*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Berikut adalah catatan terperinci mengenai perkembangan di Kampung Memali,
Mukim Siong, Baling yang berkesudahan dengan terkorbannya 13 nyawa bersama
Al Syahid Ibrahim Mahmud. Catatan yang dipaparkan di sini merupakan rakaman
komputer daripada Signals Division pasukan PDRM yang mengikuti perjalanan
tragedi Baling itu untuk maklumat perdana menteri. Di sini dicatitkan juga
fakta mereka yang tercedera dan mereka yang berjaya melepaskan diri daripada
kepungan pihak polis.
RAHSIA
001: Pada jam 1935 Hrs. (18/11/85) berpusat di Kem Pasukan Polis Hutan
Sungai Petani, Kedah; 3600 anggota polis daripada pelbagai bahagian termasuk
FRU (Penang), Pasukan Senoi Prak, Anggota Polis beruniform, Commando 69,
sudah bersiap siaga untuk menerima arahan. Kunpulan ini diletakkan di bawah
arahan seorang pegawai tinggi Ibu pejabat di Bukit Aman dan dibantu oleh
beberapa pegawai daripada Bukit Aman Kedah, Perlis, dan Penang.
002: Tepat Jam 1945 (18/11/85) pegawai tinggi yang memerintah daripada Bukit
Aman telah mengeluarkan arahan bahawa kumpulan yang bersiap-siaga itu akan
menyerang hendap satu kem komunis dalam daerah Baling yang berdekatan dengan
sempadan Thailand.
003: Pada Jam 2005 (18/11/85) berlaku satu keributan di bilik operasi Sungai
Petani di antara Pegawai Berkuasa pasukan Polis Hutan Sungai Petani dengan
Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman. Kekalutan ini berasaskan arahan palsu
yang telah dikeluarkan. Arahan menyerang dan membunuh penghuni 'kem komunis'
itu seberanya disasarkan ke arah Ibrahim Mahmood, pengikutnya dan sesiapa
juga yang hadir di Madrasah yang dibina oleh orang kampung di situ. Pegawai
yang mengetuai pasukan Polis Hutan itu telah memberi penerangan kepada
Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman betapa Ibrahim Mahmud dianggap oleh para
pegawai pasukannya sebagai seorang ulama yang berwibawa. Malahan ramai di
kalangan mereka adalah penuntutnya. Dilema yang tercetus ini mencetuskan
satu suasana yang hening dan sunyi-sepi.
004: Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman telah mencuba menghubungi Penolong
Pesuruhjaya Polis di Bukit Aman, tetapi gagal. Kemudian dia berjaya
menghubungi Musa Hitam yang ketika itu menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam
Negeri. Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Hutan Sungai Petani telah diberikan
laluan untuk bercakap dengan Musa Hitam. Beliau telah merayu kepada Musa
Hitam dan membuat penjelasan betapa Ibrahim Mahmud adalah seorang ulamak
yang disegani dan telah banyak berjasa dalam usaha menaikan taraf hidup
masyarakat Memali. Malahan, Ibrahim Memali sudah terkenal dan dihormati oleh
para sahabat dan lawan. Tetapi, akhirnya diketahui juga Musa Hitam telah
memberikan arahan agar serangan itu diteruskan.
Nota Khas: Kebanyakan anggota polis yang terbabit dalam operasi ini adalah
mereka yang bukan beragama Islam. Operasi Khas ini telah diberi-nama
"Operasi Hapus" oleh Musa Hitam.
005: Jam 2045 (18/11/85) sebuah majlis keraian telah diadakan di sebuah
padang terbuka di Kem Polis Hutan di Sungai Petani. Di sana minuman bir dan
minunam keras (arak) telah disediakan kepada semua unit. Namun, ada juga
segelintir anggota Pasukan Polis Hutan itu yang tidak minum.
006: Jam 2147 (18/11/85) pegawai pemerintah operasi telah menerima mesej
melalui wireless. Mesej yang dierima mengatakan betapa 10 orang komando
polis hutan telah berjaya masuk kawasan Memali dan telah pulang dengan
laporan penuh. Laporan itu adalah mengenai pergerakan masyarakat yang
menghuni Madrasah tajaan Ibrahim Mahmud, yang sudah pun disahkan sebagai
sasaran serangan polis itu.
007: Jam 21.47(18/11/85) semua unit telah bergerak di bawah pimpinan lapan
pegawai muda. Mereka bergerak memasuki Baling dengan menggunakan dua kereta
perisai. Pegawai pemerintah Unit Sungai Petani tidak menunjukkan minatnya
ketika itu. Di waktu yang sama, Ibrahim Mahmud sedang memberikan kuliah
kepada 50 orang penuntut yang hadir. Kuliah itu berlanjutan sehingga jam
23.45. Setelah selesai ada juga penuntutnya yang pulang ke rumah mereka
sedangkan yang lainnya tidur bermalam di Madrasah itu.
008: Pada Jam 24.00 (18/11/85) Pegawai pemerintah daripada Bukit Aman telah
menerima arahan terakhir mengenai 'Operasi Hapus' itu. Ketika itu berlaku
sedikit kekesalan di kalangan pasukan daripada Sungai Petani. Mereka mahukan
operasi itu dilakukan dengan mengadakan sekatan dan kepungan untuk mendesak
Ibrahim Mahmud menyerah diri. Ketika itu ditaksirkan, tindakan mengepung itu
mungkin membawa kesan hanya selepas tiga bulan. Cadangan unit Sungai Petani
itu telah disanggah oleh Pegawai pemerintah daripada Bukit Aman. Beliau
telah disokong oleh pegawai lain yang datang daripada Bukit Aman, dan juga
OCPD Baling. Mereka berpendapat bahawa strategi yang melecehkan itu mungkin
membabitkan pergeseran di antara pihak polis dengan anggota tentera yang
berkhemah di sempadan Malaysia/Thai di Sik dan Baling. Kecurigaan mereka ini
muncul kerana 90% anggota tentera yang disebutkan itu memang menyokong
pergerakan Islam dan juga Ibrahim Mahmud.
Keadaan kelam kabut muncul lagi. Sekali lagi Musa Hitam di hubungi. Pada
kali itu, pegawai yang berkuasa diberitahu bahawa Musa Hitam tidak dapat di
hubungi kerana beliau telah pergi ke sebuah hotel di Kuala Lumpur. Di waktu
yang sama Timbalan Menteri hal Ehwal Dalam Negeri, Radzi Ahmad sedang
mengikuti perkembangan dengan berada di Ibupejabat Polis Penang. Beliau
sedang mengikuti perkembangan 'Operasi Hapus' itu. Tidak berapa lama
kemudiannya Musa hitam telah menghubungi pihak polis dengan suara yagn
seolah marah dan rasa terganggu. Musa tidak banyak bercakap cuma
mengeluarkan perintah untuk melakukan operasi penghapusan walaupun ia
bermakna secara menyeluruhi Negeri Kedah.
Catatan di Kampung Memali: Seorang pemandu motorsikal dilihat berhenti di
hadapan pintu-gerbang rumah yang dihuni oleh Ibrahim Mahmud. Seorang muda
dilihat berlari ke arah pintu rumah itu meminta kebenaran untuk masuk. Dia
telah memberitahu penghuni rumah itu betapa dia ternampak satu kumpulan
polis yang ramai di Baling setibanya di pekan itu. Ibrahim Mahmud telah
dikejutkan dari tidurnya. Begitu juga halnya dengan 39 orang lain yang telah
berjaga malam di Madrasah itu sebelumnya. Mereka dikerah bersiap sedia untuk
mempertahankan diri. Mereka mula mengumpulkan segala alat yang ada di rumah
kampung seperti kapak, pisau, buluh runcing dan sebagainya. Yang lebih
berani telah membuat bom molotov pula. Dengan lain perkataan, setiap insan
di situ ada alat senjata yang boleh dipergunakannya.
Dalam kumpulan yang bertahan itu ada empat kanak-kanak dan lima kaum wanita.
Ibrahim telah mengajak para pengikutnya untuk berwuduk daripada sebuah
telaga yang berhampiran. Mereka telah melaksanakan solat sunat dan juga
solat hajat. Mereka membaca Surah Ya#sin dan berzikir. Ibrfaham Mahmud
kemudiannya memberi ucapan betapa beliau lebih rela bersyahadah daripada
menyerahkan dirinya untuk dijadikan alat merka yang mahu menaikkan semangat
nasionalisme. Ibrahim telah meminta sesiapa yang curiga dengan hasratnya itu
meninggalakan kumpulan mereka. Tidak ada sesiapa yagn mahu berganjak
daripada tempat duduknya. Laungan Allahuakbar mula bergema, bertalu-talu dan
memecah keheningan Kampung Memali. Yang hadir lebih memilih jalan 'syahid'
daripada terus hidup mengabdikan diri ke jalan yang hina. Di waktu yang sama
di Stesen Polis Daerah baling, segala persiapan untuk menyerang kampung
Memali semakin dipercepatkan. Semua itu dilakukan oleh kebanyakan anggota
polis yang telah mabuk ataupun tidak keruan fikirannya.
009: Jam 0100 (19/11/85) 3,600 (Tiga Ribu Enam Ratus) anggota polis bersama
pegawainya telah tiba di Kampung Memali. Mereka lengkap bersenjata automatik
dan tiba dengan kereta perisai. Mereka mula mengepung kampung itu. Ketika
itu Musa Hitam tentu sekali masih lagi berada di hotel kerana dia tidak
dapat dihubungi. Semua urusan komunikasi dilakukan pula dengan timbalannya
yang bertahan di Ibupejabat Polis di Penang. Kebanyakan anggota polis yang
tiba di Kampung Memali itu masih lagi beranggapan merka akan menyerang
sebuah kem komunis. Itulah maklumat yang diberitahu kepada mereka oleh
Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman. Di waktu yang sama kumpulan daripada
Sungai petani hanya kecil sahaja dan masih samar akan tugas mereka.
010: Jam 0300 (19/11/85) Kampong Memali telah dikepung seluruhnya oleh pihak
polis. Polis yang beruniform ditugaskan membuat sekatan jalan raya. Pasukan
Polis Hutan telah diarahkan ke bahagian Selatan. Pasukan FRU (Polis Gerak
Khas: kaki-pukul) diarahkan ke bahagian utara. Pasukan Komando 69 (Polis
Hutan) telah dikerahkan di bahagian belakang rumah Ibrahim Mahmud yang juga
merupakan sekolah agamanya.
011: Jam 0336 (19/11/85) Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman yang memerintah
Operasi Hapus itu telah bercakap menggunakan pembesar suara. Dia mahukan
Ibrahim Mahmud menyerah diri. Ibrahim Mahmud berbincang dengan penghuni
rumahnya itu. Mereka membuat pendirian untuk tidak menyerah diri walaupun
pasukan yang datang itu berpakaian seragam melambangkan wakil negara. Mereka
bertakbir dan laungan Allahuakbar mula berkumandang semula.
012: Jam 0400 pagi (19/11/85) satu kumpulan manusia yang berjumlah 30 orang
termasuk wanita dan kanak-kanak tiba-tiba muncul daripada bahagian utara .
Mereka berlari di tengah-tengah benteng pasukan Polis Hutan dan juga Komando
69 dan membawa senjata tajam yang sering mereka gunakan ketiak bertanam
padi. Mereka cuba memasuki rumah Ibrahim Mahmud untuk memberikan sokongan.
Anggota pasukan Komando 69, yang masih lagi mabuk dan kurang berdisiplin itu
telah menembak ke arah penduduk kampung yang sedang berlari itu. Tetapi,
mereka tersalah sasar, maklumlah kerana masih mabuk lagi. Namun tindakan
mereka itu membuatkan orang kampung berpatah balik kerana ketakutan.
Tindakan melulu Pasukan komando itu telah mengena seorang pegawai kanan
Pasukan Polis Hutan. Seorang pegawai rendah dan juga seorang konstabel pun
turut terkorban. Tembakan ke arah orang kampung yang tidak berdosa oleh satu
pasukan yang khayal telah tersesat kepada badan pasukan kawan sendiri.
Satu perundingan telah diatur untuk menenangkan keadaan. Operasi mengepung
masih lagi berkuatkuasa. Tetapi, beberapa pegawai daripada Alor Star telah
meminta agar pengepungan itu dibatalkan sahaja. Mereka telah mengambil
iktibar daripada kematian tiga orang sendiri disebabkan tindakan yang
songsang. Permintaan mereka telah ditolak oleh pegawai pemerintah.
BABAK DUA
013: Jam 0521 (19/11/85) Azan subuh berkumandang di rumah Ibrahim Mahmud.
Suara yang sungguh sayu itu menjentik sentimen anggota polis daripada Alor
Star. Mereka semakin mencurigai matlamat operasi polis itu. Ibrahim Mahmud
mengimamkan solat pagi itu dan suaranya semakin jelas ketika itu. Di waktu
itu Pegawai pemerintah Operasi telah mengeluarkan arahan agar pasukannya
mula menyerang. Beliau telah ditentang oleh pegawai yang beragama Islam.
014; Jam 0559 (19/11/85) Solat Subuh pun selesai dan pengepungan diketatkan
lagi. Tiba tiba, satu kumpulan orang kampung muncul untuk memasuki
perkarangan rumah Ibrahim Mahmud. Mereka terpaksa menentang pasukan Polis
Hutan. Mereka menyerbu ke rumah Ibrahim bersenjatakan senjata kampung dan
sambil menggenggam tangan merka melaungkan Allahuakbar. Melihatkan perbuatan
orang kampung itu pegawai pasukan Polis Hutan mengarahkan pasukannya untuk
berundur dan tidak menentang mereka. Mereka hanya diarahkan bertahan sambil
bersiap sedia sahaja. Masa terus berlalu, operasi untuk menghapuskan Ibrahim
Mahmud itu semakin menyerlahkan kejijikannya. Keadaan hari yang semakin
siang telah menyerlahkan betapa operasi itu bertujuan melindungi rahsia
kejijikan perancangannya. Kini, unsur kerahsiaan itu telah terdedah sama
sekali.
Nota Khas: Sebelum operasi itu dilancarkan ramai pemimpin beragama Islam
telah ditangkap. Kita boleh menyoal diri kita apakah keheningan malam telah
mampu menggelapkan kejijikan operasi semacam itu ?
015: Jam 08.15 (19/11/85) setelah mendapat kelulusan timbalan menteri hal
ehwal dalam negeri pegawai pemerintah operasi telah memberi arahan agar dua
kereta perisai mula menyerang rumah Ibrahim Mahmud. Mereka telah dihalang
oleh bajingan bom molotov.
Ini membuatkan pasukan polis itu berundur sambil terus memuntahkan peluru
senjata automatik ke arah rumah yang dikepung itu. Di waktu yang sama empat
orang wanita dan tiga orang kanak-kanak berlari keluar rumah itu. Mereke
diarahkan oleh Ibrahim agar melarikan diri. Mereka telah dikepung dan
ditangkap oleh pihak polis dan dihumbankan ke dalam trak polis yang diawasi
oleh anjing penjaga. Ketika itu juga serangan diteruskan. Tembakan pihak
polis disambut dengan laungan Allahuakbar sahaja secara berterusan.
016: Jam 11.05 (19/11/86) Komando 69 diarahkan menyerang rumah Ibrahim.
