*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum

Kita mohon supaya diwarwarkan kepada orang ramai Melayu, Cina, dan India supaya 
beramai-ramai turun ke Keduataan Amerika jam 2 ptg esok bagi menghangatkan perhimpunan 
kemanusiaan membela Palestin yang tertindas dan dibunuh oleh Israel. Kita juga mohon 
kalau ada siapa2 yang boleh beritahu orang ramai (handbill, oral) bahawa Jalan Tun 
Razak mungkin akan ditutup selama 3 jam bagi tujuan perhimpunan raksasa ini. Semasa 
perhimpunan membelas Afghanistan lalu, banyak kereta tersangkut, dan ini membuat 
pengguna jalanraya merasa tidak selesa. 

Dalam suasana umum, kita perlu highlight isu Palestin sebagai isu awam bukan Islam 
semata-mata kerana kita mahukan penglibatan rakyat awam tanpa mengira agama dan bangsa 
supaya bersama dalam isu sejagat ini. Oleh kerana itu, elakkan dari menjadikan program 
perhimpunan esok sebagai perhimpunan Islam semata-mata. Dalam ertikata lain, tak perlu 
solat hajat di atas jalan raya kali ini. 

Begitu juga dengan slogan jihad, mungkin boleh diperlahankan atau didiamkan sementera 
esok kerana perhimpunan raksasa esok yang didatangi oleh India Cina dan mat saleh 
harus dilihat sebagai isu bersama. Ini tidak bermakna kita menafikan jihad dalam 
Islam. Mungkin lebih sesuai seruan jiad disebut dengan lebih lantang dalam majlis2 
sesama kita atau sesama Muslim dan sesama ahli PAS....tetapi tidak diseru di tengah2 
ribuan pelbagai kaum kerana ada di kalangan kaum bukan Islam masih takut dengan 
perkataan Jihad (kerana UMNO dan Amerika beri gambaran buruk dan salah terhadap PAS 
dan Islam)............

Kalau saudara faham perhimpunan sepatutnya bersifat "inclusive" bubkan "exclusive" isu 
Islam, maka kita akan dapati lebih ramai orang bukan Islam akan bangun membela 
Palestin sepetimana di Jerman, Rusia, Latin Amerika, Australia dan lain-lain negara 
sekarang ini dimana orang bukan Islam turut bangun membela nasib Palestin.

Saya harap orang PAS boleh faham. Jangan terlalu berani hingga leka serta syok sendiri 
dan jangan terlalu takut hingga tak datang langsung. Semuga Allah bersama 
kita...Allahuakbar!






__________________________________________________________________
Your favorite stores, helpful shopping tools and great gift ideas. Experience the 
convenience of buying online with Shop@Netscape! http://shopnow.netscape.com/

Get your own FREE, personal Netscape Mail account today at http://webmail.netscape.com/


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED] (hello hi)

Kirim email ke