*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
http://al-ahkam.net
Ulamak vs Sekularisme 
Isu ulamak menjadi topik hangat di media arus perdana. Dan yang terbaru,
seramai 26 NGO dan 26 individu dari pelbagai latarbelakang, bangsa dan agama
menandatangani memorandum membantah tindakan Persatuan Ulamak Malaysia (PUM)
yang menghantar memorandum kepada majlis Raja2 dengan menamakan beberapa
penulis yg dikatakan sebagai menghina Islam. 
---------------------------------
Terdapat beberapa perkara yang cuba kita beri perhatian:
1. Siapakah yang layak dan berhak menafsirkan tentang Islam dan ajarannya?
2. Perbezaan pendapat di dalam menafsirkan nash2 Islam 
---------------------------
1. Siapakah yang layak dan berhak menafsirkan tentang Islam dan ajarannya?
Ini adalah perkara mudah. Untuk tahu jawapannya tidak perlu belajar tinggi2.
Tidak perlu kepada hujah yang tinggi2, guna hujah orang kampung sudah
memadai. 
Semua orang berhak untuk menafsirkan tentang Islam dan ajarannya, tetapi
belum tentu dia layak untuk berbuat demikian.. 
Dalam bidang perubatan semua orang berhak membuat penafsiran tentang ilmu
berkenaan.. Tidak kira samada dia itu petani, buruh kasar hinggalah kepada
guru, peguam dsbnya. Nanti, kalau kita kata tidak boleh, 26 NGO itu akan
tulis memorandum menuduh kita ini mencabul hak asasi manusia. 
Tapi siapakah yang benar2 berkelayakan? Sudah tentulah orang yang mahir dan
pakar dalam bidang perubatan. Orang lain tidak layak. Bukan sekadar tidak
layak, malah boleh mengakibatkan mara bahaya kepada kesihatan umum. 
Dalam bidang lain pun begitu.. Termasuk dalam bidang perundangan, yang layak
hanyalah orang2 yang belajar dan mahir dalam bidang undang2. Orang lain
tidak layak. Kalau mereka diberi ruang, pasti akan bercelaru undang2 negara.

Cuba bandingkan dengan hal2 agama.. Semua orang berhak untuk melakukan
penafsiran terhadap nash2 dalam Islam, tetapi kenalah mahir dulu. Kenalah
belajar dulu. Setelah itu barulah berkelayakan. Kalau sekadar membaca banyak
buku2 Islam dan jika bergantung hanya kepada otak yang cukup cerdik, itu
tidak memadai. 
Kalau dibiarkan orang2 yang tidak berkelayakan mentafsirkan Islam dan
ajarannya sesuka hati, maka ia akan lebih parah lagi.. Kalau dalam bidang
perubatan, hanya akan mengakibatkan bahaya pada kesihatan umum, tetapi dalam
masalah agama, dunia dan akhirat mereka akan dalam keadaan bahaya. 
Nak belajar tentang Islam ada disiplinnya. Ada tradisinya. Spt orang nak
belajar perubatan, ada disiplin dan caranya. Begitu juga jika nak belajar
undang2. 
Adalah bahaya, jika seseorang itu mengaji dan mengkaji Islam tetapi mengikut
disiplin ilmu orientalis. Kita mudah dapat menangkap apa akibat dan
padahnya. 
Memang, ramai ulamak2 besar keluaran al-Azhar yang belajar dari orientalis
mengikut disiplin ilmu orientalis.. Tetapi kita kena ingat, asas mereka amat
kukuh dalam disiplin ilmu Islam. 
Sebab itu mereka masih kukuh dan tidak tergugat. Mereka tidak terbawa2
dengan Islam ala Amerika. 
Bayangkanlah bagaimana akan lari terpesongnya seseorang itu yang belajar
Islam samada melalui pembacaan atau sebagainya tetapi mengikut disiplin ilmu
orientalis atau ala Amerika... 
Ada satu contoh yang menarik, MM A'zami, seorang ulamak kelahiran India.
Pernah belajar di Barat dengan orientalis. Kita cukup terhutang budi dengan
beliau, kerana beliau bukan sekadar tidak terpengaruh dgn aliran pemikiran
Islam Amerika, tetapi beliau membelasah kembali tokoh2 besar orientalis.
Dan, yg paling mengkagumkan, beliau telah meruntuhkan seluruh sendi2 teori
yg mereka bangga2kan selama ini. 
---------------------
2. Perbezaan pendapat di dalam menafsirkan nash2 Islam 
Mengenai masalah ini, kita rasa kita tidak perlu mengajar para ulamak kita
mengenainya. Mereka lebih tahu dari orang lain mengenainya. Mereka selama
berbelas2 dan berpuluh2 tahun memang bergelut dengan pertikaian pendapat.
Sebut, apa shj masalah.. Dari masalah aqidah hinggalah kepada masalah
remeh-temeh sehari-harian. 
Pertikaian yang berlaku, menimbulkan mazhab2 feqh. Dan dalam mazhab itu
sendiri terdapat pebagai perbezaan pendapat lagi.. Malah, sesama mereka
ulamak semasa juga kadangkala berbeza pendapat dan pandangan. 
Dan ini adalah perkara biasa yang diterima.... 
----------------------
Mengenai soal hak asasi manusia... Ini lagi tidak perlu kita ajar mereka.
Kerana merekalah yang lebih mahir dan tahu apa itu hak asasi manusia.
Percayalah, selain dari para ulamak kita, hak asasi manusia yang
diperjuangkan hanyalah hak asasi wayang kulit sahaja. 
Hak asasi manusia yang diperjuangkan oleh golongan sekular hanyalah
berlandaskan sekular sahaja, sedangkan hak asasi yang difahami oleh para
ulamak kita adalah hak asasi tulen yang asli dipetik dari sumber2 Ilahiyah. 
Allah pencipta manusia. Maka Allah lebih tahu hak2 asasi manusia. Dia
menggariskannya di dalam al-Quran dan al-Sunnah melalui lidah para Rasul dan
pengetahuan ini telah diwarisi oleh para ulamak. 
----------------------
Sebenarnya apa yang berlaku?
1. Sifat dengki dan irihati kepada para ulamak. 
2. Sifat jahil murakkab golongan sekular terhadap isikandungan ajaran Islam.
Dengan akal yang cerdik dan cerdas, mereka menyangka mereka sudah terlepas
dari belenggu kejahilan. Malang sekali, kerana mereka tidak tahu bahawa
mereka itu terlalu jahil tentang isi ajaran Islam.
3. Dendam kesumat anak cucu cicit golongan sekularisme terhadap para ulamak
masih belum berkesudahan. Oleh itu, mereka akan cuba merendah2kan martabat
dan ketinggian para ulamak. Mereka juga cuba utk meletakkan para ulamak ini
di bawah tapak-tapak kaki mereka. 
Sekian, wassalam
zain ys

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Mohd Nor, Muhamad Sharman" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke