Sirah Rasulullah S.A.W.
Buku yang mesti anda baca sebagai bukti kecintaan kepada Rasulullah SAW. Setiap muslim selain merujuk kepada al-Quran dan Sunnah perlulah mendalami ilmu berkaitan sejarah Rasulullah SAW. Sirah Rasulullah adalah contoh praktikal daripada kefahaman Baginda dan para sahabat dalam menterjemahkan al-Quran dalam bentuk amalan. Mereka disebut dalam al-Quran sebagai umat terbaik kerana mengikuti ajaran al-Quran sepertimana yang dikehendaki oleh Allah dan RasulNya bukan sepertimana yang kita kehendaki. Justeru penulisan Sirah ini merupakan satu sumbangan yang besar dan berfaedah untuk melahirkan kesedaran dan kefahaman kepada umat mutakhir ini betapa pentingnya kita mempelajari perjalanan hidup Rasulullah SAW dan para sahabat agar perlaksanaan amalan kita menepati kehendak syarak dan insyaAllah mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah SWT. Wallahu a'lam. Selamat membaca.

http://www.kumpulan-usahawan-muslim.com.my/buku.htm

Kirim email ke