*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Senai, Johor. Ahad, 24 Mac 2002 - 14 orang telah
ditahan reman selama 3 hari malam tadi kerana
dikatakan mengadakan ceramah politik di Kawasan Senai.
 Antara mereka yang ditahan ialah Ketua DPPNJ (Dewan
Pemuda PAS Negeri Johor), Ketua Penerangan DPPNJ,
Ketua DPP Kawasan Senai dan YDP Kawasan Senai.  Mereka
juga dibimbangi akan ditahan dibawah Akta Keselamatan
Dalam Negeri (ISA).

DPPNJ dengan ini menyeru seluruh umat Islam untuk
mengadakan Solat hajat secara beramai-ramai atau
individu di mana-mana mereka berada bagi mendoakan
keselamatan mereka yang ditahan agar terlepas dari
hukuman yang zalim itu.

Sekretariat DPPNJ.

* Maklumat lanjut sila hubungi :

07-4333269 (Pejabat Pentadbiran DPPNJ) atau 
013-7490910 (S/U DPPNJ).



Kronologi peristiwa pencerobohan Polis ke dalam PASTI
Taman Senai Utama Kerana Ceramah Peristiwa Memali
Bersama Sdr. Yusof Hussin, Pembantu Assyahid Ibrahim
Libya.. Sumber dari sahabat kita di UTM

Tarikh : 23 Mac 2002

Seluruh jalan masuk utama ke Taman Senai Utama telah
diadakan sekatan jalan raya oleh pasukan anggota POLIS
sejak dari pukul 7.00 petang. Sekumpulan anggota polis
lengkap berpakaaian seragam lebih kurang 300 orang
mengepung kawasan PASTI sejak pukul 9.00 malam bersama
dengan sebuah water cannon, 3 buah trak, 2 buah jip, 4
buah peronda, 2 buah van dan 3 buah motor trafik 

Kira-kira Jam 9.30 malam pengerusi dan petugas meminta
semua hadirin memenuhi kawasan PASTI untuk memulakan
Majlis. Setelah semua hadirin memasuki kawasan PASTI,
petugas mengunci pintu pagar dengan menggunakan rantai
dan mangga. 

Kira-kira jam 10.15 malam, Pengerusi memulakan majlis
dengan bacaan Al-Fatihah diikuti dengan selawat serta
kutipan derma jihad. Pihak POLIS memberi amaran sebaik
sahaja majlis dimulakan. Setelah 5 minit pengerusi
berucap pihak POLIS yang di ketuai oleh Timbalan Ketua
Polis Negeri Johor, Encik Abu Bakar Said mula cuba
merempuh masuk ke kawasan PASTI.. Sdr. Aminuddin Ayob
cuba untuk membuat perundingan dengan pihak POLIS
tetapi gagal dan beliau telah ditahan.

Sebaik sahaja selawat untuk kutipan derma selesai
dialunkan POLIS telah mengunting dan memutuskan rantai
pintu pagar kawasan PASTI seterusnya menceroboh masuk
dengan kasar dan bidap.

Para petugas mengarahkan semua hadirin yang berada di
dalam pagar untuk memasuki bangunan PASTI seterusnya
mengunci jeriji pintu. Pihak penganjur telah menukar
format program kepada bentuk program dalaman iaitu
solat hajat, bacaan Yassin dan tahlil. Semasa
bertahlil, pihak POLIS mula bertindak kasar dengan
cuba merempuh masuk ke bangunan PASTI dan para petugas
cuba menghalang dengan membuat benteng di hadapan
pintu jeriji. Pihak POLIS akhirnya berjaya membuka
jeriji tersebut seterusnya masuk ke dalam bangunan
PASTI dan menangkap saudara Mazlan Aliman (Ketua DPP
Negeri Johor), Saudara Emran Kamin (Ketua DPP Kawasan
Senai) dan Sdr. Yusof Hussin yang berada bersama
hadirin di dalam bangunan PASTI.

Selepas itu, mikrofon, sistem pembesar suara dan
pentas telah dirampas oleh pihak POLIS yang masuk ke
dalam bangunan PASTI. Pihak POLIS seterusnya meminta
semua hadirin yang berada di dalam bangunan, keluar
untuk ditahan. Para hadirin enggan dan mengambil
keputusan untuk terus membaca Yasin, berzikir dan
bertahlil di dalam bangunan PASTI. 

Tidak lama kemudian, sewaktu para hadirin sedang
berzikir, pihak POLIS bertopi merah masuk tanpa
membuka kasut ke dalam bangunan PASTI seterusnya
menangkap seorang demi seorang pendengar yang hadir.
Kesemua pendengar lelaki termasuk dua kanak-kanak di
bawa ke Balai POLIS Senai dengan menggunakan 3 buah
trak. Semasa tangkapan dibuat terdapat seorang ahli
Keadilan berusia 67 tahun telah dibelasah oleh pihak
polis kerana kononnya beliau telah bertindak balas
semasa ditangkap. Beliau mengalami luka di bahagian
kaki.

Setelah sampai di Balai POLIS Senai, 70 orang yang
ditahan di tempatkan oleh pihak polis di gelanggang
simen yang terbuka termasuk warga tua dan kanak-kanak
bagi menunggu semua kenyataan bertulis di ambil.
Mereka terpaksa berembun selama 6 jam di kawasan
tersebut.

Kira-kira jam 5.00 pagi, 13 orang ditahan lokap di
mana 7 orang daripadaranya ditempatkan di Balai Polis
Kulai dan 6 orang lagi di Balai Polis Skudai termasuk
Saudara Yusof Hussin, pembantu Assyahid Ust. Ibrahim
Libya yang agak uzur turut sama ditahan. Sementara 72
yang lain dilepaskan dengan jaminan mulut oleh 4 orang
penjamin. 72 orang yang ditahan ini dimestikan hadir
ke Mahkamah Majistret Kulai pada 9hb. April 2002.

Tarikh : 24 Mac 2002

Kira-kira jam 9.00 pagi, kesemua mereka yang ditahan
di Balai Polis Kulai dan Skudai telah di bawa ke Balai
POLIS Central Johor Bahru bagi mendapatkan perintah
tahanan reman. Pihak POLIS telah berjaya mendapatkan
perintah tahanan Reman untuk tempoh tiga hari (72
jam). Setakat ini, kesemua mereka yang ditahan
ditempatkan di lokap Balai Polis Skudai. Semua saudara
mara mereka telah dimaklumkan berkenaan tahan reman
ini.

Senarai mereka yang dikenakan Tahanan Reman oleh
POLIS.

 Bil     Nama

No Kad Pengenalan

 1       Abdul Mutalib Bin Abdullah

650425-01-5269

 2       Aminuddin Bin Ayiub

710629-01-6429

 3       Azhan Bin Mohd Yusuf

730207-01-6443

 4       Emran Bin Kammin

701203-01-5032

 5       Hj Hussin Bin Hassan

A 0745511

 6       Masnun Bin Duni

720115-01-5997

 7       Mazlan Bin Aliman

660717-01-6909

 8       Muhammad Najib Bin Abd Aziz

701201-01-6167

 9       Muhammad Yusof bin Hussin

540513-02-5367

 10      Pardi Bin Majid

351222-01-5035

 11      Roslizan Bin Satiman

690328-01-5937

 12      Shahrulbahrin Bin Mohd

720827-01-6605

 13      Zailani Bin Omar

620720-01-5911

Pegawai Polis yang bertugas pada malam itu adalah :

Chief Ins. Razak Mehad (Kulai) dan Tuan
Ghaffar(Skudai)


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Movies - coverage of the 74th Academy Awards�
http://movies.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Kuniq Bendang Perdang <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke