*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Ustaz Hadi habiskan masa 20 minit bersama
> Anwar
>
> Tuesday, April 02 @ 11:30:38 MYT
>
>
> KUALA LUMPUR, 2 April (Hrkh) - Menteri Besar
> Terengganu yang juga Timbalan
> Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
> menghabiskan masa
> kira-kira 20 minit berbincang dengan bekas Timbalan
> Perdana Menteri, Dato'
> Seri Anwar Ibrahim hari ini.
>
> Perbincangan itu berlangsung di dalam Mahkamah
> Persekutuan sebaik sahaja
> perbicaraan Anwar selesai pagi tadi.
> Menurut Ustaz Abdul Hadi, pertemuan itu dibuat atas
> permintaan Anwar sendiri
> dan ini adalah kali kedua beliau bertemu Anwar di
> mahkamah.
>
> Turut berada di mahkamah ketika itu adalah keluarga
> Anwar termasuk
> isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail,
> anaknya, Nurul Izzah dan
> Nurul Nuha serta pemimpin Keadilan termasuklah
> Setiausaha Agungnya, Sahri
> Bahri.
>
> Minggu lalu, Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor
> menemui Anwar di mahkamah
> yang sama.
>
> Ketika bercakap kepada Harakah, Ustaz Hadi
> memberitahu, beliau membincangkan
> pelbagai perkara dengan Anwar dalam masa terhad
> tersebut.
>
> "Saya lihat Anwar mempunyai semangat juang yang
> tinggi dan saya sempat
> menasihatkan beliau agar bersabar menghadapi dugaan
> dan Anwar juga
> menasihatkan saya agar saya bersabar menghadapi
> dugaan di luar," kata Ustaz
> Hadi.
>
> Sebaik sahaja Ustaz Hadi keluar dari mahkamah,
> takbir bergema menyambut
> beliau di samping orang ramai berebut-rebut untuk
> bersalam dengannya.
>
> Bicara Anwar tangguh
>
> Sementara itu, perbicaraan Anwar ditangguhkan jam 11
> pagi tadi dan akan
> disambung semula pada satu tarikh yang belum
> ditentukan untuk membolehkan
> para hakim memberikan keputusan masing-masing.
>
> Anwar merayu Mahkamah Persekutuan agar mengkaji
> balik keputusan yang
> dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Dato'
> Augustine Paul ke atas beliau.
>
> Rahim Noor dijangka muncul di mahkamah esok
>
> Di Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur esok,
> perbicaraan saman Anwar terhadap
> bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor akan
> bermula.
>
> Anwar mengemukakan saman berikutan tindakan Rahim
> memukul beliau dalam
> keadaan mata ditutup dan tangannya bergari di
> belakang.
>
> Rahim telah mengaku bersalah memukul Anwar kepada
> satu Suruhanjaya Siasatan
> dan beliau kemudiannya mengaku bersalah di mahkamah
> yang membicarakan
> beliau.
>
> Beliau selepas itu telah dijatuhkan hukuman penjara
> dan kini telah selesai
> menjalani hukuman itu.
>
> Berikutan saman itu, Anwar dan Rahim Noor dijangka
> muncul di mahkamah esok.
> Ini dipercayai kemunculan pertama Rahim selepas
> dibebaskan dari penjara
> sebelum ini.- ER.
>
>
>
=====
ANYTIME...ANYWHERE...ANYNEWS...
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Tax Center - online filing with TurboTax
http://http://taxes.yahoo.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Bincang Bincang <[EMAIL PROTECTED]>