Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Wahai Tuhanku, lapangkan lah dada ku ini, dan permudahkanlah urusan ku, dan huraikanlah kekeluan lidahku supaya mereka memahami kata-kata ku ini.

Sambungan pengajian kitab "Qanun Jinayah Syar`iyah" dalam Bab 2 Fasal Kedua perkara 43-45.

Perkara 43 : Menuduh orang berliwat.

Seseorang yang menuduh seseorang yang lain melakukan liwat tanpa sesuatu bukti yang boleh menyokong tuduhannya, samalah hukumnya seperti menuduh seseorang melakukan zina. Jika tidak sabit kesalahan orang yang dituduh itu mengikut bukti-bukti yang disebutkan dalam perkara 28 perenggan (i) dan (ii), maka orang yang menuduh itu wajib dikenakan hukuman had qazaf sebagaimana yang dikenakan ke atas orang yang menuduh orang yang berzina yang diperuntukkan dalam perkara 39, samada yang melakukan atau yang dilakukan liwat itu lelaki atau perempuan.

[ Apabila seseorang menuduh orang lain melakukan kesalahan liwat, samada menuduh orang lain meliwat atau menuduh orang lain diliwat (sengaja membiarkan dirinya diliwat), maka dalam hukum syara` jikalau tidak ada bukti sedangkan tuduhan telah pun dilemparkan; maka si penuduh tadi wajib dikenakan hukuman had qazaf, iaitu pertamanya hendaklah disebat sebanyak 80x sebatan, yang keduanya kita tidak boleh lagi menerima si penuduh tadi sebagai saksi dalam mahkamah selama-lamanya dan yang ketiganya ALLAH TA`ALA menghukum orang ini sebagai orang yang fasik dalam agama (maknanya orang yang jahat dalam kacamata agama). Ini adalah 3 bentuk hukuman yang dikenakan oleh hukum syara` kepada sesiapa yang menuduh orang lain melakukan kesalahan liwat sedangkan dia tidak dapat memberikan bukti sebagaimana yang dikehendaki oleh hukum syara`. Sebab itu, sesiapa yang melakukan kesalahan qazaf ini, maka dia telah melakukan dosa besar di sisi ALLAH SWT, sebab qazaf adalah salah satu daripada 7 dosa besar dalam agama kita. ]

Perkara 44 : Menuduh seseorang dengan tuduhan yang bukan perkara maksiat.

Seseorang yang menuduh seseorang yang lain dengan sesuatu tuduhan yang bukan suatu perkara yang maksiat. Misalnya seseorang mengatakan seseorang yang lain mandul, mati pucuk dan sebagainya, maka orang yang menuduh itu boleh dikenakan hukuman ta`zir, sekalipun tuduhan itu memang benar, kerana tuduhan itu memberi kesan buruk ke atas orang yang dituduh dan akan menimbulkan permusuhan dan sakit hati, dimana hukuman ta`zir adalah untuk menghalang dan mencegah berlaku suatu perkara yang tidak diingini.

[ Ini pula adalah qazaf yang tidak tertakluk di bawah hudud (di bawah ta`zir). Sebab qazaf hanya tertakluk di bawah hudud sekiranya ia menuduh orang lain berzina atau meliwat. Jadi, qazaf yang tertakluk di bawah ta`zir ini ialah apabila seseorang buat satu tuduhan yang bukan perkara maksiat tetapi ia adalah satu tuduhan yang sengaja untuk menyakitkan hati orang atau sengaja untuk menjatuhkan maruahnya. Maka hukum syara` mengatakan bahwa si penuduh tadi hendaklah dikenakan hukuman ta`zir.

Seperti yang kita sedia maklum, didalam hukum syara` terdapat hukum asal. Daripada hukum asal (umum) ini pula terdapat pengecualian-pengecualian yang tertentu. Contohnya seperti dalam bab ibadah. Dalam ibadah, hukum umumnya ialah tidak boleh diperwakilkan. Maknanya, kalau kita tak sembahyang, maka kita sendiri yang berdosa. Orang lain tak boleh tolong sembahyang untuk kita. Jadi, amal ibadah dalam Islam, hukum asalnya ialah tidak boleh diwakilkan. Tetapi ada beberapa jenis ibadah yang boleh dikecualikan. Misalnya seperti wakaf. Wakaf boleh diwakilkan. Begitu juga dengan ibadah haji. Kita boleh wakilkan. Tetapi hukum umumnya, semua ibadah ini tidak boleh diwakilkan.

Samalah juga dengan mengumpat, yang hukum umumnya adalah haram. Maknanya, kita tak boleh mengumpat. Walaupun di dalam hukum umum mengumpat itu adalah haram, tapi dia juga ada pengecualian-pengecualian yang tertentu. Misalnya, katakanlah ada seorang isteri pergi jumpa Qadi untuk menceritakan tentang perilaku zolim suaminya terhadap dirinya. Adakah bila dia menceritakan keburukkan suaminya itu disebut sebagai mengumpat?...Tidak tuan-tuan. Sebab ini adalah aduan tentang kezoliman yang dibuat oleh suaminya kepada dia. Jadi, untuk mencegah kezoliman itu daripada berterusan kepada siisteri, maka hukum syara` mengatakan bahwa diharuskan pada isteri itu untuk menceritakan keburukkan suaminya kepada pihak yang berkuasa.

Jadi, samalah juga bila kita menceritakan tentang keburukkan-keburukkan orang yang zolim. Ini dibenarkan oleh hukum syara` walaupun hukum asalnya mengumpat itu adalah haram. Kita pun tahu bahwa cerita keburukkan orang lain adalah haram. Cerita benda yang tak baik pasai orang adalah haram. Cerita benda yang orang tak suka juga adalah haram. Tetapi hukum syara` mengatakan bahwa apabila kita bertujuan nak mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh seseorang itu, atau nak mencegah kezolimannya, atau nak tarik orangramai supaya jangan sokong orang yang zolim itu; maka ketika itu cerita tentang keburukkan orang yang zolim itu adalah diharuskan dalam hukum syara`. Jadi, dia ada beberapa pengecualian yang kita kena faham.

Sebab itu, bila kita tengok balik tentang tuduhan yang dilakukan dalam perkara di atas, iaitu walaupun tuduhan itu dibuat bukan atas perkara maksiat, tetapi hukumnya juga adalah haram. Ia menjadi haram sebab ucapan yang dikeluarkan itu adalah berniat sengaja untuk menjatuhkan maruah seseorang tanpa sebab yang diharuskan oleh syara`. Contoh yang baik ialah tentang isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang ni. Iaitu isu memorandum yang dihantar oleh PUM, PUK dan ngo-ngo yang lain kepada majlis raja-raja Melayu bilamana ada beberapa orang penulis dalam akhbar arus perdana menghina Rasulullah s.a.w. dan para ulama` dalam penulisan mereka. Antaranya yang pernah ditulis oleh seorang yang menamakan dirinya Akbar Ali dalam The Sun, 21 Feb 2001; beliau mengatakan bahwa, "...mungkin serban mufti-mufti ini terlalu ketat sangat sehingga tidak cukup oksigen masuk ke dalam otak mereka. Sebab itu, mereka tidak berfikiran waras..."...Tu dia tuan-tuan. Punyala nak backup hindi power, sampai dia sanggup menghina para ulama` begitu sekali. Inilah satu contoh ucapan yang sengaja diadakan dengan bertujuan untuk menjatuhkan maruah seseorang. Tak kiralah ucapan itu dituju kepada sapa, samada ulama` atau orang biasa; sekiranya ucapan itu bertujuan untuk menjatuhkan maruah seseorang tanpa keharusan daripada syara`, maka hukumnya ialah orang seperti ini boleh dikenakan hukuman ta`zir. Tetapi yang sedihnya kita di M`sia hari ini tuan-tuan; kalau ada orang dengan terang-terang menghina ulama`, kalau ada orang tanpa segan silu lagi menghina orang yang baik-baik, kalau ada orang tiap-tiap hari menghina orang yang taat kepada ALLAH SWT, kalau ada orang menghina Nabi s.a.w., kalau ada orang menghina Islam; apa yang kita dapati ialah orang tak buat apa-apa pun. Buat derk aje. Inilah yang berlaku dalam masyarakat pada hari ini.

Tetapi kalau ada para ulama` bangkit dengan berani menghentam golongan yang zolim, atau menghentam orang yang menghina Nabi s.a.w., atau menghentam orang yang melakukan ucapan-ucapan yang disifatkan sebagai menghina agama; maka ulama` ini akan dicap oleh puak umno sebagai ulama` yang bercakap kotor. Bila depa cakap saja lagu tu, ini menunjukkan bahwa merekalah sebenarnya melayu mudah lupa. Mereka dah lupa bahwa Presiden depa sendiri pernah keluarkan perkataan "melancap" pada DSAI. Siap tunjuk dalam tv lagi. Dengan disaksikan oleh seluruh rakyat M`sia pulak tu. Ada dak mana-mana mufti bagi komen selepas tu?...Ada dak pejabat agama bagi komen selepas tu?...Ada dak jakim, jakun, ikim, haramjadah semua tu bagi komen selepas tu?...Takdak tuan-tuan. Sedangkan perbuatan serta ucapan "orang tua kutuk" tu jelas untuk menghina DSAI. Okay kalau betoi DSAI melancap, mana buktinya. Sunyi sepi ulama`-ulama` kerajaan ketika itu tuan-tuan. Sebab itu, kita kata bahwa inilah bahana ulama`-ulama` mazhab yang terdahulu tidak mahu menerima jawatan daripada kerajaan. Sebab mereka bimbang akan terikat dengan kepentingan kerajaan, maka mereka tidak boleh lagi bebas untuk menyatakan tentang sesuatu perkara yang benar mengikut pandangan mereka. Jadi, apa yang berlaku sekarang ni sebenarnya kerana ada muslihat-muslihat tertentu, termasuklah daripada golongan ulama` us-su` (ulama`yang jahat), yang ada kepentingan-kepentingan peribadi. Atas kepentingan inilah menyebabkan mereka sanggup bercakap atas nama agama tapi sebenarnya menyimpang daripada ajaran agama. ]

Perkara 45 : Cara-cara melakukan qazaf.

a) Dalam qanun jinayah syar`iyah, cara melakukan qazaf (menuduh seseorang berzina) terdapat 3 cara:

i) Tuduhan yang dibuat secara "Sarih" (terang/nyata), iaitu tuduhan yang menggunakan perkataan-perkataan yang jelas dan tepat yang tidak boleh ditafsirkan kepada maksud yang lain selain daripada zina dan penafian nasab (keturunan). Misalan-misalan: Wahai penzina, atau wahai orang yang berzina, atau bapa engkau berzina, atau ibu mu berzina.

[ Contohnya sepertimana puak-puak zolim tu tuduh dengan jelas bahwa DSAI mempunyai anak zina dengan isteri bekas kakitangannya. Mereka tuduh lagu tu sebab mereka dengar budak tu panggil papa dekat DSAI. Dalam qanun jinayah syar`iyah, bila mereka kata lagu tu, maka wajib ke atas mereka mengemukakan 4 orang saksi. Kalau mereka gagal mengemukakan 4 orang saksi, maka mereka dianggap telah melakukan qazaf dan berdosa besar di sisi ALLAH SWT. Mereka ketika itu wajib dikenakan hukuman had qazaf dengan dirotan sebanyak 80x sebat. ]

ii) Tuduhan yang dibuat secara "Kinayah" (qiyasan), iaitu tuduhan yang menggunakan perkataan yang tidak jelas dan tidak tepat yang boleh membawa erti zina dan selainnya. Misalan-misalan: Wahai pelacur, atau wahai orang yang melakukan perbuatan yang terkutuk dan keji, atau wahai orang yang jahat dan sebagainya.

[ Tuduhan sebegini menjadi tidak jelas sebab kalau kita sebut pelacur saja, dia dah jadi terlalu umum. Sebab ada pelacur yang memang menjual kemaluannya, dan ada juga pelacur yang berkhidmat secara oral seks sahaja (maknanya orang tidak menyetubuhinya) dan ada berbagai-bagai lagi. Jadi kalau kita guna perkataan "pelacur", dia tak berapa specific. Contohnya, kita tengok saja geng pondan. Ada pondan memang kerja dia bagi punggung dia kat orang. Ada pondan yang kerjanya hanyalah oral seks sahaja. Dan ada pondan yang jadi teman sosial sahaja. Dan banyak lagi jenih perangai depa. Jadi kalau kita kata dia pelacur, itu belum lagi satu tuduhan yang boleh menyebabkan kita dikenakan hukuman hudud. Sebab apa?...Sebab pelacur itu terlalu umum pekerjaannya.

Bila bercakap pasai pondan ni tuan-tuan; mai kita tanya pada diri kita sendiri, "Apakah perasaan kita bila bertemu dengan lelaki pondan ni?"...Terus terang kalau saya, memang saya geli. Jadi, tak tahulah saya macamana boleh ada segelintir jantan boleh suka kat jenih jantan lagu ni. Kalau kita tengok perempuan, tiba-tiba kalau ada perasaan suka kat dia; itu kira normal la tuan-tuan. Kita sebagai lelaki yang normal, mesti suka tengok perempuan. Tapi manusia akhir zaman sekarang ni berperangai pelik-pelik belaka. Lelaki sama lelaki pun jadi. Yang perempuan sama perempuan pun ada jugak. Bukan depa tak tau perbuatan mereka itu dikutuk dan dilaknat ALLAH SWT?...Tapi main dengan syahwah yang tidak normal, yang tidak dapat lagi dikuasai oleh akal yang waras, maka mereka sanggup juga lakukan benda terkutuk ni. ]

iii) Tuduhan yang dibuat secara "Ta`ridh" (sindiran), iaitu tuduhan yang menggunakan perkataan yang tidak jelas dan tidak tepat juga, yang boleh memberi pengertian yang lain daripada zina sebagaimana yang dilakukan dalam perkataan Kinayah. Misalan-misalan: Isterimu sudah ku kacau, atau isterimu sudah ku musnahkan, atau rumahtanggamu sudah ku rusakkan dan sebagainya.

[ Sekiranya seseorang itu menyebut secara sindiran kepada kita, lalu kita pun rasa tak puashati. Dan sekiranya kita hendak supaya orang yang menyebut itu dikenakan hukum qazaf, maka kita mesti bagi bukti bahwa dalam kata-katanya itu dia berniat menuduh kita berzina ataupun meliwat. Begitu juga dalam hal kinayah. Tapi kalau disebutnya secara Sarih, maka kita tak perlu tunjukkan niatnya. Dengan perkataan yang dikeluarkannya itu sudah cukup untuk dia dikenakan hukum had qazaf. ]

b) Penuduh-penuduh yang melakukan kesalahan qazaf dengan menggunakan perkataan-perkataan yang sarih tanpa mengemukakan 4 orang saksi lelaki yang adil, wajib dikenakan hukuman had qazaf sebagaimana yang diperuntukkan dalam perkara 39.

[ Inilah yang kita sebut tadi, sekiranya seseorang itu menuduh dengan mengeluarkan perkataan-perkataan yang Sarih tanpa bawa 4 orang saksi, maka wajib dia dikenakan hukuman had qazaf. Kita tak perlu lagi bagi bukti niatnya itu. Dalam istilah undang-undang sekularnya; mensrea kita tak perlu buktikan. Cukup dengan bukti actusreas (elemen fizikal). Apakah elemen fizikalnya dalam kes seperti ini?...Elemen fizikal dalam kes ni ialah ucapannya yang menuduh kita berzina. Jadi, bila kita boleh bagi bukti bahwa ada elemen fizikal (ucapannya yang mengatakan kita berzina atau meliwat), maka itu adalah bukti yang cukup untuk mengatakan bahwa dia telah melakukan kesalahan had qazaf. ]

c) Penuduh-penuduh yang melakukan kesalahan qazaf dengan menggunakan perkataan-perkataan "Kinayah" atau "Ta`ridh" yang disertakan dengan niat qazaf daripada orang yang menuduh, hukumnya sama seperti "qazaf sarih", iaitu wajib dikenakan hukuman had qazaf.

[ Kalau dalam kes kinayah dan ta`ridh, kita mesti bagi bukti yang berbentuk intention (mensrea) bahwa dia ada berniat jahat dengan menuduh kita telah melakukan zina, atau kita sebagai anak hasil dari perzinaan dan sebagainya. Jadi dalam kes sebegini, sekiranya kita boleh bagi bukti bahwa dia ada maksud untuk menuduh kita berzina ataupun meliwat walaupun dia menggunakan perkataan yang "berlapik", maka hendaklah dirotan 80x kepada sipenuduh itu. Tetapi kalau kita gagal membuktikan bahwa dia ada niat mengatakan kita berzina ataupun meliwat, maka sipenuduh itu hendaklah dibebaskan oleh mahkamah. ]

d) Jika penuduh-penuduh itu menggunakan perkataan-perkataan "Kinayah" atau "Ta`ridh" tidak disertakannya dengan niat qazaf, penuduh itu hendaklah dikenakan hukuman ta`zir, tidak boleh dikenakan hukuman had qazaf.

[ Maknanya kalaulah dia seronok-seronok tak pasai-pasai tuduh kita ni jahat ataupun dia tuduh kita ni keji dan sebagainya, maka dia hendaklah dikenakan hukuman ta`zir. Tetapi kalau kita melakukan tuduhan kerana semata-mata untuk menyedarkan kepada orangramai bahwa dia ni memang orang jahat yang mesti dijauhi, maka hukumnya menjadi terbalik pula, iaitu daripada haram menjadi harus. Dalilnya cuba kita perati dalam sirah Nabi s.a.w. ketika mana baginda berkata kepada mayat Abu Jahal, katanya, "Inilah firaun zaman sekarang!"...Jadi, sapa kata Nabi s.a.w. tak kata kat orang. Kata mengata ni memang fitrah manusia. Tapi kalau kita nak kata pun, mesti ikut cara Nabi s.a.w., iaitu dalam suasana yang diharuskan oleh syara`. Maknanya, Abu Jahal ni memang jahat sungguh sehingga Nabi s.a.w. samakan dia dengan firaun. Tapi kita hari ini kalau samakan perbuatan jahat seseorang itu dengan firaun, kita pulak yang kena marah. Kita dimarahi atas alasan bahwa Islam larang benda lagu ni. Jadi, yang mana satu kita nak ikut?...Nak ikut Nabi ka atau nak ikut hangpa yang tak mengaji ni ka?...Sedangkan Nabi s.a.w. mengajar kepada kita bahwa sekiranya orang itu memang seorang yang jahat yang kita mesti berhati-hati dengan dia, maka kita mesti bagitau kepada masyarakat bahwa dia ni orang jahat. Samalah juga kalau dalam masyarakat kita ni ada orang munafik, maka kita kena bagitau kepada orangramai bahwa dia ni munafik. Begitu juga sekiranya dalam masyarakat kita ada orang yang berpura-pura nak kepada Islam tetapi sebenarnya dia tak ndak kepada Islam, kita kena juga bagitau kepada masyarakat bahwa dia ni sebenarnya hanya berpura-pura dengan Islam.

Bila ust Jailani sebut tentang benda-benda di atas, tiba-tiba macamana tak tau dia teringat dengan isu Memali pulak. Ust kata dia sebagai peguam, memang banyak dia berkawan dan selalu berhubung dengan geng-geng PDRM ni, sehingga wujud kemesraan diantara beliau dengan mereka. Jadi bila isu Memali ini disiarkan balik oleh rtm, kata ust bahwa feedback yang didapatinya, majoriti anggota-anggota polis ini sebenarnya mereka pun tak suka bila disiarkan balik cerita Memali ni. Sebab mereka telah mendengar sendiri daripada mulut kawan-kawan mereka yang terbabit secara langsung dalam peristiwa berdarah tersebut. Macamana mereka dikhabarkan oleh seorang Inspektor yang terbabit dalam peritiwa itu; macamana dia sendiri menangis ketika mendukung seorang budak yang cedera ditembak, apabila mendengar dalam rumah yang diserang itu laungan "ALLAHU AKBAR!". Kata Inspertor itu, sebenarnya pertempuran itu adalah antara orang Islam dengan orang Islam. Bila kedengaran laungan ALLAHU AKBAR bertalu-talu, menyebabkan beberapa anggota polis tak sanggup untuk menghadapi keadaan itu sehingga mengalir airmata mereka. Sebenarnya semua ini angkara sapa tuan-tuan?...Sapa lagi kalau bukan ahli-ahli politik yang zolim. Akibat daripada "tangan-tangan" jahat ahli-ahli politik inilah membuatkan pihak polis jadi mangsa cemuhan masyarakat.

Kalau betul-betul kerajaan nak tunjuk tentang kejahatan rakyat dalam negara sehingga menimbulkan huru hara; pasai apa depa tak tunjuk saja tayangan video peristiwa 13 Mei?...Inilah antara peristiwa berdarah yang paling besar pernah berlaku dalam sejarah negara kita. Pasai apa depa tak tunjuk video macamana jentolak tengah dok tolak berpuluh-puluh mayat begitu saja?...Pasai apa tak tunjuk video macamana orang cina dok hambat nak tetak orang melayu?...Pasai apa tak tunjuk macamana orang melayu kepung orang cina dalam reban babi dan macamana dia dibakar bersama-sama dengan babi-babinya sekali?...Pasai apa tak tunjuk?...Sepatutnya depa mau tunjuk semua sekali biar semua orang insaf. Depa takut nak tunjuk sebab ditakuti kalau disiarkan video seumpama itu, ini boleh menimbulkan balik semangat 13 Mei. Depa takut kalau orang melayu tengok video macamana orang cina bunuh melayu, akan datang perasaannya nak balas dendam bunuh cina balik. Depa takut bila orang cina tengok video macamana orang melayu pi bunuh orang cina, maka datang perasaan nak tuntut bela balik apa yang berlaku pada tahun 69. Inilah sebabnya tidak ditunjuk video 13 Mei tu. Sebab takut membangkitkan semangat perkauman dikalangan rakyat M`sia. Samalah jugak bila peristiwa Memali disiarkan. Bila ditunjuk slot budak-budak dan orang perempuan angkat parang dan sebagainya; maka masyarakat hari ini semakin nak tahu, apa sebenarnya yang berlaku?...Jadi, bila mereka pi siasat sendiri; antara maklumat yang mereka perolehi ialah mereka dapat tahu bagaimana penduduk Memali diperlaku sebegitu kejam oleh pemerintah ketika itu. Oleh itu, perasaan benci pada pemerintah dengan sendirinya akan datang. Maka sekaligus ia membabitkan pasukan PDRM. Sebab itu kita kata polis hanya jadi mangsa, sebab sebenarnya yang jahat bukannya pasukan polis; tapi yang jahatnya ialah pemimpin-pemimpin politik yang zolim. Depa inilah yang memperalatkan pasukan polis. Dan yang paling licik sekali ialah satu orang pemimpin yang sentiasa tidak ada dalam negara kalau dia tahu nak berlakunya satu peristiwa besar dalam negara. Tuan-tuan sendiri pun tahu siapa dia?...Dia nilah yang paling licik sekali. Kalau berlaku saja satu peristiwa besaq dalam negara, dia mesti takdak. Licik tak liciknya dia ni; ingat tak lagi tuan-tuan bila pemberita tanya kat dia tentang surat-surat yang mengfitnah DSAI; seperti surat yang kata DSAI ada anak zina, DSAI ni suka meliwat, DSAI ni ada affair dengan bini orang; ingat tak?...Bila pemberita ajukan kepada dia; dia pun kata itu semua nonsense. Dia kata, "Takdak bukti sebab kita dah confess bahwa itu adalah fitnah."...Tapi sebenarnya, dialah diantara kepala yang menjalankan rancangan untuk menjatuhkan DSAI. Ini dia perangai orang yang digelar "Maha Firaun" tu tuan-tuan.

Kalau tuan-tuan buka kitab tafsir al`Azim tulisan Ibn Kathir, kita akan jumpa dengan dua sifat nifaq (munafik). Yang pertamanya, ia dipanggil sebagai nifaq iqtikadi. Jenih ni, dia menjadi munafik sebab dari segi kepercayaannya. Ibn Kathir kata bahwa munafik seperti ini adalah tergolong dalam golongan yang kuffur kepada ALLAH SWT. Orang macam ni kalau dia mati, maka dia mati dalam keadaan kafir dan akan duduk dalam neraka buat selama-lamanya...nauzubillahi min zalik. Dari segi penampilannya, puak ni memang susah untuk kita clarify. Sebab dia pun pakai serban macam kita, dia pun pakai jubah macam kita, sembahyang pun macam kita, pi haji pun macam kita, kulit sawong matangnya pun macam kita juga; tapi kepercayaan dalam dirinya, sebenarnya dia tak suka kepada ajaran Islam, samada kesemua ajaran Islam ataupun salah satu daripada ajaran Islam. Inilah dia munafik iqtikadi.

Manakala yang keduanya pula ialah nifaq amali. Kalau tuan-tuan nak kenal siapa tu munafik amali ni, dia ialah orang yang berpura-pura dari segi amalan. Depan orang, dialah paling baik. Tapi belakang orang, dialah bapak segala syaitan. Jenih ni pun rajin mai masjid juga. Rajin segala-galanya. Tapi kalau terlepas pi Phuket, dialah paling champion kepit betina kiri kanan. Orang macam ni, kita kena berhati-hati tuan-tuan sebab dialah munafik amali. Kata Ibn Kathir bahwa munafik amali adalah antara dosa-dosa besar dalam agama Islam. Perangai munafik amali ialah depan orang dia berlagak baik, depan orang dia nak kat masjid; tapi belakang orang, dialah yang dok kepit pompuan lacur, dialah yang dok pi dangdut, dialah yang kuat minum arak. Inilah dia munafik amali. Dia memang Islam, tapi dia berdosa besar kepada ALLAH SWT.

Okay sekarang kita dah tau kedua-dua sifat munafik tu. Sekarang cuba kita tengok penjelasan di atas, kemudian kita compare dengan masyarakat kita pada hari ini; apa jawapan yang kita dapat?...Jawapannya ialah memang ramai orang pada hari ini telah pun menjadi munafik. Samada munafik iqtiqadi maupun munafik amali. Samada munafiknya itu membawa berdosa besar kepada ALLAH TA`ALA ataupun munafiknya itu membawa dia kuffur kepada ALLAH SWT. Contohnya, cuba kita singkap kembali apa kata salah seorang yang berkuasa dalam Jabatan agama dalam negara kita, bercakap mengenai isu Negara Islam. Bila kita kata negara Islam apa kalau takdak undang-undang Islam; lalu dia pun berhujjah mengatakan negara kita sudah menjadi negara Islam dengan dibandingkannya seumpama orang Islam yang tinggalkan sembahyang. Dia kata, "Adakah orang Islam yang tinggal sembahyang itu, masih Islam ataupun tidak?...Dia masih Islam bukan, walaupun dia tinggalkan sembahyang."...Nampak tak tuan-tuan, macamana dia qiaskan orang yang tinggai sembahyang, masih lagi Islam; dengan negara yang tak pakai undang-undang Islam, masih lagi boleh dipanggil negara Islam. Nampak tak tuan-tuan; macamana kita tak panggil jenis ni munafik?...Berbelit-belit hujjah dia. Sedangkan para ulama` yang muktabar dah sepakat memberi takrif bahwa sebuah negara Islam itu adalah negara yang menegakkan hukum Islam. Tiba-tiba mai ulama` umno bagi tarifnya secara kias. Apa punya takdak class ulama` lagu ni. Kadang-kadang kalau kita ikut kerenah ulama`-ulama` umno ni, kita pun jadi pelik. Awat tak peliknye?...Sat dia kata, "Kita memang nak buat dah undang-undang Islam ni, cuma pakarnya takdak."...Sat dia kata, "Ooo! kita tak boleh buat hukum Islam sebab kita bermasyarakat majmuk."...Yang terbaru seperti yang dia kata tadi, "Walaupun kita tak buat hukum Islam, tapi kita masih lagi negara Islam."...Yang mana satu betoi ni?...Sampai kita pun naik pening. Sebab itu, kita nak bagitau tentang dua sifat nifaq tadi. Kalau kita bercakap seolah-olah kita nak kepada Islam, tapi dalam diri kita sebenarnya tak suka kepada Islam, maka itu adalah nifaq iqtikadi. Dan kita nak ulang bahwa nifaq iqtikadi ni adalah seorang yang kuffur kepada ALLAH SWT walaupun sebesar mana pun serban atas kepala dia...nauzubillah. Ataupun dari segi amalan kita; sat nampak nak kepada Islam, sat nampak tak suka pulak kat Islam. Dari segi amalan saja, orang sebegini mesti ingat bahwa dia tak boleh lari daripada berdosa besar kepada ALLAH SWT.

Sebab itu, kita kenalah menjadi orang yang jujur dalam beragama. Biarlah orang tahu bahwa kita ni orang yang baik dan berpegang teguh pada agama, supaya ALLAH terima kita sebagai hambaNya yang soleh. Minta jangan di terimaNya kita sebagai orang yang munafik. Munafik iqtikadi, kita tak mau. Munafik amali pun kita tak mau. ]

....bersambung....



Do You Yahoo!?
Yahoo! Movies - coverage of the 74th Academy Awards�

Kirim email ke