*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
--- tkdppaj <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> Walaupun dihalang, Dr Hassan berjaya timbulkan isu
> rasuah Khir
>
> Tuesday, April 02 @ 09:06:21 MYT
>
>
> SHAH ALAM, 2 April (Hrkh) - Meskipun cuba dihalang
> oleh beberapa
> wakil penyokong kerajaan, Ketua Pembangkang di Dewan
> Undangan Negeri
> Selangor, Dato' Dr Hassan Ali berjaya juga
> mengemukakan pelbagai isu
> yang menyentuh kewibawaan Menteri Besar Selangor,
> dalam sidang DUN, 1
> April.
>
> Antara yang giat menganggu ucapan Dr Hassan, yang
> juga Ahli Dewan
> Undangan Negeri Selangor ialah wakil BN Ampang,
> Puchong, Selayang
> Baru, Pelabuhan Kelang.
> Mereka mempersoalkan isu yang Dr Hassan timbulkan,
> iaitu mengenai
> salahguna kuasa Dr Mohd Khir Toyo, yang mereka
> sifatkan sebagai tidak
> layak dibincangkan dalam sessi menjunjung kasih
> kepada ucapan diraja.
>
> "Kalau dalam sidang Dewan yang mulia ini tidak boleh
> dibahaskan isu-
> isu berkaitan negeri Selangor dan kepentingan
> rakyat, khususnya
> tentang teraju utama pemerintahan negeri, iaitu
> Menteri Besar, di
> mana lagi boleh saya bawakan isu yang patut
> disegerakan ini," Dr
> Hassan menyanggah usaha wakil kerajaan untuk
> mengalihkan isu rasuah
> Khir.
>
> Bagaimanapun Dr Hassan cekap memanfaatkan masa 15
> minit yang
> diperuntukkan kepadanya, untuk membutirkan beberapa
> isu terbaru
> mengenai dakwaan rasuah Khir Toyo. Kes pertama yang
> dibangkitkan
> ialah projek membekal dan memasang paip air dari
> Semenyih, melalui
> Bandar Baru Bangi dan Dengkil, hingga ke Pekan
> Banting (No Kontrak
> JBA/SEL/217/2001), sejauh 37 km kepada LBH
> Engineering Sdn Bhd,
> dengan harga yang begitu tinggi, iaitu RM82 juta.
>
> Dr Hassan kemudiannya menimbulkan empat soalan
> berbangkit dalam
> projek berkaitan, dan meminta Menteri Besar
> menjawabnya. Pertama,
> mengapa begitu banyak projek di bawah Jabatan
> Bekalan Air Selangor
> (JBAS) tidak ditawarkan melalui tender terbuka, dan
> mengapa pula
> harga tender begitu tinggi dan tidak munasabah
> langsung.
>
> Kedua, kalau syarikat yang berpengalaman lebih 20
> tahun dalam kerja
> berkaitan boleh menawarkan harga separuh daripada
> itu, mengapa tetap
> dipilih LBH Engineering? Apa keistimewaan syarikat
> ini.
>
> Naib Presiden PAS itu juga turut mempersoalkan:
> "Benarkah ada
> perjanjian konsesi yang memilih JAKS Sdn Bhd sebagai
> syarikat yang
> akan membekal semua peralatan yang diperlukan oleh
> JBAS. Sila
> nyatakan terma-terma penting perjanjian itu."
>
> Dr Hassan juga menarik perhatian Dewan bila
> mempersoalkan mengapa
> bahan-bahan yang diperlukan JBAS, misalnya paip,
> tidak dibekalkan
> terus daripada pengilang, yang mana harganya jauh
> lebih rendah
> daripada JAKS.
>
> "Dan saya ingin bertanya sendiri kepada MB, apakah
> beliau tahu bahawa
> Naib Ketua Umno Tanjong Karang, yang mana MB adalah
> ketuanya,
> mempunyai pegangan majoriti 60% dalam JAKS Sdn Bhd,"
> tegasnya lagi.
>
> Dalam kes kawasan balak di Kompatmen 78 Hutan Simpan
> Hulu Langat, Dr
> Hassan hairan mengapa kawasan yang diwartakan
> sebagai kawasan tadahan
> hujan boleh diluluskan oleh mesyuarat Exco untuk
> dikeluarkan kayu
> balak daripadanya.
>
> "Soalan saya, benarkah Fungsi Mewah yang mendapat
> kontrak ini
> langsung tidak tersenarai dalam pemohon awal?
> Bagaimana pula Exco
> tidak mengendahkan nasihat Jabatan Perhutanan dan
> tidak mengemukakan
> laporan kesan alam sekitar terlebih dulu," kata Dr
> Hassan.
>
> Dalam ucapannya itu juga Dr Hassan melahirkan rasa
> kesal di atas
> sikap kerajaan negeri yang menganak-tirikan
> ADUN-ADUN pembangkang.
>
> "Contoh ketara, bayangkan untuk majlis makan malam
> yang memerlukan
> kami menjawab pada 23 Mac lalu, surat undangan hanya
> kami dapat pada
> 28 Mac. Hinggakan dalam satu majlis yang melibatkan
> Sultan Selangor
> di Klang, saya hanya dimaklumkan sehari sebelum
> program berkenaan,
> itu pun melalui telefon, oleh kakitangan yang paling
> bawah."
>
>
>
>
>
=====
ANYTIME...ANYWHERE...ANYNEWS...
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Tax Center - online filing with TurboTax
http://taxes.yahoo.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Bincang Bincang <[EMAIL PROTECTED]>