*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Presiden PAS bentang isu sensitif walaupun
> dicelah MP BN
>
> Wednesday, March 13 @ 16:46:14 MYT
>
>
> Roy Rasul
> KUALA LUMPUR, 13 MAC (Hrkh) - Dewan Rakyat di
> Parlimen hari ini menyaksikan
> bagaimana ahli-ahli Parlimen BN cuba menyekat Ketua
> Pembangkang Datuk Fadzil
> Mohd Noor dari membentangkan isu-isu yang dikatakan
> "sensitif kepada BN".
>
> Isu Memali, polis, Kumpulan Militan Malaysia (KMM),
> jihad dan anak luar
> nikah adalah antara topik hangat yang diperdebatkan
> sewaktu Fadzil yang juga
> merupakan presiden PAS menyambung ucapan perbahasan
> titah ucapan Seri Paduka
> Yang Dipertuan Agong ke-11 hari ini.
> Malah sewaktu beliau membangkitkan isu-isu tersebut
> ramai wakil dari pihak
> kerajaan dan pembangkang asyik mencelah.
>
> Antara Ahli Parlimen BN yang berkali-kali bangun
> mencelah ialah MP Tebrau
> Datu' Haji Mohd Ali Haji Hasan, MP Sri Gading Dato'
> Mohamad Haji Aziz, MP
> Shah Alam Mohd Zin Mohamed, MP Tanjung Karang Dato'
> Noh Omar, MP Arau
> Mustika Junaidah dan MP Larut Raja Ahmad Zainuddin
> Raja Omar.
>
> Pada satu ketika, Fadzil dengan nada yang marah
> memberi amaran kepada wakil
> kerajaan supaya jangan mengganggu beliau dan kalau
> hendak mencelah beliau
> meminta supaya mereka jangan keluar dewan sewaktu
> beliau berucap.
>
> Fadzil, walaupun memberi laluan kepada yang lain
> hari ini, tidak memberi
> laluan kepada MP Arau.
>
> Ini katanya kerana semalam, wakil Arau telah keluar
> dewan sewaktu beliau
> bercakap.
>
> Beliau juga berkata beliau hanya akan memberi laluan
> kepada wakil kerajaan
> untuk bertanyakan soalan sahaja.
>
> "Ingat! Hanya soalan saja bukan ucapan," katanya
> kepada setiap kali wakil
> kerajaan diberi peluang bercakap.
>
> Terdengar juga suara ahli parlimen BN yang
> menyindir, "Ini ceramah PAS?"
>
> Pihak pembangkang yang turut bercakap sewaktu beliau
> membahaskan ucapan itu
> ialah MP Tanah Merah Saupi Daud, MP Pokok Sena
> Mahfuz Omar, MP Baling Taib
> Azamuddin, MP Jeli Apandi Muhamad dan MP Kuala Nerus
> Shukrimun Shamsudin.
>
> Sewaktu Dato' Fadzil menyampaikan ucapan mengenai
> isu jihad yang menyentuh
> dengan ucapan Seri Paduka Baginda, Dato' Noh Omar
> mengatakan ucapan beliau
> itu telah mempertikaikan titah yang dipertuan agung.
>
> Bagaimanapun, speaker dewan rakyat Datuk Muhamad
> Abdullah berkata ucapan
> Datuk Fadzil tidak menyalahi peraturan mesyuarat.
>
> "Yang Berhormat (Datuk Noh Omar) sebenarnya ucapan
> Yang berhormat Pendang
> (Datuk Fadzil) tidak menyalahi peraturan mensyuarat
> kerana ucapan beliau itu
> ada kaitan dengan ucapan Seri Paduka Baginda,"
> katanya sambil disambut
> dengan tepukan oleh barisan pembangkang.
>
> Dalam isu lain beliau juga memberitahu kepada sidang
> dewan bahawa penulis
> Kasim Ahmad iaitu ahli Umno yang anti hadis pernah
> mendapat anugerah 'Karl
> Marx' iaitu tokoh komunis.
>
> Bagaimanapun katanya PAS tidak semudah Umno untuk
> melebelkan seseorang itu
> komunis atau tidak walaupun seseorang itu pernah
> mendapat anugerah komunis.
>
> "Kita tidak kering idea seperti Umno" katanya
> sewaktu menjawab pertanyaan
> seorang ahli pembangkang sama ada beliau hendak
> lebelkan Umno itu komunis
> atau tidak.
>
> Semasa menyentuh isu RTM yang memainkan isu Memali
> beliau juga sempat
> menegur gelagat Timbalan Menteri Penerangan
> Malaysia, Dato' Khalid Yunus
> yang ketika itu sedang tidur.
>
> Sementara itu, ketika beliau menyentuh isu polis
> terutamanya insiden trak
> polis terbakar semasa PAS mengadakan ceramahnya di
> Baling, Kedah baru-baru
> ini beliau mempertikaikan kewibawaan ketua Polis
> Daerah Baling.
>
> Di samping itu beliau juga turut menyentuh mengenai
> keengganan Ketua Polis
> Negara (KPN) dan Menteri Dalam Negeri bertemu dengan
> beliau selaku presiden
> PAS.
>
> Dalam ucapannya itu beliau juga berkata Suhakam yang
> didakwa sebelum ini
> hanya memihak kepada pembangkang adalah tidak benar.
>
> Katanya semua keputusan yang diputuskan oleh Suhakam
> itu berpihak kepada
> undang-undang.
>
>
>
=====
ANYTIME...ANYWHERE...ANYNEWS...
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Try FREE Yahoo! Mail - the world's greatest free email!
http://mail.yahoo.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Bincang Bincang <[EMAIL PROTECTED]>