*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Ketari tidak cerminkan sikap seluruh rakyat
>
> Monday, April 01 @ 13:16:00 MYT
>
>
> KUALA TERENGGANU, 1 April (Hrkh) - Presiden PAS,
> Dato' Haji Fadzil Mohd Noor
> berkata, keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan
> Negeri (Dun) Ketari
> tidak mencerminkan sikap rakyat seluruhnya.
>
> Katanya, kemenangan besar calon BN dalam pilihan
> raya kecil itu juga tidak
> mencerminkan sikap umat Islam terhadap kerajaan BN
> yang memerintah hari ini.
> "Keputusan pilihan raya kecil itu bukan mewakili
> umat Islam kerana pengundi
> Islam ada sekitar 39 peratus dalam Dun Ketari,"
> ujarnya yang juga Ketua
> Pembangkang Parlimen Malaysia ketika berucap pada
> Majlis `Amanat Perdana'
> sempena Sambutan Dua Tahun Kerajaan Baru Terengganu
> di Stadium Sultan Ismail
> Nasiruddin Shah, di sini, malam tadi.
>
> Turut berucap ialah Menteri Besar Terengganu dan
> Kelantan, Dato' Seri Tuan
> Guru Abdul Hadi Awang dan Tuan Guru Dato' Nik Abdul
> Aziz Nik Mat.
>
> Beliau menyifatkan kemenangan calon BN dengan
> majoriti berganda dalam
> pilihan raya kecil itu adalah kemenangan politik
> wang yang dikatakan lebih
> berganda daripada pilihan raya kecil Dun Indera
> Kayangan, Perlis sebelum
> ini.
>
> Dalam pilihan raya kecil Dun Ketari semalam, calon
> BN, Yum Ah Ha memperolehi
> 7,153 undi berjaya menewaskan calon DAP, Choong Siew
> Onn yang mendapat 4,949
> undi dengan majoriti 2,204 undi.
>
> Pada pilihan raya umum lalu, calon BN, mendiang
> Dato' Loke Koon Kam mendapat
> 5,874 undi manakala Yoong memperolehi 5,643 undi
> dengan majoriti 231 undi.
>
> Dato' Fadzil juga berkata, isu-isu pilihan raya umum
> kesepuluh lalu yang
> masih segar dalam fikiran rakyat masih lagi relevan
> dalam pilihan raya umum
> akan datang.
>
> "Saya percaya rakyat dengan isu-isu dalam pilihan
> raya umum kesepuluh lalu
> masih relevan yang masih segar dalam fikiran rakyat
> yang tertanam dengan
> Islam untuk terus berjuang dalam pilihan raya umum
> akan datang," ujarnya.
>
> Lintas langsung perhimpunan perdana itu juga turut
> disiarkan di Dewan Besar
> Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan
> Chepa yang ditonton
> dengan jelas oleh ribuan rakyat Kelantan yang
> memenuhi dewan itu.
>
> Kejayaan tersebut hasil kerjasama Unit IT PAS
> Kelantan dengan Kerajaan
> Negeri Terengganu.
>
> Hadir sama memeriahkan sambutan di Terengganu
> Mursyidul Am PAS merangkap
> Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato Nik Abdul
> Aziz Nik Mat, Presiden PAS,
> Dato' Fadzil Mohd Nor, Menteri Besar Terengganu,
> Dato' Seri Tuan Guru Abdul
> Hadi Awang, ahli-ahli exco serta pegawai-pegawai
> kerajaan negeri Terengganu.
>
> Manakala pemimpin PAS yang menyaksikan siaran
> langsung di Putik termasuk
> Timbalan Menteri Besar, Dato' Abdul Halim Abdul
> Rahman, Setiausaha Badan
> Perhubungan PAS negeri, Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh,
> Ketua Penerangan, Haji
> Zulkifli Mamat, Adun Kadok, Haji Shukri Abdul Rahman
> dan Ahli Dewan Negara,
> Senator Jamilah Ibrahim.
>
>
>
=====
ANYTIME...ANYWHERE...ANYNEWS...
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Greetings - send holiday greetings for Easter, Passover
http://greetings.yahoo.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Bincang Bincang <[EMAIL PROTECTED]>