*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salamun 'alaikum~
Bebaru ni dalam akhbar kudaan BN � Utusan Meloya
sekali lagi menyiarkan luahan rasa kepala barua negara
selaku Perdana Menteri Malaysia bersempena lawatannya
ke Langkawi � Pulau Kekayaannya. Dalam meluahkan isi
kandungan perut busuknya, beliau mengatakan bahawa
rakyat Malaysia kini telah dihasut budaya tidak
berterima kasih.
Ada betulnya. Kenapa la kita tak berterima kasih bila
ada orang menabur bakti dan jasa tak kira siang
mahupun malam, dari kecil hatta ke liang lahat sekali
pun. Terutamanya kerajaan negara Malaysia yang begitu
banyak tak terkira jasa dan budinya kepada rakyat
sekalian tanpa mengira erti bangsa, keturunan, warna
kulit mahupun agama. Kenapa ? Kenapa kita tak
berterima kasih kepada beliau selaku ketua dalam
menerajui kerajaan Malaysia kearah pembentukan sebuah
negara kecil yang maju dan berjaya dalam semua bidang
? Kenapa kita tak berterima kasih kepada ketua-ketua
pimpinan yang dilantik oleh beliau untuk membantu
menjana kejayaan negara dalam semua lapangan ? Kenapa
??!
Ih ih ih.. kolot kuno benar nampaknya orang tua
nyanyok tu. Dia ingat rakyat sekarang ni seperti
dahulu kala kot, yang mana setiap rakyat akan tunduk
dan patuh pada segala gerakkerja mahupun arahan dari
ketua. Dia ingat apa yang ketua atau kerajaan buat
rakyat semua setuju dan sokong ? Poodah ! Sekarang
rakyat sudah mula sedar dan celik dari lena yang
panjang. Terutama dikala kerajaan mengesyorkan untuk
membina suatu projek yang mendatangkan rugi atau
membazir. Buat apa nak berterima kasih ? Projek dibina
atas belanja duit rakyat ? Projek bazir untuk rakyat
?? Apa gila ke nak berterima kasih pada diorang ?
Pthhuuiii !
Antara projek kebanggaan mereka, keluaran kereta
nasional yang mana kualiti dan harga yang dinikmati
rakyat amat mengharukan � hampeh ! Kereta paling buruk
dan bodoh kualitinya diberi kepada rakyat sedangkan
yang baik dihantar keluar negara kononnya ingin
menempa nama sebagai pengeluar kereta bermutu tinggi,
sebaliknya, negara pengimpot memberikan tamparan buruk
kepada nama negara kerana mutu kereta nasional teramat
rendah jika dibandingkan dengan keluaran negara maju
lain.
KLIA � lapangan terbang terbesar didunia dan terkosong
lagi tersunyi didunia juga merupakan salah satu projek
kerajaan BN/UMNO juga bertujuan untuk menempa nama
dimata dunia. Nasib malang menimpa rakyat apabila
kejadian 911 dahulu meruntuhkan industri penerbangan
sekali gus menjadikan pendapatan negara melalui
keuntungan dari industri penerbangan negara terjejas
teruk. Dan kini, rakyat sekali lagi terpaksa diperah
untuk menyelamatkan bail-out syarikat penerbangan
utama negara � MAS.
KLCC � bangunan tertinggi, termahal dan terkosong
didunia juga mencatatkan pulangan yang paling rugi
diantara bangunan-bangunan tertinggi di negara lain.
Secara dasarnya ia dibina untuk menaikkan nama
Malaysia di muka bumi sebagai negara yang mampu
membina bangunan yang paling tinggi. Walaupun dibina
dengan berhutang dan sehingga kini hutangnya masih
belum dijelaskan, namun KLCC terus gagah berdiri dan
terus menghisap wang rakyat bagi belanjawan
selenggaraan dan hutang !
Juga tidak ketinggalan, mengapa kita tidak berterima
kasih kepada kerajaan setelah mereka berjaya menaikkan
segala macam kenaikan ??
Naikkan harga petrol
Naikkan TOL
Naikkan kadar BIL
Naikkan harga barang
Naikkan yuran pelajaran
Naikkan tambang haji
Sepatutnya kita juga kena berterima kasih kepada
kerajaan BN/UMNO yang telah berjaya menyamaratakan hak
istimewa bumiputera termasuk melayu dalam kempen
menyambut cabaran Sui Qui tak lama dulu. Antaranya
Tanah rizab melayu yang diubah �title� kepada tanah
industri, biasiswa pelajar bumiputera ditukar kepada
pinjaman wajib-bayar, quota kemasukan pelajar
bumiputera ke IPTA dan lain-lain lagi.
Banyak lagi perkara-perkara yang PM rasa kita patut
berterima kasih pada beliau dan kerajaan pimpinan
beliau. Bagi aku, satu ajer � kerja terkutuk beliau
selama ni menyedarkan aku dari terus menghangguk
kepala !
Yang betulnya hanya orang bukan Islam sahaja yang
perlu berterima kasih kerana dalam Islam tiada istilah
terima kasih melainkan segalanya adalah untuk Allah. �
Segala puji hanya bagi Allah � bukan kerajaan atau
kepala-kepala ketotol kerajaan ! Tak payahlah kot kita
berterima kasih sesama manusia. Masing-masing ada
tanggungjawab sendiri, cumanya jalankan tanggunjawab
tu seikhlas yang terdaya dan berserah kepada Allah
secara mutlak tanpa mengharap sebarang balasan
dariNya.
Bila sebut tentang tanggungjawab, apa-apa pun kerja
yang kita tanggung di dunia ni akan kita jawab
diakhirat kelak. Kalau apa yang kita tanggung didunia
ni tak ikhlas, maka tiadalah apa-apa pun untuk kita
jawab disana� macam orang tua nyanyok ni dan pemimpin
UMNO/BN yang lain .. ish ish ish.. simpati aku pada
diorang !
Sekian
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Tax Center - online filing with TurboTax
http://taxes.yahoo.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Hus Cokro <[EMAIL PROTECTED]>