak-kanak diserang 
cirit-birit yang serius berbanding hanya 215 kes pada tempoh yang sama tahun 
lalu,” katanya sambil menambah semua mereka di bawah 10 tahun.

Beliau juga memberi amaran kepada orang ramai membawa kanak-kanak diserang demam, 
cirit-birit dan muntah-muntah segera mendapatkan rawatan tanpa berlengah.

“Saya ingin memberi amaran jangan tunggu walaupun sehari sebelum mendapatkan 
rawatan kerana ia mungkin terlewat,” katanya.

Jabatan itu kini mengedarkan lebih 100,000 risalah dalam Bahasa Malaysia dan 40,000 
Bahasa Tamil dan Cina untuk memberi makluman kepada orang ramai mengenai penyakit itu 
dan langkah pencegahan yang harus diambil.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat negeri, Datuk 
V Saravanan, ketika dihubungi berkata, beliau tidak dimaklumkan mengenai kes serangan 
penyakit itu lagi.

“Saya sendiri terkejut melihat laporan akhbar dan berita di TV3 semalam. Saya 
tidak dapat memberi sebarang komen kerana tidak mendapat maklumat mengenai kes ini.

“Malah, saya menghubungi Dr Noorimi Morad (Pengarah Kesihatan Kedah) sebaik 
menonton TV3. Saya hanya dimaklumkan ia kematian biasa.

“Saya cuma meminta Jabatan Kesihatan tidak menyembunyikan apa-apa daripada 
pengetahuan orang ramai. Sekiranya kes ini serius, katakan serius,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan sekurang-kurangnya lima kematian bayi berusia antara 
beberapa bulan dan dua tahun dilaporkan di negeri ini sejak seminggu lalu kerana virus 
baru.

Seorang bapa di Sik, Khalid Nik, 33, dilaporkan berkata dia sendiri hairan kerana 
anaknya meninggal dunia dalam keadaan mengejut.

“Saya dimaklumkan Pejabat Kesihatan Daerah Kota Star yang anak saya meninggal 
dunia kerana virus baru. Malah, mereka sedang menyiasat virus berkenaan,” 
katanya.

-- 

_______________________________________________
Sign-up for your own FREE Personalized E-mail at Mail.com
http://www.mail.com/?sr=signup

Travelocity.com is giving away two million travel miles.
http://ad.doubleclick.net/clk;3969773;6991039;g?http://svc.travelocity.com/promos/millionmiles_main/0,,TRAVELOCITY,00.html


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "sam dol" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke