*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

------- Forwarded Message Follows -------
To:                     [EMAIL PROTECTED]
From:                   Lenggang Kangkung <[EMAIL PROTECTED]>


Puasa hari ‘Asyura’, Tasu‘a’ dan kesebelas Muharram

Puasa hari ‘Asyura’ ialah puasa sunat pada hari
kesepuluh bulan Muharram. Diriwayatkan daripada
Mu‘awiyah bin Abu Sufyan Radhiallahu ‘anhuma berkata,
aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam
bersabda:

Maksudnya: “Ini adalah hari ‘Asyura’ dan tidak
diwajibkan ke atas kamu berpuasa sedangkan aku
berpuasa. Maka barangsiapa yang hendak berpuasa maka
berpuasalah dia dan barangsiapa mahu (tidak berpuasa)
maka berbukalah dia (boleh tidak berpuasa).” (Hadits
riwayat Bukhari) Hikmat berpuasa pada hari ‘Asyura’
sebagaimana yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas
Radhiallahu ‘anhuma berkata:

Maksudnya: “(Tatkala) Nabi Shallallahu ‘alaihi
wasallam sampai di Madinah, baginda melihat
orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura’.
Baginda bersabda: “Apakah ini?” Mereka menjawab: “Hari
yang baik, ini adalah hari yang mana Allah
menyelamatkan Bani Israil daripada musuh mereka, maka
Musa berpuasa pada hari itu” Nabi bersabda: “Aku lebih
berhak dengan Musa daripada kamu” Lalu Baginda
berpuasa dan memerintahkan berpuasa (pada hari itu.)”
(Hadits riwayat Bukhari) Kelebihan berpuasa di hari
‘Asyura’ sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu
Qatadah Al-Anshari berkata:

Maksudnya: “Dan ditanya (Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam) tentang berpuasa pada hari ‘Asyura’?
Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang
telah lalu.” (Hadits riwayat Muslim) Adalah disunatkan
juga di samping berpuasa pada hari ‘Asyura’, berpuasa
pada hari Tasu‘a’ iaitu hari yang kesembilan bulan
Muharram berdasarkan riwayat daripada Abdullah bin
Abbas Radhiallahu ‘anhuma berkata:

Maksudnya: “Dahulu, ketika Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam berpuasa pada hari ‘Asyura’ dan
Baginda memerintahkan (para sahabatnya) untuk
melakukan puasa itu, mereka berkata: “Wahai
Rasulullah! (Bukankah) sesungguhnya hari ‘Asyura‘ itu
hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi dan
Nasrani?” Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam
bersabda: “Apabila pada tahun yang akan datang, insya
Allah kita akan berpuasa pada hari yang kesembilan”
Berkata Abdullah bin Abbas: “Belum sempat menjelang
tahun hadapan, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam
telah pun wafat.” (Hadits riwayat Muslim) Para ulama
menyebutkan bahawa hikmat disunatkan berpuasa pada
hari Tasu‘a’ (sembilan Muharram) itu dari
berbagai-bagai aspek: 1. Bagi menyalahi atau
membezakan amalam orang-orang Yahudi yang hanya
berpuasa pada hari ‘Asyura’ (Sepuluh Muharram) sahaja.
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu
berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam
bersabda:

Maksudnya: “Berpuasalah kamu pada hari ‘Asyura’ dan
buatlah perbezaan padanya (dari) orang Yahudi (dengan)
berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya.”
(Hadits riwayat Ahmad) 2. Bagi maksud berhati-hati
berpuasa pada hari ‘Asyura’ kerana kemungkinan berlaku
kesilapan kekurangan dalam pengiraan anak bulan. Maka
dengan itu hari kesembilan Muharram itu dalam
pengiraan adalah hari yang kesepuluh Muharram yang
sebenarnya. 3. Bagi maksud menyambung puasa hari
‘Asyura’ dengan satu hari puasa yang lain kerana
tegahan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam
berpuasa satu hari satu-satunya sahaja seperti
berpuasa pada hari Jumaat. Walaupun begitu, tidaklah
menjadi apa-apa jika hanya berpuasa sehari sahaja pada
hari ‘Asyura’. (lihat I‘anah Ath-Thalibin 2/301) Oleh
kerana itu disunatkan juga, jika berpuasa pada hari
‘Asyura’ tanpa berpuasa pada hari Tasu‘a’, supaya
berpuasa pada hari kesebelas Muharram. Bahkan Imam
Syafi‘e Rahimahullahu Ta‘ala menyebutkan di dalam
Kitab Al-Umm dan Al-Imla’ disunatkan berpuasa tiga
hari tersebut iaitu hari kesembilan (Tasu‘a’),
kesepuluh (‘Asyura’) dan kesebelas bulan Muharram.

dipetik dari laman web Mufti Brunei
http://www.brunet.bn/gov/mufti/ic4_1999.htm

__________________________________________________
Melanggan? (FREE) : Send email to: [EMAIL PROTECTED]

Berhenti Melanggan : Hantar email kosong to: [EMAIL PROTECTED]

Laman Web Lenggang Kangkung: http://www.angelfire.com/ct/lk

Email lama daripada Lenggang Kangkung: http://groups.yahoo.com/group/lk/messages

Download File dari Lenggang Kangkung: http://groups.yahoo.com/group/lk/files


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke