*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
>       Proses perbicaraan Anwar bersifat menindas -
> Peguam
> 
> Tuesday, March 26 @ 15:59:35 MYT
> 
> 
> KUALA LUMPUR, 26 Mac (Hrkh) - Peguambela bekas
> Timbalan Perdana Menteri
> Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Mahkamah
> Persekutuan bahawa proses
> perbicaraan terhadap Anwar tidak adil kerana ia
> bersifat menindas.
> 
> Christopher Fernando berkata demikian semasa sesi
> penghujahan menggesa Hakim
> Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuan Anwar
> mengenepikan hukuman rasuah
> yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi pada 14 April
> 1999.
> Perbicaraan kes rayuan Anwar hari ini bermula
> semalam tetapi ditunda ke hari
> ini setelah menerima panggilan bom palsu di
> mahkamah.
> 
> Rayuan Anwar tersebut didengar di hadapan Ketua
> Hakim Negara, Tan Sri
> Mohamed Dzaidin Abdullah, Ketua Hakim Besar Sabah
> dan Sarawak, Tan Sri Steve
> Shim Lip Kiong dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Dato'
> Haidar Mohamed Nor.
> 
> Fernando mendakwa, sejak awal perbicaraan, Hakim
> Augustine Paul mengenepikan
> keterangan yang berkemampuan mmengurangkan wibawa
> kes pihak pendakwa.
> 
> Barisan peguambela terdiri daripada Raja Aziz
> Addruse, Sulaiman Abdullah,
> Christopher Fernando, Sankara Nair, Zainur Zakaria,
> Gurbachan Singh,
> Pawancheek Marican, Kamar Ainiah Kamaruzzaman dan
> Zulkifli Nordin.
> 
> Pendakwaraya diwakili Peguam Negara, Abdul Gani
> Patail, Timbalan
> Pendakwaraya, Azahar Mohamed, Mohd Yusof Zainal
> Abiden, Tun Hassan dan
> Shamsul Sulaiman.
> 
> Anwar sebelum ini telah membuat rayuan kepada
> Mahkamah Rayuan bagi
> mengenepikan hukuman enam tahun penjara atas
> kesalahan empat kes rasuah yang
> dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi pada 14 April 1999.
> 
> Bagaimanapun, keputusan Mahkamah Rayuan ialah
> mengekalkan hukuman yang
> dibuat oleh Mahkamah Tinggi atas tuduhan rasuah dan
> campurtangan dalam
> siasatan polis dalam kes tuduhan-tuduhan seks ke
> atas Anwar. Hukuman Anwar
> ini dijatuhkan oleh Hakim Augustine Paul pada 14
> April 1999.
> 
> Selain itu, sejam selepas sidang perbicaraan bermula
> pagi tadi, kelihatan
> Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Nor hadir di dalam
> kamar mahkamah, selain
> Adun Hulu Klang, Azmin Ali.
> 
> Ketika perbicaraan berhenti rehat, Dato' Fadzil
> berkesempatan menemui Anwar
> sambil berbual mesra dan bertanyakan khabar.
> 
> Anwar, 54, tetap ceria dan tenang walaupun terpaksa
> menggunakan kerusi roda
> dan alat sokongan leher.
> 
> Mahkamah bersambung di petang hari.
> 
> 
> 


=====
ANYTIME...ANYWHERE...ANYNEWS...

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Movies - coverage of the 74th Academy Awards�
http://movies.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Bincang Bincang <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke