*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
>       Umno diajak sertai seminar bincang pelaksanaan
> syariah
> 
> Thursday, April 04 @ 09:48:08 MYT
> 
> 
> KUALA TERENGGANU, 4 April (Hrkh) - Kerajaan Barisan
> Alternatif Negeri
> Terengganu pimpinan PAS mengajak Umno menghadiri
> seminar mengenai Enakmen
> Kanun Jenayah Syariah Hudud dan Qisas bagi
> menunaikan tanggungjawab bersama
> sebagai orang Islam.
> 
> Menteri Besar, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
> berkata, tanggungjawab
> itu adalah wajib kepada umat Islam untuk menegakkan
> hukum Islam.
> "Kita ajak (Umno) sama menyelesaikan
> masalah-masalah, di antaranya Umno
> masih berkuasa di peringkat Pusat dan masih dapat
> menguasai kerajaan dengan
> parti-parti komponen BN.
> 
> "Dengan pertemuan ini akan dapat dibincang dan kita
> buat dengan cara melalui
> saluran-saluran yang sah," katanya ketika bercakap
> kepada pemberita selepas
> mempengerusikan mesyuarat Exco, di sini, semalam.
> 
> Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas
> kenyataan Menteri di Jabatan
> Perdana Menteri, Dr. Rais Yatim bahawa undang-undang
> kesalahan jenayah tidak
> boleh digubal di Dewan Undangan Negeri (Dun) kerana
> ia di bawah kuasa
> kerajaan Pusat.
> 
> Katanya, jika kerajaan negeri mahu menggubal
> undang-undang jenayah melalui
> Dun, maka Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda
> bagi membolehkan tajuk
> jenayah dan penjenayahan menjadi hak negeri.
> 
> Ustaz Abdul Hadi berkata, pemimpin Umno telah
> membuat beberapa pindaan
> Perlembagaan termasuk dalam perkara-perkara yang
> dianggap tidak perlu.
> 
> "Kalau pindaan perlembagaan boleh dibuat dalam
> perkara-perkara yang tidak
> perlu semata-mata kerana hendak menang dalam
> mahkamah, maka adalah lebih
> wajib dan perlu disedari secara bertanggungjawab
> kita sama-sama memikul
> kewajipan untuk melaksanakan syariat Islam dan
> berfikir bagaimana untuk
> mengatasi gejala-gejala yang berlaku dalam negara
> kita, jenayah yang
> meningkat, keruntuhan dan berbagai perkara lagi,"
> ujarnya.
> 
> Katanya, sudah tiba masanya umat Islam kembali
> kepada hukum Islam bagi
> mengatasi masalah jenayah yang berlaku pada hari
> ini.
> 
> Justeru itu, katanya, pimpinan kerajaan negeri
> mengutamakan rakan-rakan
> seagama daripada parti politik, badan bukan kerajaan
> untuk menghadiri
> seminar bagi membincangkan enakmen kanun jenayah
> hudud dan qisas itu.
> 
> "Kita juga perlu memberi penjelasan dan mengadakan
> perbincangan secara
> ikhlas dan terbuka dengan kalangan bukan Islam
> dengan tidak menjejaskan hak
> mereka dan tidak memaksa mereka dalam menerima
> apa-apa yang diwajibkan
> kepada orang Islam," katanya.
> 
> Beliau tetap melahirkan keyakinan sekiranya perkara
> itu dapat dijelaskan
> kepada orang yang bukan Islam, mereka boleh
> menerimanya dengan baik kerana
> sejarah telah membuktikan bahawa golongan bukan
> Islam dapat menerima cara
> Islam daripada cara yang lain.
> 
> Bahkan, tambahnya banyak undang-undang yang
> dilaksanakan oleh Barat termasuk
> undang-undang antarabangsa dalam menangani prinsip
> antarabangsa banyak
> diambil daripada al-Quran.
> 
> Menurutnya, seminar itu akan diadakan seberapa
> segera selepas enakmen
> tersebut dibentangkan secara bertulis dalam sidang
> Dun yang akan diadakan
> bermula pada 11 April ini.
> 
> Semasa ditanya adakah kerajaan negeri setakat ini
> merujuk perkara itu kepada
> kerajaan Pusat, beliau menjelaskan: "Apa yang
> berlaku ialah kerajaan
> Kelantan pernah mengemukakan beberapa tahun lalu
> kepada Perdana Menteri, itu
> sudah dibuat cara lalu dan kita akan buat cara yang
> lain pula dengan pihak
> Pusat".
> 
> Beliau menjelaskan, kerajaan negeri akan membuat
> jemputan secara rasmi
> kepada Umno dan parti-parti komponen BN serta
> parti-parti politik yang lain,
> badan-badan kerajaan, badan-badan bukan kerajaan,
> IKIM, jabatan-jabatan
> agama dan lain-lain untuk menghadiri seminar
> tersebut.
> 
> 
> 


=====
ANYTIME...ANYWHERE...ANYNEWS...

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Tax Center - online filing with TurboTax
http://taxes.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Bincang Bincang <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke