Belgium negara paling sihat di dunia

Disebalik kegemaran mereka makan coklat dan kentang goreng,rakyat Belgium telah dinobatkan sebagai orang yang paling sihat dalam dunia .

Satu kajian yang dibuat oleh Pusat Penyelidikan Pasaran Dunia yang berpejabat di London meletakan Belgium negara paling atas pada carta 175 buah negara.

Belgium diikuti oleh Iceland,Belanda,Peranchis,Switzerland .Austraia,Itali,Norway dan Australia.

Tahu negara mana paling corot - Sierra Leone di benua Afrika .

Kajian ini dibuat berdasarkan beberapa faktor seperti perbelanjaan yang dibuat oleh negara berkenan berbanding dengan jangka hayat penduduk dan kadar kematian bayi.

Amerika yang membelanjakan lebih dari negara-negara lain di dunia dalam bidang kesihatan jatuh nombor 17.

Pengurus Jagaan Kesihatan WMRC ,Michelle Perkins berkata: 'Belgium – sebuah negara berpendapatan perkapita tinggi dengan jumlah penduduk yang kecil telah memberi penekanan serius pada bidang kesihatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Katanya perbelanjaan yang banyak pada jagaan kesihatan sahaja tidak bermakna. “Negara yang berbelanja banyak seperti Amerika dan Jerman terbukti gagal menterjemahkan perbelanjaan itu kepada kejayaan,”katanya.

Sementara di Asia kajian menunjukkan Singapura dan Hong Kong besar kemungkinan akan menewaskan Jepun sebagai negara paling sihat.

Singapura kini di tangga 30 manakala Jepun ke 20.Hong Kong 33.

China berada di tempat ke 89 bersama Azerbaijan, Paraguay and Turkey.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


 


Get more from the Web. FREE MSN Explorer download : http://explorer.msn.com

Kirim email ke