017: Jam 1136 (19/11/85) pasukan Komando 69 telah menyerbu masuk dengan
senjata yang dipetik. Berlaku beberapa pergelutan di mana Ibrahim dan
orang-orang yang masih bertenaga terus melawan. Ada juga ahli rumah yang
keluar untuk berlawan dengan anggota polis di kawasan halaman. Polis terus
menembak mereka walaupun mereka sudah tidak bersenjata lagi. Hanya
Allahuakbar yakin mampu mereka ucapkan sehinggalah nyawa hilang dalam
perjuangan itu. Ramai yang mati sedangkan ada juga bilangannya yang cedera
teruk sahaja. Beberapa orang anggota komando telah menyerang Ibrahiml Beliau
telah melawat merka dan mampu membunuh salah seorang yang menyerangnya.
Tetapi beliau terkorban akhirnya setelah dada sebelah kanannya dituju
berpuluh kali. Ibrahim gugur dengan genggaman tangannya berkepal ke atas
sedangkan mulutnya masih lagi melaungkan Allahuakbar. Seorang pegawai polis
berlari meluru ke arahnya untuk mengepung kepala Ibrahim ke ribanya. Ibrahim
kedengaran bersuara: "Alhamdullilah, kerana mengorbankan kami ke jalan mati
syahid."
018: Jam 1213. Serangan pihak polis ditamatkan. Mereka yang telah ditangkap
telah disungkup dengan karung guni. Beberapa anggota Komando 69 telah
dilihat menendang badan yang terbujur itu untuk menentukan mereka sudah
mati. Ada pula yang terus menembak mereka lagi sambil berkata; "Pergi
jahanam dengan Islam".
019: Jam 1305 (19/11/85) Pegawai pemerintah operasi telah membuat laporan
kepada Ibupejabat Polis Penang dan juga kepada Musa Hitam di Kuala Lumpur.
Musa Hitam mengarahkan agar semua orang kampung ditangkap untuk menahan agar
rahsia operasi itu tidak terdedah.
020: Jam 1500 (19/11/85) kerja-kerja menangkap saki baki orang kampung
dilakukan. Mereka diterbangkan dengan dua helikopter polis. Mereka yang
cedera dan mati dihantar ke hospital di Sungai Petani dan Alor Star. 4 mati
syahid di Sungai Petani dan 10 yang sudah mati dibawa ke Alor Star,
termasuklah Ibrahim Mahmud.
021: Jam 1510 (19/11/85) Sektiar 30 anggota tentera lengkap dengan senjata
automatik tiba di hadapan rumah Al syahid Ibrahim. Berlakulah pertelagahan
di antara pegawai petugas di kalangan pasukan polis yang mengwasi tempat itu
dengan ketua anggota tentera yang tiba di situ. Anggota polis yang ramai itu
diberikan arahan untuk bersiap sedia dengan senjata mereka. Menyedari betapa
bilangan mereka kecil dibandingkan dengan anggota polis yang bertugas di
situ pihak tentera pun meredakan keadaan. Ketuanya pernah berkata: Hari ini
hari kau.....Kau boleh lakukan apa yang kalian mahu. Tetapi ingat, akan
timbul satu hari nanti, kami akan menentang kamu dengan kekuatan yang
setara. "
BABAK KETIGA
Setiap insan yang waras di kalangan marhaen di negara ini tentu dapat
membuat penilaian akan lapuran mengenai Al syahid Ibrahim Mahmud. Beliau
bukannya seorang penjenayah seperti yang digambarkan oleh Musa Hitam. Namun,
akhbar New Straits Times bertarikh 21/11/85 menerbitkan satu tajuk yang
bertulis: Empat anggota polis dan 14 penjenayah mati dalam pertempuran. Di
akhbar yang sama Musa Hitam telah menuduh Ibrahim Mahmud bersama 13 rakannya
sebagai penjenayah dan penganut ajaran sesat. Beliau telah menyanggah
kenyataan yang dikeluarkan oleh majlis Agama Islam Kedah yang berkata:
"Ustaz Ibrahim hanya memberikan ceramah agama. Lagipun dalam satu
pertemuannya dengan pihak akhbar Musa Hitam telah mengulangkan cerita
bagaimana dia telah diseranah dua kali oleh persidangan UMNO kerana tidak
bertindak tegas terhadap aktiviti keagamaan seperti yang dilakukan oleh
Ibrahim Mahmud itu. Kalau kita pertimbangkan segala fakta yang terserlah,
termasuk keputusan pemilu di mana BN hanya mampu menang tipis, kita boleh
membuat kesimpulan betapa 'Operasi Hapus' adalah satu tipu muslihat untuk
menghapuskan Ibrahim Mahmud bagi kepentingan politik UMNO. Mereka mahu
menentukan terhapusnya rintangan dalam menentukan kemenangan kerusi
Bayu/Baling dalam pemilu yang mendatang.
DILEMMA UMNO
Di manakah prioriti UMNO selepas episod Memali? Kalau UMNO memperakukan
ianya sebuah parti Islam, episod Memali membawa erti bahawa para pemimpinnya
telah memperlekehkan Allah. Bukankah mereka yang telah merencana pembunuhan
di Memali itu sehingga tergolongnya beberapa insan sebagai mati syahid?
Kalau para pemimpin UMNO memperakui bahawa parti itu condong ke arah
nasionalistik, ia bererti bahawa para pemimpin itu sudah menderhaka kepada
banganya kerana terbunuhnya orang Melayu. Bukankah itu kaum yang mahu
dilindungi oleh UMNO? Tindakan yang dilakukan oleh segelintir pemimpin UMNO
ini akan mencetuskan peperangan saudara di kalangan orang Melayu. Cara nyawa
diperlekehkan telah membuatkan ramai ahli UMNO yang kecewa dengan kepimpinan
Timbalan Presiden Parti, Musa Hitam. Beliau memang semacam giankan
kesamsengan dan kini menerima padahnya. Rakan sejawatnya dalam kerajaan
Idonesia bernama General Benny Murdani pernah berkelakuan serupa dan dibenci
oleh rakyatnya. Kini Musa menerima jolokan sebagai 'haiwan politik' dan juga
'penghapus orang Islam'. Murdani adalah seorang agen Zionis, kerana dia
bukan beragama Islam. Tetapi kenapakah Musa Hitam mengikuti gelagat Murdani?
Tindakan yang dilakukan oleh UMNO menunjukkan parti itu bukan lagi memberi
kepentingan terhadap keluhuran Islam dan juga orang melayu. Ironisnya Islam
dan Bangsa Melayu menjadi alat UMNO untuk terus mempertahankan kuasanya.
Kumpulan ultra Cina dan India sedang bersepakat secara senyap di kalangan
mereka. Mereka berjaya memperalatkan individu Melayu yang ternama sebagai
juara tempelan mereka. Untuk menyelesaikan keadaan yang semakin menjadi satu
masalah besar ini, Dr. Mahathir perlu menulis lagi mengenai dilemma UMNO.
Kesan tragedi Memali telah membuatkan Kampung Memali bertukar rupa daripada
sebuah kampung yang aktif menjadi sebuah kampung yang dihantui seribu
kenangan pahit. Ramai penduduk asal kampung itu telah melarikan diri kerana
takutkan ancaman polis.
Seramai 159 penduduk kampung pernah ditahan oleh polis Dosa mereka terletak
kepada keyakinan diri mahukan ajaran Islam yang direstui Allah. Mereka ini
termasuk beberapa anak-anak kecil dan warga tua sedang ditahan dalam tiga
buah bilik kecil di sebuah kem tahanan. Kaum wanita dibiarkan berkumpul
dengan kaum lelaki. Tidak ada kemudahan bersolat. Mereka kerap didera dan
diaibkan. Anak-anak kecil dilihat menangis mencari ibu-ibu yang sengaja
dipisahkan dari mereka. Setiap tahanan diberikan makanan berupa satu mangkuk
kanji setiap hari. Sesiapa yang cedera parah dihantar ke hospital Sungai
Petani ataupun Alor Star. Mereka hanya diberikan layanan pesakit luar, satu
penghinaan yang berlanjutan. Kalau keadaan tidak diperbaiki ada di kalangan
mereka yang akan mati syahid pula.
Tiga belas daripada yang mati syahid termasuk Ibrahim Mahmud telah
disemadikan di satu kubur panjang di Parit Panjang, Baling. Mereka
disemadikan dengan pakaian mereka yang berlumuran darah itu. Seorang mangsa
lagi telah disemadikan di Alor Star di atas permintaan ibunya. Kes ini kini
dianggap sudah tamat oleh Musa Hitam dan juga pengarah Operasi Hapus itu.
Kumpulan ultra yang bukan beragama Islam memang menantikan berlakunya
peperangan saudara hasil episod Memali ini. Kini, orang Melayu sudah sedar
betapa berbahayanya semangat nasionalisme dan kuasa yang didorong oleh
semangat semacam itu.
Kepada golongan yang mati syahid, episod yang berlaku adalah merupakan
kemuncak kehidupan mereka. Mereka sudah pulang kepada pencipta-Nya dan di
waktu yang sama mereka telah membawa satu arus kesedaran kepada orang melayu
di negara ini.
Mereka telah menyedarkan betapa orang Melayu harus berganding bahu dengan
saudara Islam di seluruh dunia. Dengan cara itu barulah kita faham apa
ertinya menjadi seorang muslim.
Dengan arahan yang dibuat oleh Musa Hitam, ramai orang yang tidak berdosa
telah ditangkap dan ditahan. Mereka dikumpulkan di satu tempat yang tidak
selesa dan menjiikkan. Hingga hari ini jumlah merka yang ditahan dan nama
yang telah ditahan secara tersilaf tidak pun diterbitkan. Mereka yang
ditahan itu tidak pernah dibawa ke hadapan mahkamah untuk didakwa. Kenapakah
kerajaan tidak melakukan tindakan yang serupa seperti kes BMF? Apakah Episod
Penghapusan Memali itu dilaksanakan sebagai melencongkan perhatian rakyat
terhadap rompakan di siang hari yang paling terbesar dalam sejarah negara
ini? Berbilion dana kepunyaan rakyat telah lesap dan seorang insan yang
jujur telah dibunuh.
Namun, pihak kerajaan masih mahu berahsia dalam hal BMF itu dan perkara itu
masih belum mampu diselesaikan. Sebaliknya pula, apabila seorang ulama cuba
memberikan khidmatnya kepada rakyat jelata, dan membantu mereka menaikan
taraf hidupnya, beliau telah dikepung dan ditahan untuk dibunuh dengan
kejam. Di manakah letaknya erti kehakiman, keadilan dan kebenaran itu?
Mereka yang bertanggungjawab dalam Episod Memali harus ditangkap dan dibawa
ke mahkamah. Darah orang Melayu tidak sepatutnya dibiarkan mengalir di atas
bumi orang Melayu dengan alasan songsang betapa Islam menyokong
nasionalisme. PAS dan juga seluruh organisasi Islam telah mendesak agar
ditubuhkan satu suruhanjaya diraja untuk membongkar kisah Tragedi Memali
itu.
Satu Kertas Putih perlu dikeluarkan dan untuk sementara waktu sebarang usaha
untuk mengadakan pemilu harus ditangguhkan.
Kata-kata Kenangan Kepada Yang Syahid:
"Janganlah kamu mengira bahawa orang yang gugur di jalan Allah itu mati;
bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki." 27 hb
November, 1985 14 hb Rabi-ul-awal 1406.
Suara Islam Malaysia.
Diterjemahkan oleh: Sukusakat Wali Songo. Asal: KM2 6724
[Rencana ini disiarkan semula sempena penyiaran video Memali oleh kerajaan
Malaysia agar pembaca dapat mengetahui kisah yang sebenar. Keratan akhbar
Kayhan International (Iran) ini masih ujud di sisi pengendali laman web ini.
Siapakah ketua polis negara ketika itu? Cuba teka! - Editor]
...............................
Dipetik Dari:
Laman Newkini di URL http://newskini.cjb.net
_________________________________________________________________
MSN Photos is the easiest way to share and print your photos:
http://photos.msn.com/support/worldwide.aspx
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "k.a.g. *" <[EMAIL PROTECTED]>